Rakyat Malaysia Terus Digula-gulakan Oleh Pemerintah Sekular
Rasulullah saw telah mengingatkan kepada kita berkenaan isu ini lebih 1400 tahun yang lalu, antara sabdanya, “Daripada Ibnu Abbas ra, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, ‘Kaum Muslimin itu bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud]. Anas ra pula meriwayatkan hadis daripada Ibnu Abbas ra tersebut dengan tambahan, “wa tsamanuhu haram” (dan harga yang diambil daripadanya adalah haram). Ibnu Majah juga meriwayatkan daripada Abu Hurairah ra, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Tiga perkara yang tidak akan pernah dilarang (daripada manusia untuk memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api.” [HR Ibnu Majah]. Air, padang ragut dan api (tenaga) adalah tiga perkara yang Rasulullah SAW benarkan bagi semua orang untuk berkongsi di dalamnya dan baginda melarang mana-mana pihak untuk menghalang orang lain daripada menggunakannya. Tidak ada seorang manusia pun yang boleh ‘mengindividukan’ pemilikan atau menswastakan sesuatu aset yang telah diberikan kepada umum oleh Allah SWT. Inilah solusi Islam yang datang untuk mengatur seluruh kehidupan manusia termasuklah juga dalam persoalan ekonomi. Justeru, apakah rakyat di Malaysia khususnya dan dunia amnya ingin terus membiarkan diri mereka dibelenggu oleh kekejaman akibat daripada penerapan sistem ciptaan manusia ini? Pilihan ada di tangan kita wahai umat manusia. Jika dahulu masyarakat jahiliyyah bersedia untuk berubah dan memilih Islam sebagai suatu cara hidup, maka mengapakah kita sebagai umat Islam hari ini ingin menjadi sebaliknya dengan memilih sistem ciptaan manusia untuk mengatur urusan hidup serta meninggalkan cara hidup Islam? Cukuplah firman Allah SWT ini sebagai suatu peringatan: “Adakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki? Dan siapakah yang lebih baik daripada Allah dalam membuat hukum bagi orang-orang yang yakin? [TMQ Al-Maaidah (5):50].
Sumber: Utusan Malaysia, Malaysiakini.com