Ratusan berarak bantah lawatan Bush di Timur Tengah

Ratusan terdiri dari kaum lelaki, wanita dan kanak-kanak berarak dalam satu demonstrasi aman yang dianjurkan oleh Hizbut Tahrir di London sebagai membantah lawatan George Bush la’natullah ke Timur Tengah. Peserta demonstrasi berkumpul di Marble Arch sambil mendengar ucapan oleh beberapa orang anggota Hizbut Tahrir dan kemudiannya mereka berarak menuju ke kedutaan Arab Saudi di mana beberapa ucapan lanjut dilakukan.

Demonstrasi tersebut menyelar pengkhianatan pemimpin umat Islam yang telah dengan hinanya menyambut Bush dengan ‘permaidani merah’ walhal di tangan musuh Allah itu masih mengalir darah-darah ratusan ribu kaum Muslimin yang dibunuhnya di Timur Tengah. Walhal musuh Allah inilah juga yang telah memporak-perandakan Timur Tengah, yang telah secara terus-menerus menyokong apartheid, zionis, negara haram “Israel” dan kekejaman mereka (entiti Yahudi) di bumi Palestin.

Demonstrasi seterusnya mendedahkan bahawa AS langsung tidak ada agenda yang baik ke atas Timur Tengah (kecuali untuk kepentingannya) dan bahawa keamanan serta keselamatan di Timur Tengah hanya akan dicapai dengan berdirinya semula Daulah Khilafah di rantau itu yang akan mengembalikan keadilan dan penyatuan umat Islam sebagaimana di masa lalu. Gambar-gambar di seputar demonstrasi boleh dilayari di bawah ini:

http://www.hizb.org.uk

Sumber: Hizbut Tahrir Britain