Perang psikologi Zionis vs perang jihad

BAITULMUQADDIS 28 Dis. – Selepas ditawar sebuah kawasan pinggir bandar iaitu di Abu Dis sebagai ibu negara alternatif oleh Amerika Syarikat (AS), penduduk Palestin terus ‘dihidangkan’ dengan serangan psikologi yang ‘memualkan’ apabila rejim Zionis merancang untuk mengisytiharkan sebuah stesen kereta api di Baitulmuqaddis bersempena nama Donald Trump. Perkara itu sebagai menghargai ‘jasa’ Presiden AS itu mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Menteri Pengangkutan Israel, Yisrael Katz berkata, rejim Zionis memilih lokasi sebuah hentian kereta api bawah tanah berhampiran Tembok Barat di Kota Lama, di tengah-tengah kawasan yang sepatutnya dijadikan ibu negara Palestin.

Berita penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/rejim-zionis-mula-lancar-perang-psikologi-1.581147#ixzz52cFv7CNi


Ulasan:

Semenjak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, banyak pihak terutama umat Islam telah menunjukkan rasa tidak puas hati dan marah. Terdahulu di Riyadh, peme­rintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim dalam satu pertemuan menggesa umat Islam di seluruh dunia bersatu menentang pengisytiharan. Tidak terkecuali Perdana Menteri Malaysia juga telah menganjurkan demonstrasi aman mengutuk tindakan Donald Trump tersebut.

Namun bagaikan tidak mendatangkan apa-apa kesan, entiti Zionis Yahudi bukan sahaja tidak berasa terancam bahkan semakin berani mengumumkan akan menamakan sebuah stesen kereta api bersempena nama Presiden Amerika Syarikat itu. Segala tindakan umat Islam dan pemimpin mereka sedikit pun tidak berjaya mengekang cita-cita Zionis dan sekutu mereka.

Wahai umat Islam, ketahuilah bahawa kutukan dan kecaman tidak akan dapat menghentikan kebiadaban pihak kuffar. Hanya jihad sahajalah yang dapat menghentikan mereka daripada terus bermaharaja lela. Bukan hanya sekadar menolak pengisytiharan Baitul Maqdis sebagai ibu kota entiti Zionis Yahudi tersebut, bahkan kewujudan negara Israel juga akan ditentang dan dihapuskan. Allah berfirman:

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Telah diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal sesuatu itu baik bagimu. Dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal sesuatu itu buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” [TMQ al-Baqarah (2): 216]

Sedangkan jihad hanya dapat dilaksanakan oleh sebuah entiti negara iaitu Khilafah seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam sirah beliau. Hanya dengan jihad dan Khilafah sahajalah nyawa, darah dan harta umat Islam akan kembali terbela.

Ibnu Shams
Aktivis Hizbut Tahrir Malaysia