Perjuangan Sejuta Tandatangan di Parit Raja, Johor

Kempen Protes Kenaikan Harga Anjuran Hizbut Tahrir di Tapak ceramah Pakatan Rakyat di Parit Raja, Batu Pahat, Johor pada malam 20 Julai 2008 selamat dijalankan berhampiran tapak ceramah Konspirasi 2 oleh Dato Seri Anwar Ibrahim.

Hizbut Tahrir setempat mengambil dipeluang ini bersama ribuan massa. Kempen protes kenaikan harga minyak mendapat sambutan yang sangat baik dari semua pihak yang hadir. Hampir 2000 tandatangan dapat dikumpulkan pada malam tersebut walaupun dalam keadaan becak dan meja yang sempit. Boleh dikatakan gerai kami yang paling ramai dikunjungi setiap lapisan masyarakat.

Ada hadirin yang hadir berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hizbut Tahrir. Terima kasih juga kepada rakan-rakan petugas dari PAS dan PKR.