Rasulullah SAW dibela dengan Jihad

Penerbitan filem terbaru anti-Islam yang telah dikeluarkan di Amerika Syarikat (AS) yang bertajuk ‘The Innocence of Muslims” sehingga mencetuskan bantahan kaum muslimin di seluruh dunia membuktikan bahawa kaum kuffar sejak dari dahulu tidak dapat mengawal  kebencian mereka terhadap umat Islam sehingga sekali lagi mengenakan serangan terhadap Nabi Saw yang menjadi kesayangan umat Islam.

Pengarah filem tersebut iaitu Nakoula Besseley Nakoula aka Sam Bacile bukanlah yang orang yang pertama mengeluarkan drama menghina Nabi Muhammad saw. Pada tahun 1889, Henri de Bornier, seorang penyair dan penulis skrip yang berasal dari Perancis telah menulis sebuah skrip untuk pementasan teater anti-islam bertajuk Mahomet.  Bagaimanapun tayangan teater tersebut terpaksa dibatalkan setelah mendapat tentangan daripada Khilafah Uthmaniah. Walaupun Khilafah Uthmaniah pada ketika itu dilabel sebagai “The Sick-Man of Europe”, hakikatnya Daulah Islam diperakui kekuatannya sehingga Perdana Menteri Perancis ketika itu, Charles De Freycinet serta-merta mengharamkan pementasan teater itu pada tahun 1890.

“Bornier adalah mangsa sikap perjudis dan buta orang Islam terhadap pementasan Mohamet. Teater itu sedang dalam latihan pada tahun 1889. Menteri Luar Perancis memberi jaminan kepada duta Turki bahawa teater itu bukan untuk  menyerang peribadi Nabi dan dia sentiasa meraikan kepercayaan kaum Muslimin. Bornier mengatakan bahawa teater itu menjanjikan persembahan Ta’ziyas Parsi  dan pertunjukan yang  hebat untuk mengambarkan kematian Muhammad dan Ahli Jihad Syiah. Dia menerima persembahannya diharamkan di Algeria dan Tunisia. Namun, hujahnya itu masih lagi gagal memberikan kepuasan kepada Turki dan pada tahun 1890, Charles De Freycinet telah mengharamkan produksi Mohamet dan ia telah memberikan kegembiraaan kepada Sultan Abdul Hamid II. Apa yang pasti adalah, umat Islam akan tersinggung apabila dipentaskan sebuah teater yang mengambarkan Nabi SAW membunuh dirinya sendiri kerana seorang perempuan dan bersikap rendah diri kepada agama kristien, namun, tidak ada bukti yang Sultan Abdul Hamid II atau Duta Turki  menyaksikan atau membaca kisah tersebut ketika mereka menentang pementasannya. Sehingga 1896, tidak ada satu babak pun dipersembahkan di dalam teater kepada orang ramai. Setelah Bornier, tidak ada lagi penulis skrip Europah yang berani menulis teater berkenaan kehidupan Nabi.” (Sumber: C. E. Bosworth, ‘A Dramatisation of the Prophet Muhammad’s Life: Henri de Bornier’s “Mahomet”,’ Numen, Vol. 17, Fasc. 2 (Aug., 1970), p. 116)

Barat hanya boleh memuntahkan penghinaan, sumpahan, pembohongan dan penipuan setelah mereka gagal menewaskan umat Islam semasa berhujah secara intelektual dengan nilai-nilai Islam. Sesungguhnya tindakan mereka itu sebenarnya akan menguatkan umat Islam yang beriman dan akan menambah kecintaan umat Islam kepada Nabi Muhammad SAW dan ia akan menimbulkan minat ke atas orang-orang kafir yang lain untuk mempelajari Islam sehingga di kalangan Negara-negara Eropah ketika ini, jumlah penduduk asal Eropah yang memeluk agama Islam semakin bertambah setiap tahun. Firman Allah SAW:

“Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) meraka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya meskipun orang-orang kafir membencinya
.“[As-Saff (61): 8]

Khilafah yang akan muncul semula insyaAllah dengan  kekuasaan politik, ekonomi dan ketenteraan untuk melindungi dan menjaga penghormatan Nabi Muhammad saw dan juga nabi-nabi yang lain termasuklah Adam, Nuh dan Isa AS. Sebagaimana yang dilakukan oleh Khalifah-khalifah yang lalu.

Sumber: www.khilafah.com