Penganut Islam ramai – Vatican
VATICAN CITY, 30 Mac – Bilangan penganut agama Islam di seluruh dunia buat pertama kalinya mengatasi bilangan penganut Roman Katolik, kata Vatican hari ini.
“Buat pertama kali dalam sejarah, kita tidak lagi berada di senarai teratas; penganut Islam telah mengatasi jumlah yang kita ada,’’ Formenti memberitahu akhbar Vatican L’Osservatore Romano dalam satu interbiu sambil menyatakan data itu merujuk kepada tahun 2006.
Beliau menambah, sekiranya kesemua kumpulan Kristian di ambil kira termasuk gereja Ortodok, Anglican dan Protestant, bilangan penganut Kristian mewakili 33 peratus daripada penduduk dunia atau kira-kira 2 bilion orang. – Reuters
Sumber: Utusan Malaysia 31/03/08
Ulasan:
Walaupun kesahihan berita ini, khususnya dari segi jumlah yang dinyatakan, boleh dipertikaikan, namun ia sedikit sebanyak telah menggusarkan penganut Kristian Roman Katolik terhadap bilangan umat Islam.
Sebagai umat Islam, mungkin ada di kalangan kita yang ‘bergembira’ dengan repot yang dikeluarkan ini, dengan bertambahnya bilangan umat Muhammad di dunia kala ini. Ya, sekali pandang, memanglah begitu. Namun, jika diteliti dengan mendalam dan khususnya bagi mereka yang menjadi pejuang Islam, di sebalik kegembiraan ini, terdapat kesedihan yang amat sangat.
Kesedihan apakah yang dimaksudkan? Kesedihan apa lagi jika tidak kesedihan kerana kedudukan umat Islam yang telah digambarkan oleh Rasulullah saw sejak lebih 13 abad yang lalu di mana Rasulullah SAW bersabda,
“Di perkirakan bahawa orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu hidangannya.” Seseorang berkata, “Apakah kerana jumlah kami sedikit di waktu itu (hingga orang-orang kafir boleh menyerbu)?” Beliau bersabda, “Bahkan jumlah kalian di saat itu ramai sekali, tetapi kalian seperti buih air bah (tidak berguna). Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuh kalian terhadap kalian serta memasukkan di dalam hati kalian (penyakit) wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah (penyakit) wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati”[HR Abu Dawud].
Justeru, walaupun ramainya jumlah umat Islam, namun sebahagian besar mereka yang telah dihinggapi oleh penyakit wahn, kedudukan mereka hanyalah menjadi ‘hidangan’ kepada orang-orang kafir, sebagaimana yang dapat kita saksikan saat ini. Kenapa mereka menjadi hidangan? Kerana sebahagian besar mereka lebih cintakan dunia dan takutkan mati.
Lihatlah kedudukan umat Islam yang menjadi ‘hidangan’, diperebutkan oleh orang kafir dari segenap arah seperti apa yang berlaku di Palestin, Iraq, Bosnia, Kashmir, Lebanon, Somalia, Darfur dan banyak lagi. Jadi, agar jumlah umat Islam yang ramai ini tidak menjadi hidangan orang-orang kafir, maka penyakit cinta dunia dan takut mati ini mestilah dihapuskan oleh umat Islam itu sendiri.
Hanya dengan adanya pejuang-pejuang Islam yang berada di jalan kebenaran dan sanggup mati kerana dakwah dan jihad, maka keseluruhan umat Islam yang lain akan dapat diselamatkan. Bagi mereka yang masih cintakan dunia dan takut mati, maka dosa besar terpikul di atas mereka selama itu. Bagi para pejuang yang berusaha untuk menegakkan Daulah Islam dan melantik seorang Khalifah yang akan menjadi perisai bagi umat Islam dan syahid dalam perjuangan mereka, maka bagi mereka kurniaan yang besar dari Allah jua, sebagaimana sabda Nabi saw,
“Imam (Khalifah) itu (ibarat) perisai di mana di belakangnya umat berperang dan berlindung” [HR Muslim].
“Penghulu para syuhada adalah Hamzah bin Abdul Mutallib, dan seseorang yang menghadapi pemerintah yang zalim, dia menasihati pemerintah tersebut lalu dia dibunuh (oleh pemerintah tersebut)” [HR Hakim].