RM37 juta Wang Rakyat Dibazirkan Demi Pertunjukan Silat
TAWAU, 16 Mei – Sebuah gelanggang silat terbesar di dunia akan dibina di negeri Melaka tahun ini.
“Ini sudah tentu akan memartabatkan lagi seni silat kita dan menunjukkan betapa seriusnya Pesaka untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kegiatan silat sedunia pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Silat Nusantara dan Jemputan Antarabangsa 2011 di sini hari ini.
Menurut Mohd Ali, sebaik sahaja gelanggang silat itu siap kelak, pelbagai program akan dirangka bagi pembangunan silat di negara ini serta di seluruh pelosok dunia. – Bernama
Sumber : Utusan Online, 16/05/2011
RM37 juta Wang Rakyat Dibazirkan Demi Pertunjukan Silat
Alangkah baiknya sekiranya wang itu digunakan untuk membina kem-kem latihan tentera tambahan di mana kesemua tentera ini akan dikerahkan untuk berjihad di jalan Allah dan bukan tentera yang cuma digunakan untuk perarakan pada hari kemerdekaan. Ataupun wang tersebut digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan senjata-senjata canggih yang akan digunakan untuk menentang musuh- musuh Islam. Adalah menjadi kewajiban dan tanggungjawab negara untuk menyiapkan segala sarana dan kelengkapan dalam menyediakan umat untuk melakukan jihad di jalan Allah. Wahai kaum Muslimin, sampai bilakah kita ingin terus berharap kepada para pemimpin yang tidak mengutamakan Allah dan Rasulnya dalam setiap polisi politik mereka? Sampai bilakah kita sanggup untuk menjadi penonton setia ke atas segala penyelewengan wang rakyat yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang korup dan khianat ini? Marilah kita bersama-sama berjuang untuk mengembalikan kegemilangan Islam dengan mendirikan semula Khilafah. Semoga Khilafah yang bakal bangkit tidak lama lagi akan mengembalikan kemuliaan ke tangan umat Islam. Wallahu a’lam.