Pendatang haram ekstemis Yahudi Menari di Atas Kubur Para Sahabat, Tatkala Rejim Saudi “semakin erat dengan Israel setiap hari”
Pendatang haram “Israel” dilaporkan menyanyi dan menari di atas kubur para syuhada Muslim di Perkuburan Bab al-Rahma yang bersejarah, berdekatan dengan Masjid Al-Aqsa. Perkuburan Islam Bab al-Rahma ini mengandungi banyak kubur para Sahabat Nabi Muhammad (saw), terutamanya Ubadah ibn al-Samit dan Shadad ibn Aus (ra), serta kubur-kubur orang Muslim yang menyertai pembebasan Jerusalem semasa zaman Umar al Khattab dan Salahuddin al Ayubi. (DOAM, 26/09/2023)
Ulasan:
Bermula dengan berita mengenai Putera Mahkota Saudi, Muhammad bin Salman (MBS), yang mengatakan “Arab Saudi semakin hampir untuk menormalisasikan hubungan dengan Israel” ketika Bret Baier memaparkan saat bersejarah dalam wawancara pertama dalam bahasa Inggeris dengan Putera Mahkota Arab Saudi itu di Fox News. MBS menafikan bahawa Arab Saudi pernah menghentikan perbincangan dengan ‘Israel’ dan mengatakan bahawa “saban hari kita semakin erat” (Fox News)
Dalam petikan lain termasuklah, “Bagi kami, isu Palestin sangat penting, dan kami telah mengadakan perundingan yang baik,” kata Putera Mahkota itu. Apabila ditanya sama ada beliau melihat dirinya bekerjasama dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, MBS berkata, “Jika kita mencapai persefahaman untuk memeterai perjanjian yang menyelesaikan keperluan Palestin dan menjadikan kawasan itu tenteram, kami [Arab Saudi] akan bekerja dengan sesiapa sahaja”. (Alarabiya)
Berbalik kepada berita mengenai penjajah Yahudi menari di atas kubur suci para syuhada’ dan sahabat, apakah yang akan menjadikan para penjajah ini dan entiti Yahudi keseluruhan gementar apabila mendengar bunyi pergerakan rejim Arab ini? Pastinya ia bukanlah kenyataan tidak tahu malu MBS itu! Sebaliknya ini akan memberi lampu hijau yang paling terang bagi para fanatik Yahudi untuk melakukan lebih banyak tindakan yang lebih buruk daripada menari di atas kubur-kubur para syuhada’.
Perkuburan Bab Al-Rahma, sebuah kuburan berusia 1400 tahun yang terletak di luar tembok timur Masjid Al-Aqsa, mengandungi persemadian di sepanjang zaman sejarah Islam, dari zaman sahabat Ubadah-bin-Samit dan Shaddad-bin-Aus, dan kemudian tentera Mesir yang terbunuh semasa pertempuran untuk Baitulmaqdis, juga diyakini sebagai tempat persemadian terakhir para Mujahidin yang menyertai Salahuddin dalam membebaskan bandar ini dari tentera Salib. Tindakan penghinaan yang begitu jahat ini berlaku di tempat yang begitu suci di Masjid Al-Aqsa, turut disertai jaminan bahawa tiada tindakan balas yang berlaku (sepertimana yang tersirat di sebalik kenyataan MBS itu – pen).
Seminggu sebelumnya dalam wawancara yang memalukan oleh Bin Salman, ia berbangga dengan hubungannya dengan negara haram Zionis Israel yang sebelumnya dirahsiakan namun kini semakin terbuka dan semakin erat saban hari. Namun, di manakah kebimbangan MBS mengenai penghinaan terkini yang dilakukan di Perkuburan Bab Al-Rahma?
Seperti yang dinyatakan dalam sebuah komen Reidal untuk Brookings Institute pada tahun 2022, “Israel menghargai hubungan rahsia dengan Saudi tetapi mendambakan pengakuan secara umum sebagai jalan untuk mengakhiri peminggirannya dalam dunia Islam”. Ini adalah apa yang diinginkan oleh entiti Yahudi sejak permulaannya, pengakuan dan normalisasi negara-negara Arab terhadap entiti mereka. Sayangnya, penjajah Zionis Israel semakin berani mencemarkan tanah suci lantas mengharapkan mata buta dari tetangganya (rejim Arab). Maka, menjadi tugas para tentera kaum Muslimin yang berani dan ikhlas untuk bangkit menentang rejim yang khianat untuk membebaskan tanah suci dan membakar semua perjanjian khianat terhadap umat ini.
Diterjemah daripada penulisan dalam Bahasa Inggeris oleh Manal Bader