Perjuangan Sejuta Tandatangan di Pasar Malam Taman Dato Senu

Perjuangan Sejuta Tandatangan memprotes kenaikan harga minyak turut diadakan di Pasar Malam Taman Dato Senu, Bandar Baru Sentul, 8hb Julai 2008  pada 6.30 mlm hingga 10.00 mlm. Rata- rata pengunjung pasar malam tersebut memberi sokongan yang sangat positif. Tidak kira sama ada Melayu, Cina, India, dan lain-lain, semuanya menurunkan tandatangan sebagai tanda bantahan. Ini amat bertepatan dengan pemilikan umum minyak ini, yang tidak membatasi sama ada mereka adalah Muslim, mahupun bukan Muslim,selagi mereka adalah warganegara daulah Islam, mereka ada hak keatas pemilikan umum minyak ini.