Panelis HTM di Forum Interaktif Kebangkitan Islam

Seremban 19 Mac – Bersempena dengan kebangkitan umat Islam di negara-negara Arab, pihak AJK Surau An-Nur Fasa 3A Seremban Selatan pun tidak mahu ketinggalan untuk membincangkan isu penting ini. Atas inisiatif dan usaha ahli qariah, baik dari kalangan lelaki mahupun wanita, mereka telah berjaya menganjurkan satu forum yang diberi tema ‘Forum Interaktif: Kebangkitan IslamDalam Diri Peribadi Muslim’. Forum yang diadakan di perkarangan surau ini telah menghadirkan dua orang ahli panel dari Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) iaitu Ust Umar Husein dan juga Ust Ridhuan Hakim. Forum berjalan dengan cukup meriah dan dipenuhi oleh penduduk tempatan yang memenuhi 4 buah kanopi yang disediakan.

Majlis yang dipengerusikan oleh Ust Tarmizi Salleh itu berlangsung sebaik sahaja selesai solat Isyak dan berakhir kira-kira jam 11.00 malam. Di sepanjang forum interaktif ini, kedua-dua ahli panel mengulas tentang kebangkitan Islam yang seharusnya bermula di dalam diri setiap Muslim dan seterusnya membawa kepada kebangkitan yang lebih besar dan menyeluruh. Ahli panel juga mengulas lanjut tentang kebangkitan hakiki yang bermula dari perubahan pemikiran yakni dari pemikiran kufur kepada pemikiran Islam, sebagaimana metode yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Bermula dengan perubahan pemikiran ini, Rasulullah SAW kemudiannya membawa kaum Muslimin kepada perubahan sistem, yakni dari sistem Jahiliyyah yang merupakan sistem kufur kepada sistem Islam. Hal ini berlangsung terus-menerus sehinggalah Rasulullah berjaya menegakkan Daulah Islam Madinah dan dari Madinah, umat Islam terus bangkit hingga berjaya menguasai dunia. Kejayaan umat Islam diteruskan lagi di bawah para Khalifah sehingga Daulah Khilafah berjaya menguasai hampir dua per tiga dunia.

Alhamdulillah forum telah berjalan dengan cukup baik sebelum diakhiri dengan soaljawab dari para hadhirin. Semoga forum seumpama ini diteruskan lagi di masa-masa hadapan dan semoga Allah menganugerahkan pahala yang besar kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakannya.

alt

alt

alt

alt