Pelik Tetapi Benar
“Sebelum dipenjara, saya sering berpindah-randah dan mendapat upah paling banyak Rp35,000 (RM11.20) seminggu. Di penjara, makan diberi secara percuma,” katanya.
Situasi yang berlaku di atas amatlah tidak menghairankan bagi mereka yang peka kepada nasib yang menimpa rakyat Indonesia saban tahun. Golongan yang miskin akan tetap terus miskin dan yang kaya akan menjadi semakin kaya serta bermaharajalela dalam menimbun harta kekayaan mereka. Indonesia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kekayaan yang luar biasa dan melimpah ruah dari pelbagai aspek khususnya kekayaan alamnya, tetapi rakyatnya masih hidup dalam kehidupan yang penuh kemiskinan dan kemelaratan. Kekayaan alamnya seperti gas asli, petroleum dan gunung emas telah dijual oleh pemerintah korupnya kepada syarikat-syarikat gergasi asing luar negara dengan harga yang murah. Sesungguhnya ini adalah salah satu bentuk pengkhianatan yang telah dilakukan oleh penguasa Muslim terhadap rakyatnya di Indonesia. Mereka lupa bahawa kelak diri mereka akan dihisab oleh Allah atas segala kezaliman yang telah dilakukan. Sabda Nabi SAW:
“Setiap kamu adalah pengembala dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab ke atas gembalaannya. Seorang pemimpin yang memimpin rakyat adalah pengembala yang akan diminta bertanggungjawab ke atas gembalaannya. Seorang suami adalah pengembala dalam keluarganya dan dia akan diminta bertanggungjawab atas gembalaannya. Isteri adalah pengembala dalam rumah suaminya, dan dia akan diminta bertanggungjawab atas gembalaannya. Hamba sahaya adalah gembala terhadap harta tuannya dan dia wajib bertanggungjawab atas jagaannya. Ketahuilah, setiap kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan diminta pertanggungjawaban dalam pimpinannya.” [Riwayat Al-Bukhari & Muslim].
Justeru, nasib buruk yang menimpa rakyat Indonesia wajar diambil pengajaran oleh seluruh umat manusia. Sistem sekuler-demokrasi-kapitalis yang diterapkan pada saat ini telah semakin jelas menunjukkan kerosakan serta kebusukannya. Masihkah kita berharap kepada sistem buatan akal manusia yang telah mendatangkan seribu satu kemudaratan ini? Segala permasalahan yang berlaku pada hari ini hanya akan dapat diselamatkan oleh sebuah sistem yang benar, dan itu tidak akan terjadi selain daripada satu-satunya sistem yang bersumberkan daripada wahyu ilahi iaitu sistem Khilafah Islamiyyah.
Sumber Berita: Berita Harian 7/2/13