Perubahan sebenar menuntut kita untuk mengebumikan sistem kuffar Barat bersama Musharraf, iaitu sebuah sistem yang melahirkan ejen sepertinya

Jumaat, 19 Syaaban 1429

Pada tanggal 18 ogos 2008, Presiden Musharraf telah mengumumkan perletakan jawatan.  Beliau berkhidmat untuk Amerika dengan kepatuhan sepenuhnya terhadap undang-undang mereka, membantu secara terbuka dalam agenda peperangan menentang kaum Muslimin dan Islam.  Menyaksikan penyusutan pengaruh Musharraf, Amerika telah  membiarkan presiden itu terbuang dan memihak kepada ejen baru yang akan memberikan perkhidmatan yang lebih cekap dan berhasil.  Sesungguhnya inilah takdir yang pasti untuk mereka yang hidup untuk meraih keredhaan dan kehormatan dari orang kafir.  Allah berfirman:

بَشِّرْ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمْ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا

Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih. Iaitu orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin.. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya segala kekuatan kepunyaan Allah.”[Surah an-Nisaa 4:138,139]

Dan Allah berfirman lagi:

مَثَلُ الَّذِينَ اتَّخَذُوا مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْلِيَاءَ كَمَثَلِ الْعَنكَبُوتِ اتَّخَذَتْ بَيْتًا وَإِنَّ أَوْهَنَ الْبُيُوتِ لَبَيْتُ الْعَنْكَبُوتِ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ

Perumpamaan orang-orang yang mengambil pelindung-pelindung selain Allah adalah seperti labah-labah yang membuat rumahnya. Dan sesungguhnya rumah yang paling lemah adalah rumah labah-labah kalau mereka mengetahui.”[Surah Al Ankabut 29:41]

Cara perletakan jawatan Musharraf yang amat hina ini adalah satu pengajaran terhadap semua pemimpin politik yang meraikan ‘kematian’ beliau tetapi pada masa yang sama mereka juga telah menjalin hubungan yang erat dengan Amerika dalam rangka untuk meraih kepentingan peribadi dan kekuasaan serta bersedia untuk memudahkan laluan Amerika dalam meluaskan pengaruh mereka di rantau ini.  Sememangnya apabila pemimpin-pemimpin ini membuat polisi dan keterangan atau memberikan pendapat tentang sesuatu perkara, mereka amat berhati-hati agar tidak menyebabkan kemarahan atau ketidak setujuan Amerika dalam apa cara sekalipun.  Dan sudah tentu pemimpin-pemimpin Muslimin ini perlu sedar bahawa Amerika hanya akan merasa senang dengan mereka selagi mana mereka mengikut polisi Amerika.

Di saat mereka terpesong dari polisinya atau tidak mampu untuk melaksanakan sepenuhnya, kekuasaan mereka yang diberi atas bantuan dan sokongan Amerika itu akan dirampas dan mereka akan dibuang sepertimana Musharraf terbuang.  Sejarah juga amat jelas menunjukkan contoh bagaimana boneka kuffar Saddam Hussein diperlakukan di depan mata kita.  Walaupun Saddam memberikan sepenuh jiwanya dalam membantu pihak British menekan dan menindas Islam dan Muslim, beliau tetap sahaja di biarkan oleh Britain tanpa pembelaan semata-mata untuk kepentingan mereka dengan agenda baru Amerika pada ketika serangan ke atas Iraq dilancarkan.

Meskipun dengan contoh-contoh yang jelas di hadapan kita ini, kerajaan demokrasi Pakistan yang baru tetap berusaha sedaya upaya untuk menghulur leher mereka dan memperhambakan diri kepada Barat.  Kerajaan ini sanggup mempergunakan sumber kekayaan dan tentera Pakistan untuk memperkukuhkan kempen peperangan terhadap Islam oleh Amerika.  Semasa lawatan kerja beliau ke Amerika, Perdana Menteri Pakistan Gillani telah mengumumkan sokongan sepenuhnya dari beliau kepada Amerika dengan berkata, ” Kita akan bekerjasama sepenuhnya dengan Amerika dalam kempen menentang keganasan.” Sejak dari itu, serangan Amerika terhadap rakyat Pakistan adalah lebih kerap di bawah pimpinan Gillani setelah mereka melepaskan kepimpinan Musharraf.

Meskipun tindakan tidak berperikemanusiaan telah dilakukan oleh Amerika terhadap Dr Aafia Siddiqui, kerajaan demokratik Pakistan terus memastikan kesinambungan laluan bekalan makanan, bahan bakar dan senjata untuk pasukan keselamatan Amerika terpelihara.  Demikian juga dari sudut ekonomi, kerajaan Pakistan terus-terusan mengikuti polisi-polisi kapitalis Barat yang sememangnya adalah akar kepada semua permasalahan ekonomi dan kemiskinan.

Sebaliknya, untuk menepati polisi Amerika dalam menghapuskan nilai-nilai Islam dari dada muda-mudi Muslim, kerajaan melancarkan kempen kebudayaan dan propaganda media untuk meyusup masuk idea-idea rosak Barat ini dan seterusnya menyebar luaskan fahaman nilai ketidaksopanan ini di tengah-tengah umat.  Ahli-ahli politik Pakistan sudah sepatutnya sedar dan mengerti pada saat ini bahawasanya sesiapa yang menggadaikan Islam dan bertindak mengikut telunjuk golongan kafir tidak akan mendapat sokongan dari umat Rasulullah saw dan mereka akhirnya akan dihina dan disingkirkan.  Sesungguhnya, penghinaan dan kekejian di akhirat nanti adalah lebih besar and alangkah buruknya balasan mereka nanti!

