Pembohongan Konservatif Britain terhadap Hizbut Tahrir Tersingkap
Akhbar melaporkan, siasatan dewan menghasilkan kesimpulan bahawa “Tidak ada bukti yang ditemui untuk mengaitkan kandungan atau pengaruh yang tidak sepatutnya di sekolah”.
Berkenaan hal tersebut, Taji Mustafa, wakil Hizbut Tahrir Britain mengatakan, “Seluruh episod ini menunjukkan realiti sebenar parti Tory dan bagaimana ia menggunakan pembohongan dan propaganda untuk memperoleh populariti politik.”
Taji Mustafa berkata bahawa parti Tory terlalu ghairah untuk mendiamkan Hizbut Tahrir kerana sikap kritis kami yang tidak berkompromi atas dasar luar negeri Barat terhadap negara-negara kaum Muslimin. Kedudukan Tory yang ke hadapan menggambarkan wajah baru nekonservatisme di Britain, yang ingin meneruskan perang di Afghanistan dan Pakistan, memberi kesetiaan untuk tidak mengkritik Israel dan menindas dengan zalim terhadap suara-suara politik umat Islam di Britain.
“Sementara parti Tory terus mencipta pembohongan terhadap Hizbut Tahrir dan menyeru supaya kami diharamkan, Hizbut Tahrir ingin mencabar kepimpinan Tory untuk mengadakan debat terbuka bersama kami tentang masa depan hubungan Barat dan dunia kaum Muslimin. Kami pasti pihak Tory tidak mempunyai keberanian untuk menyahut cabaran ini, sebaliknya akan terus mengulangi pembohongan mereka, ” kata Taji.
Sumber: syabab.com