Permainan Politik AS di Syria
Ketua Liga Arab, Nabil al- Arabi serta Perdana Menteri Qatar yang akan ke New York bagi mendapatkan sokongan ke atas pelan mereka untuk mendapatkan bantuan Majlis Keselamatan PBB di dalam menyelesaikan krisis di Syria juga merupakan satu pengkianatan dan kemaksiatan kepada Allah dan kaum muslimin. Ini kerana, adalah suatu keharaman bagi umat Islam untuk menyerahkan urusan penjagaan kaum muslimin kepada kaum kuffar. Rasulullah SAW bersabda:
“Seorang Muslim adalah bersaudara dengan Muslim yang lainnya, maka janganlah dia menindas saudaranya dan jangan sekali-kali dia menyerahkan saudaranya yang lain kepada pihak yang menindas” [HR Bukhari]
Kita boleh lihat bagaimana sebelum ini kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika mengumumkan pelbagai retorik untuk menyelesaikan krisis Syria. Ini sudah dijangkakan kerana pastinya mereka akan mengambil langkah yang berhati-hati agar sekiranya Bashar ditumbangkan, bakal penggantinya juga mestilah di kalangan agen-agen serta individu yang boleh menjaga kepentingan Amerika di Asia Barat. Kerana itulah mereka melaungkan agar Bashar melakukan transformasi di dalam kerajaan dan dalam masa yang sama mereka menjalinkan hubungan dengan para penunjuk perasaan di Syria. Ini dibuktikan dengan sikap Amerika yang terus mendesak penunjuk perasaan agar terus melakukan dialog dengan Bashar dan bukannya menekan Bashar supaya mengundurkan diri. Semasa ditemuramah oleh Lucia Annunziata of Itay’s ‘In Mezz’Ora pada Mei 2011, Hilary Clinton menerangkan pendirian Amerika terhadap isu di Syria dengan berkata,
“Perbezaan diantara situasi di Syiria dan Libya ialah kerajaan Syria masih ada serta mampu untuk melakukan agenda transformasi. Cuma ada kebimbangan dengan apa yang berlaku di dalam Syria, dan kita terus menekan kerajaan Syria untuk melaksanakan agenda trasformasi. Apa yang saya tahu ialah, mereka masih mempunyai peluang untuk membawa agenda reformasi. Tiada siapa percaya Qaddafi akan melakukan perkara itu. Tetapi masyarakat percaya masih ada peluang ke arah itu untuk Syria. Jadi, kami akan teruskan usaha bersama sekutu-sekutu kami untuk bekerja keras ke arah itu”.
Jelas bahawa segala retorik yang dilakukan oleh Barat adalah demi menjaga kepentingan mereka di Asia Barat. Ternyata, segala tindak-tanduk yang dilakukan oleh Liga Arab serta para pemimpin kaum muslimin yang masih ‘bermain wayang’ di dalam menyelesaikan isu di Syria adalah suatu pengkhianatan kepada kaum muslimin yang bakal mengundang kemurkaan Allah. Ayuhlah kita memberi sokongan kepada kaum muslimin di Syria agar mereka tabah mengahadapi ujian yang diberikan ini, dan kita berdoa agar kemenangan Islam muncul di dalam jangkamasa terdekat. Firman Allah:
“Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya walaupun orang-orang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai” [TMQ at-Taubah (9):32-33].
Wallahu a’lam.
Sumber : Utusan Online, 27/01/2012