Rejim Rusia Menangkap Pejuang Khilafah di Siberia Barat
“Pimpinan sel, yang juga seorang bekas banduan, telah ditangkap. Sejak 2008, ia telah menyebarkan idea-idea ekstrimis di kalangan penduduk setempat dan merekrut anggota baru, terutama di kalangan tahanan yang baru dibebaskan,” kata jurucakap pegawai Biro Keselamatan Persekutuan (FSB).
Rusia mensabitkan tuduhan palsu terhadap Hizbut Tahrir sebagai gerakan pengganas. Yang menghairankan, tidak ada satu pun bom molotov atau senjata yang disita, melainkan mereka hanya menyita risalah-risalah dan buku-buku.
Pihak petugas FSB menyita lebih daripada 100 risalah dan buku-buku ekstrimis ketika penangkapan dibuat.
“Lebih daripada 100 buku yang diterbitkan oleh Hizbut Tahrir telah disita daripada orang yang ditangkap,” katanya.
“FSB juga telah mengenalpasti kumpulan pendukung yang mempunyai hubungan dengan kegiatan sel Hizbut Tahrir di Tyumen,” tambahnya.
Seperti yang disebutkan oleh agensi berita Rusia, Hizbut Tahrir berjuang untuk menyatukan kaum Muslimin dalam sebuah negara Islam. Namun, Rusia berusaha untuk mengaitkannya dengan kumpulan Islam radikal di Chechnya. Pada tahun 2003, Rusia menempatkan kumpulan tersebut dalam senarai organisasi-organisasi yang diharamkan.
Agensi Informasi Rusia (RIA Novosti) pernah menyebut bahawa parti politik tersebut tidak dikelaskan sebagai organisasi pengganas di Amerika Syarikat.
Rusia mempunyai lapan daerah yang ramai penduduknya umat Islam iaitu Tatarstan dan Bashkortostan di daerah Volga, republik Dagestan Kaukasus Utara, Chechnya, Ingushetia, Kabardino-Balkariya, Karachai-Circassia dan Adyghea di Rusia Selatan.
Begitulah, para pengembang dakwah sentiasa diuji. Tetapi semua itu hanya menunjukkan semakin dekatnya pertolongan daripada Allah SWT, iaitu berupa kemenangan dengan tertegaknya Khilafah Rasyidah. Pada saat itulah, Khilafah akan menghakimi para rejim tersebut atas tindakan kejam mereka, insyaAllah.