Pembunuhan Muslim Rohingya: HTM sedarkan umat

KUALA LUMPUR 7 Februari – Susulan dari berita yang melaporkan bahawa penduduk Muslim Rohingya sedang diancam dengan pembunuhan besar-besaran oleh rejim Mynmar, Hizbut Tahrir Malaysia melakukan seruan secara serentak di beberapa masjid terpilih di seluruh negara bagi mengingatkan umat Islam akan kewajipan membantu saudara seakidah kita ini.

Mynmar dijangka akan mengadakan pilihan raya tahun depan dan sebelum pilihan raya diadakan, satu pembunuhan beramai-ramai ke atas Muslim Rohingya dikatakan sedang dirancang oleh pihak rejim. Ia dikata akan dilakukan sebelum bancian penduduk dijalankan pada bulan Mac dan April nanti [http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140124/lu_03/Sumber-dedahkan-pembunuhan-besar-besaran-etnik-Islam-bakal-dilaksanakan].

Walaupun kesahihan berita tersebut masih belum dapat dipastikan, namun ia bukanlah suatu yang di luar jangka. Sejak puluhan tahun lalu, penduduk Muslim yang tinggal di Arakan (Rakhine) itu dibunuh dari masa ke semasa, wanita-wanita mereka dirogol, rumah-rumah mereka dibakar, hak kewarganegaraan, pendidikan, kesihatan dan banyak lagi dinafikan dari mereka dan mereka dilayan umpama binatang oleh pihak rejim sehingga mereka menjadi seperti pelarian di negara sendiri.

Sehubungan itu, HTM menyeru dan mengingatkan umat Islam agar tidak berdiam diri dengan isu ini kerana mengambil peduli akan urusan umat Islam itu adalah sebahagian dari kesempurnaan iman. Sabda Nabi SAW,

“Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan menyerahkannya (kepada musuh). Barangsiapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang Muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu dari kesusahannya di Hari Kiamat. Barangsiapa yang menutupi aib seorang Muslim, maka Allah akan menutupi aibnya di Hari Kiamat” [HR Bukhari dan Muslim].

“Dan barang siapa bangun pada pagi hari tidak memperhatikan urusan kaum muslimin, maka ia bukanlah termasuk golongan mereka (kaum muslimin)” [HR ath-Thabari].

“Tidak beriman seseorang daripada kalian hingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri” [Mutafaq alaih].

Di dalam seruannya, HTM turut mengingatkan bahawa masalah pembunuhan dan kezaliman yang menimpa Muslim Rohingya ini berlarutan kerana tidak adanya campur tangan dari pemimpin umat Islam untuk menghantar bantuan ketenteraan bagi menyelamatkan mereka, kerana buat masa ini sudah tidak ada lagi kekuatan yang boleh menyelamatkan mereka kecuali dengan campur tangan ketenteraan oleh pemimpin kaum Muslimin.

Akhirnya HTM menyeru agar umat Islam berjuang bersama dengan Hizbut Tahrir untuk menegakkan Daulah Khilafah yang akan mengeluarkan keseluruhan kaum Muslimin dari segala penderitaan.
 

Masjid As-Syakirin, KLCC, Kuala Lumpur

Masjid Haji Mat Saman, Kajang, Selangor

Masjid Al-A’la, Jitra, Kedah

Masjid Bandar Perda, Seberang Jaya, Penang

Masjid Salahuddin, Manjung