Pelik Lagi Ajaib: Menteri Yang Jaga Pelajaran Bercakap Berkenaan Bolasepak?

Kementerian Pelajaran komited tingkat martabat bola sepak negara

SHAH ALAM 27 Feb. – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Kementerian Pelajaran komited dan akan meneruskan usaha bagi meningkatkan mutu bola sepak negara menerusi penganjuran liga bola sepak.  Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi memperkukuhkan program sukan bola sepak di sekolah, liga bola sepak Kementerian Pelajaran dianjurkan sejak 2008 lagi.  “Sekolah sudah tentu mempunyai peranan dalam usaha membentuk pasukan bola sepak negara yang pada masa dahulu digeruni di peringkat Asia serta layak bertanding dalam dua Sukan Olimpik iaitu pada 1972 di Munich dan di Sukan Olimpik 1980 di Moscow, Rusia,” kata Muhyiddin semasa berucap pada majlis pelancaran dan Sepak Mula Liga Bola Sepak KPM 2010 di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9 di sini hari ini.  Malaysia juga pernah memenangi pingat gangsa di Sukan Asia 1962 di Jakarta dan 1974 di Tehran, katanya.  Selaras dengan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian telah melaksanakan program sukan berprestasi tinggi di sekolah-sekolah, di mana bola sepak merupakan salah satu daripada tujuh sukan yang dimajukan mulai tahun 2008. – Bernama

Sumber : Utusan Malaysia, 27/02/2010


Pelik Lagi Ajaib: Menteri Yang Jaga Pelajaran Bercakap Berkenaan Bolasepak?

Apa nak jadi dunia umat Islam hari ini. Apakah sihir permainan bola sepak sudah memasung pemikiran Menteri Pelajaran? Apakah seseorang itu akan hebat di sisi Allah SWT jika mereka hebat dalam permainan bola sepak? Apakah Brazil yang menjadi kuasa besar bola sepak dunia pada hari ini, yang telah melahirkan ramai bintang-bintang bola sepak di peringkat antarabangsa mampu keluar dari belenggu kemiskinan yang bermaharajalela dalam kehidupan masyarakat di sana?y Inilah faktanya apabila seorang manusia itu tidak mengetahui dan tidak memahami apakah matlamat  kehidupan di atas dunia ini. Keglamouran dan sanjungan manusia yang dikejar manusia,  bukannya redha Allah SWT. Bergembiralah musuh-musuh Islam terutamanya Barat apabila orang Islam berfikiran seperti mereka bahkan mungkin lebih teruk dari mereka.

Seharusnya Menteri Pelajaran memikiran persoalan masalah syahksiah pelajar di Malaysia yang nampaknya semakin hari semakin teruk dan kronik. Baru beberapa hari lepas akhbar yang sama melaporkan seramai 6,000 pelajar menengah di Terengganu disifatkan sebagai bermasalah:

“24/02/2010  : [KUALA TERENGGANU 24 Feb. – Seramai 6,000 orang pelajar sekolah menengah di Terengganu dikenal pasti terlibat dengan gejala ponteng sekolah, mat rempit, jenayah dan penyalahgunaan dadah. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, walaupun angka itu kecil berbanding 250,000 pelajar sekolah menengah di Terengganu, tetapi kerajaan negeri tetap memandang serius masalah itu. Katanya, kerajaan negeri dan jabatan pendidikan negeri sedang mengambil tindakan bagi membendung gejala tidak sihat itu. “Apabila ada seorang pelajar berisiko tinggi duduk di sebuah sekolah, ini akan menyusahkan semua guru dan pelajar yang lain,” kata Ahmad Razif. Katanya, pihak polis telah memberikan taklimat kepada kerajaan negeri dan juga jabatan pelajaran mengenai sekolah-sekolah yang berisiko tinggi di Terengganu. – Bernama].

 Sepatutnya Muhyiddin lebih layak mengulas isu ini berbanding dengan isu bola. Inilah nasib malang yang menimpa umat Islam hari ini yang dipimpin oleh mereka yang menjadikan pemikiran sekular sebagai asas pemikiran yang memandu kehidupan dan cara bertindak mereka termasuklah dalam persoalan pemerintahan.
Wahai umat Islam! Kenalilah para pemimpin kamu saat ini. Rasulullah Saw bersabda :

“Dua macam golongan manusia yang apabila keduanya baik maka akan baiklah masyarakat. tetapi, apabila keduanya rosak maka akan rosaklah masyarakat itu. Kedua golongan manusia itu adalah ulama dan penguasa.”
[HR. Abu Na’im].

Sabdanya lagi:

“Akan datang penguasa-penguasa fasik dan zalim. Barangsiapa percaya kepada kebohongannya dan membantu kezalimannya maka dia bukan dari golonganku dan aku bukan dari golongannya, dan dia tidak akan masuk surga.”
[HR Imam Tirmidzi ].