Perjuangan Sejuta Tandatangan di Pasar Malam Sri Rampai
Seterusnya pada 17hb Julai 2008, sekitar 8.00 malam hingga 10.00 malam, giliran Pasar Malam Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur menyambut kehadiran para pejuang yang terdiri daripada syabab Hizbut Tahrir dalam Perjuangan Sejuta Tandatangan membantah kenaikan harga minyak. Timbalan Presiden Hizbut Tahrir Malaysia, Ustaz Umar Hussien terus menyeru tanpa jemu kepada pemerintah agar mengembalikan hak rakyat ini (minyak) kepada seluruh umat. Sambutan dan sokongan daripada pengunjung sungguh hangat sekali ,dengan rata-ratanya tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit menurunkan tanda tangan sebagai tanda menyokong perjuangan yang dilakukan oleh Hizbut Tahrir dalam rangka mengembalikan kehidupan Islam.