Palestin tidak perlukan penyelesaian merepek, tetapi Palestin perlukan Khilafah!!
Berita
Palestin ditawar ibu negara baharu – Luar Negara – Utusan Online
http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/palestin-ditawar-ibu-negara-baharu-1.580635
Ulasan:
Jika ditelusuri sejarah konflik di bumi Palestin, dapat kita bahagikan sejarah kepada beberapa fasa iaitu sejarah awal, ketika kedatangan Islam, ditawan tentera salib, dan juga pasca perang dunia pertama.
Tidak pernah sesekali kita mendapati dalam lipatan sejarah konflik mengikut fasa-fasa tadi bahawa ibu negara Palestin ditukar dari Al-Quds kepada tempat lain. Umumnya, masyarakat dunia mengetahui dan mengiktiraf bahawa Baitul Maqdis adalah ibu negara Palestin, dan perkara ini tidak akan pernah berubah sama sekali.
Cadangan penukaran ibu kota Palestin kepada Abu Dis adalah merupakan satu bentuk pengkhianatan dan penghinaan kepada umat Islam di Palestin dan di seluruh dunia umumnya. Perkara ini adalah suatu yang tidak boleh sama sekali diterima dan wajar ditolak oleh seluruh umat Islam. Palestin tidak memerlukan penyelesaian dua negara(Two State Solution), mahupun perpindahan ibu negara yang baru. Palestin tidak memerlukan sebarang penyelesaian merepek yang datang dari akal mahupun dari barat. Bahkan apa yang diperlukan oleh Palestin adalah seorang Khalifah yang akan menggerakkan bala tentera bagi membebaskan bumi Palestin dari terus menerus dijajah dan dilenyapkan dari peta dunia.
Apa yang dilakukan oleh Trump (Amerika) sebenar-benarnya telah jelas menunjukkan bahawa mereka bukanlah orang tengah yang akan menyelesaikan atau mendamaikan antara Palestin dan entiti Yahudi tetapi mereka hendak melenyapkan Islam dari bumi Palestin. Merekalah musuh Allah dan Rasul saw. Justeru, umat Islam di Palestin dan seluruh dunia wajib menyerukan dan bergerak ke arah untuk menegakkan Khilafah yang telah dijanjikan oleh Allah swt bagi membebaskan bumi Palestin dan bumi umat Islam lain yang ditindas dan dijajah.
إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ
”Sesungguhnya al-imam (khalifah) itu perisai, dimana (orang-orang) akan berperang di belakangnya (mendukung) dan berlindung (dari musuh) dengan (kekuasaan) nya.” (HR. Al-Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Dawud, dll)