Sidang Media Hizbut Tahrir Britain terhadap buku keji ‘Jewel of Medina’

London, UK 10 Oktober – Hizbut Tahrir Britain (HTB) hari ini mengadakan Sidang Media untuk melancarkan kempen sebagai membantah penerbitan buku kontroversi bertajuk ‘Jewel of Medina’ karya Sherry Jones.
Seorang ahli akademi AS yang menyemak buku tersebut menyifatkannya sebagai, “fun of Muslims and their story” (keseronokan Muslim dan cerita mereka) dan buku tersebut memetik “sacred history” (sejarah suci) dan menjadikannya “softcore pornografy” (pornografi halus). Ahli akademik tersebut seterusnya berkata “there is a long history of anti-Islamic polemic that uses sex and violence to attack the Prophet and his faith. This novel follows in that oft-trodden path” (telah terdapat sejarah panjang berhubung polemik anti-Islam yang mengaitkan seks dan keganasan untuk menyerang Nabi Muhammad dan ajarannya. Novel ini mengikuti jalan ini). Setelah membaca inti patinya kami bersetuju dengannya.

Dr. Nazreen Nawaz dan Taji Mustafa menyampaikan kepada pihak media yang berkumpul.

Taji Mustafa, wakil media (media representative) Hizbut Tahrir Britain berkata,

Terdapat tekanan hebat ke atas kaum Muslimin di Barat agar mendiamkan diri terhadap penghinaan ini. Macam mana kita boleh berbuat demikian (berdiam diri)?  Bukankah Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa Nabi yang kita cintai bersabda, ‘Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan hatinya, dan yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemah iman.” [HR Muslim]. Apakah kita hanya akan berdiam diri jika seseorang menghina isteri atau ibu kita? Tidakkah penghinaan ke atas Rasulullah dan keluarga baginda merupakan sebesar-besar mungkar? Bagaimana mungkin seorang Muslim boleh berdiam diri atas isu ini?

Kita tidak boleh dan tidak seharusnya berdiam diri. Membela Rasulullah saw adalah kewajipan kita dan banyak yang boleh kita lakukan, setidak-tidaknya mengutuk penerbitan buku ini.

Oleh sebab inilah Hizbut Tahrir Britaih melancarkan kempen untuk menyedarkan umat Islam terhadap isu ini dan menentang segala bentuk penerbitan, penyebaran dan penyimpanan buku keji ini.

Insya Allah, kempen Hizbut Tahrir akan melibatkan:-

(1) Sebaran ribuan risalah selepas solat Jumaat hari ini di seluruh negara
(2) Ceramah umum di kawasan setempat untuk menjelaskan bagaimana umat Islam sepatutnya bertindak terhadap propaganda dan serangan jahat terbaru ini.
(3) Menghantar delegasi untuk berjumpa Imam, gerakan-gerakan Islam dan tokoh-tokoh umat Islam.
(4) Menghantar e-mel dan surat kepada penerbit-penerbit dan kedai-kedai buku
(5) Menghantar petisyen
(6) Menghantar surat ke kedutaan Islam

Kami akan mempertimbangkan protes di dalam bentuk-bentuk lain yang perlu  semasa kempen ini berjalan nanti. Kami memohon kepada Allah agar memperkuatkan dan menyatukan komuniti Islam di dalam melawan serangan jahat ini.

Pihak Media yang hadir termasuklah GEO TV, Press TV, IHA NEws agency, Venus TV, News 1 dan Wase TV.