Relevankah Mahathir Menjadi Penasihat Kerajaan?
Ibrahim berkata, dengan pelantikan tersebut, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan lebih kerap dengan Dr. Mahathir bagi mendapatkan pandangannya mengenai keadaan semasa negara. Bagaimanapun kata beliau, Najib tidak perlu mengikut kesemua pandangan dan nasihat Dr. Mahathir kerana setiap Perdana Menteri mempunyai gaya pemerintahan dan wawasan tersendiri untuk dicapai. “Saya percaya Dr. Mahathir akan menerima pelantikan tersebut, malah bekas Perdana Menteri itu juga tidak memerlukan gaji. Saya akan bawa cadangan ini ke Parlimen bulan depan,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia 260909
Lantik Mahathir Sebagai Talian Hayat Untuk Terus Mengekalkan Sekularisme
Rekod pemerintahan sekular Kapitalisme Mahathir selama 22 tahun telah terbukti kejayaannya. Berjaya dari sudut apa? Sudah pastinya dari sudut kejayaan beliau dalam meneruskan dan melangsungkan kehidupan sekular Kapitalisme ditengah-tengah kehidupan bermasyarakat dan bernegara di Malaysia. Beliau telah berjaya memepertahankan sistem sekular yang ditinggalkan oleh penjajah dengan sangat cemerlang. Setelah melepaskan jawatan sebagai PM pun kita melihat Mahathir masih terus lantang bersuara untuk memastikan sistem sekular yang ada tetap dipertahankan – begitu bernafsu dan sayangnya Mahathir kepada sistem tinggalan penjajah ini! Kini, para pengikut Mahathir pula bersuara dengan cadangan agar kerajaan sekular yang ada hari ini melantik beliau sebagai penasihat UMNO dan kerajaan. Relevankah cadangan tersebut? Ya sudah pasti bagi para pendokong sekular tetapi tidak bagi pencinta Islam. Hanya mereka yang terbenam di dalam lumpur dan kekotoran sekular sahaja yang menginginkan agar tokoh sekular Kapitalisme seperti Mahathir ini terus diberikan peranan agar dapat sama-sama membantu memperpanjangkan tempoh hayat kehidupan Kapitalisme ini. Bergembiralah kuffar Barat dengan komitmen yang ditunjukkan oleh umat Islam itu sendiri! Firman Allah SWT “Dan sesiapa yang mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi”. [TMQ A-li ‘Imraan (3) : 85].