Wahai kaum muslimin Pakistan!

Hari ini kalian bersukaria dengan pemergian seorang ejen Amerika, tetapi ingatlah kalian pada tahun 1999, kalian semua juga menghela nafas lega ketika kerajaan Nawaz Shareef ditamatkan.  Jadi mengapakah agaknya kalian menyaksikan pemimpin-pemimpin ini bertukar di depan mata kalian sendiri tetapi keadaan hidup kalian tetap malang malahan bertambah buruk dari setiap sudut?  Jawapan kepada persoalan ini adalah kerana Amerika membawakan muka-muka baru apabila mereka fikirkan perlu tetapi mereka sentiasa memastikan sistem sekular penjajah di Pakistan tetap terjamin dan terpelihara keberadaannya.  Sistem inilah yang mengekalkan Amerika di negeri kalian, samada ia menonjolkan kepimpinan diktator ataupun demokrasi.  Pada masa mereka merasakan rakyat menolak diktator, mereka menyelamatkan keberadaan sistem mereka dengan memperkenalkan demokrasi.  Usah kalian diperbodohkan, kerana demokrasi, seperti juga diktator adalah sistem pemerintahan buatan manusia untuk kepentingan diri sendiri dan membelakangkan sistem Allah dan as sunnah, yang dipergunakan oleh Barat untuk meraih keuntungan membuka pintu kamu dan melangsungkan agenda mereka.

Tambahan lagi, selagi mana sistem yang ada ini terus kekal, ia pasti akan melahir dan membesarkan pemimpin seperti Musharraf.  Sememangnya sesiapa pun pemimpin yang menerapkan sistem busuk kuffar ini tidak akan pernah ikhlas kepada kaum muslim dan Islam.

Demikianlah, perubahan pada wajah pemimpin sama sekali tidak akan mengubah keadaan kalian.  Kehidupan kalian hanya akan berubah apabila sistem kufur Barat dan pemimpin yang rosak ini di cabut akarnya dan diganti dengan sistem Khilafah, yang akan menerapkan sistem sosial, ekonomi, undang-undang dan sistem pemerintahan, pendidikan dan dasar luar negaranya berasaskan Islam.  Bangkitlah untuk sama-sama menegakkan semula Daulah Khilafah, usahlah berasa selesa dengan pertukaran wajah-wajah pemimpin.  Khilafah ini yang telah menjadi rahmat selama lebih 13 abad bukan hanya untuk kaum muslim tetapi juga bukan muslim.

Wahai umat yang memegang kekuasaan!

Keriangan kaum Muslim terhadap pemergian musuh Muslimin dan Islam, Musharraf adalah bukti betapa umat mencintai Islam dan mendambakan pemimpin yang ikhlas terhadap Islam dan kaum Muslimin.  Sesungguhnya para pemimpin yang dibawa oleh Amerika melalui sistem kufurnya hanya akan sentiasa ikhlas dan taat kepada Amerika bukan terhadap kaum Muslimin dan Islam.  Jadi, bagaimanakah bisa kalian menerima dan redha dengan sistem ini sedangkan kalian telah bersumpah untuk melindungi kaum Muslimin dan menyelamatkan mereka dari pihak musuh?

Situasi di hadapan kalian ini adalah amat perlu kepada perubahan yang hakiki untuk umat.  Dan di hadapan kalian adalah contoh para pemimpin di dunia Islam, yang dengan bongkaknya menolak amaran dan seruan Hizb ut Tahrir apabila kami menghantar surat dan wakil kepada mereka pada bulan yang sudah, mengingatkan mereka bahawa mereka bukan sahaja akan menjadi orang yang kerugian di akhirat nanti tetapi mereka juga akan kehilangan takhta, sekiranya mereka terus menjadi hamba kepada kaum kuffar.  Peringatan inilah seperti yang disampaikan kepada Musharraf dan lihatlah bagaimana beliau diperlakukan.  Dan dihadapan kalian berdirinya Hizb ut Tahrir, yang bekerja dengan penuh keikhlasan, kesedaran dan kesungguhan untuk menegakkan Khilafah.

Sekarang sudah tiba masanya kalian membebaskan umat dari pemimpin-pemimpin keji ini dan perhambaan kepada Amerika dengan mengembalikan Khilafah.  Berilah nusrah (dokongan) kepada Hizb ut Tahrir dalam menegakkan semula Khilafah. Supaya umat Islam menjadi kuat semula dan memegang kekuasaan di dunia ini sepertimana pemimpin-pemimpin nenek moyang kita dahulu yang diangkat martabat dan kehormatannya dengan menerapkan Islam, digeruni oleh musuh-musuh Islam dan membuka tanah-tanah mereka untuk Islam supaya cahaya dan hidayah Islam menjadi rahmat ke seluruh alam.

Bilakah kalian akan bangkit dan melangkah kearah kehormatan ini?

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

“Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu“.[Surah Muhammad 47:7]

Hizb ut-Tahrir, Wilayah Pakistan
19 August 2008 CE
17 Sha’ban 1429 AH

Sumber: Khilafah.com