Raih kebangkitan hakiki dengan mabda’ Islam

“Kita amat kecewa dan marah apabila kemerdekaan yang diperjuangkan para pejuang terdahulu telah dimonopoli oleh mereka yang bacul, yang mengkhianat, yang menginjak-injak rakyat negara ini,” kata aktivis veteran itu yang pernah aktif dalam PAS dan kini menjadi Ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Batu. Beliau turut menyeru hadirin untuk mengingati perjuangan pengasas API dan PKMM, Ahmad Boestamam, yang dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, tidak lama selepas menang kerusi Parlimen Setapak pada pilihan raya umum (PRU) 1959 – PRU pertama selepas kemerdekaan.

Sumber : https://www.malaysiakini.com/news/406430


Komentar:

Dalam keadaan hidup yang mendesak dan integriti kepimpinan negara yang semakin menampakkan kerosakannya, rakyat marhaen mula merasakan perlunya bangkit untuk menentang ketidakadilan oleh pemerintah. Pelbagai usaha dilakukan termasuk mengadakan demonstrasi aman oleh badan bukan kerajaan yang disertai oleh rakyat marhaen.

Namun begitu, gerakan-gerakan seperti ini tidak lebih hanya untuk menzahirkan ketidakpuasan hati dan mereka tidak mempunyai matlamat yang jelas.  Oleh itu, kebangkitan seperti ini merupakan kebangkitan yang kabur kerana peserta-peserta demonstrasi ini diikat oleh emosi dan bukan dengan tujuan serta pemikiran yang jelas. Apatah lagi kebangkitan ini ingin mendapatkan keadilan dengan mengekalkan warisan sistem tinggalan penjajah.

Kebangkitan hakiki hanya dapat diraih dengan ideologi yang benar (mabda’ Islam) berasaskan aqidah yang benar (Aqidah Islamiyah). Apabila negeri yang majoriti penduduknya umat Islam ini ingin meraih kebangkitan hakiki, maka pilihan satu-satunya ialah bangkit dengan mabda Islam. Allah SWT berfirman:

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِقَوْمٍ يُوقِنُونَ

“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Maaidah (5): 50]

Jadi, jika benar ingin bangkit melawan ketidakadilan, maka bangkitlah dengan landasan Islam dan buanglah jauh landasan sekularisme-kapitalisme.

 

Ibnu Shams
Aktivisi Hizbut Tahrir Malaysia