Moazzam Begg: Penahanan Yang Bermotifkan Politik

Pada pagi ini, Moazzam Begg, pengarah daripada kumpulan kempen CAGE telah ditahan oleh polis yang menangani isu keganasan berkaitan dengan lawatan beliau ke Syria, di mana media dalam laporan mereka telah menggunakan istilah-istilah jahat seperti “ melawat kem-kem latihan pengganas”.

Moazzam Begg telah mengembara merentasi Timur Tengah dan dunia umat Islam serta sering membongkar rahsia kotor Pejabat Luar dan Perkhidmatan Keselamatan. Beliau secara terbuka telah menyatakan tujuan lawatan beliau ke Syria adalah untuk menyiasat penglibatan antara UK dan perkhidmatan perisikan Amerika Syarikat(AS) dalam penyeksaan suspek-suspek yang ditahan. Ini telah menarik perhatian orang ramai mengenai perkara yang berlaku di Syria setelah kepulangannya.

Penahanan tersebut tidak lain adalah tindakan yang bermotifkan politik. Sama ada Presiden Sisi di Mesir, Putin di Rusia atau Cameron di Britain, tindakan mereka adalah sama. Mereka hanya perlu membuat tuduhan yang dikaitkan dengan ‘keganasan’ untuk memburuk-burukkan para pengkritik politik dan sebagai ‘waran’ untuk menangkap.

Tujuan penahanan sebegini yang dikaitkan dengan aktivis yang berprofil tinggi adalah untuk menakut-nakutkan umat Islam yang bercakap bagi memihak kepada pihak penentang mereka di Syria terhadap rejim Bashar Al-Assad. Ini juga bertujuan untuk menutup mulut mereka yang menentang dasar negara British mengenai umat Islam.

Penahanan ini mungkin episod yang terkini dalam menggunakan undang-undang, yang mana pada asalnya diketahui bahawa undang-undang tersebut adalah untuk mengekalkan keselamatan awam di UK, tetapi ia kini digunakan atas sebab-sebab yang bermotifkan politik yang tiada kaitan dengan keselamatan awam. Sesungguhnya, kesemua undang-undang “anti-keganasan” yang sering digunakan sedikit sebanyak adalah untuk “menzalimi” dan cuba untuk mendiamkan anggota masyarakat Islam.

Kami ingin menggalakkan semua umat Islam untuk melakukan perkara berikut:

1.    Tidak terhalang dengan cubaan ini untuk menjadi pembangkit keyakinan dalam masyarakat Islam.

2.    Menyokong tentangan yang tulus di Syria secara lisan, yang menentang kezaliman Bashar Al-Assad dan yang berharap untuk digantikannya dengan Negara Khilafah Islam.

3.    Berterusan memberikan sedekah masing-masing untuk membantu mereka yang sedang dalam pelarian dan yang sedang menderita.  

4.    Berdiri teguh dengan umat Islam yang lain apabila mereka sering dituduh sewenang-wenangnya dengan jenayah sedangkan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Daripada Abdullah bin Umar meriwayatkan bahawasanya Rasulullah saw bersabda:

 “Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain, tidak boleh dia menzaliminya atau membiarkannya dizalimi. Barangsiapa yang memenuhi hajat saudaranya, nescaya Allah akan memenuhi hajatnya dan barangsiapa menolong seorang Muslim lain untuk melepaskannya daripada satu kesusahan nescaya Allah akan melepaskannya daripada kesusahan dan penderitaannya di hari Akhirat. Barangiapa yang menutup keaiban seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di hari Akhirat.”   
[HR Bukhari dan Muslim].

Dr. Abdul Wahid, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Hizbut Tahrir UK.