Pesalah Rasuah Calon UMNO
Utusan Malaysia:29/09/09
Sumber: Utusan Malaysia 29/09/09
Pesalah Rasuah Calon UMNO
Dunia politik sekular mendedahkan pekungnya lagi apabila pengamal rasuah masih diletakkan kepercayaan untuk menjadi calon mewakili UMNO dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini. Apakah UMNO sudah ketandusan calon yang beribawa untuk ditonjolkan sebagai calon mereka buat kali ini. Nampaknya nasihat dan pandangan yang diberikan oleh Mahathir sebelum dari ini supaya UMNO tidak mencalonkan Isa Samad tidak dipedulikan. Inilah percaturan politik Kapitalisme. Matlamat menghalalkan cara. Bagi para politikus Kapitalisme persoalan syakhsiah ataupun peribadi calon bukanlah perkara penting. Begitu juga dengan persoalan sistem. Sistem apa yang akan diterapkan bukanlah perkara penting buat mereka. Yang penting kekuasaan berada di tangan mereka.
Sedangkan bagi Islam, keperibadian seseorang yang ingin menjadi pemimpin dan sistem yang akan diterapkan adalah dua indikator yang perlu memenuhi hukum syara’. Pemimpin dan sistem yang baik akan menghasilkan natijah yang baik kepada individu, masyarakat dan negara. Yang pastinya saat ini negara dipimpin oleh pemimpin yang menerapkan sistem kufur demokrasi ciptaan Barat yang sudah pasti akan menimbulkan 1001 macam masalah dalam kehidupan masyarakat dan negara.
Wahai umat Islam kamu wajib mengubah keadaan ini. Kamu wajib berusaha menegakkan kembali sistem pemerintahan Islam, sistem Khilafah. Ketahuliah bahawa sistem Khilafah ini adalah sistem pemerintahan yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW, diteruskan oleh para sahabat sehinggalah akhirnya dihancurkan oleh Mustafa Kamal Attartuk pada 3 Mac 1924 di Turki. Kini umat Islam tertipu dengan sistem pemerintahan demokrasi ciptaan Barat. Sampai bilakah umat Islam akan kembali sedar dari penipuan kuffar Barat ini?