Sebuah “Sandiwara Palestin” yang dicipta oleh pemimpin-pemimpin dari Dunia Islam

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah bersepakat untuk membantah keputusan Donald Trump, dengan majoriti undi telah menolak keputusan unilateral Amerika untuk menjadikan Jerusalem sebagai ibu kata bagi “Israel”.

Undian tersebut diperolehi biarpun dengan peningkatan ancaman dari Nikki Haley, duta AS ke PBB, yang mengatakan bahawa Washington akan mengingati negara-negara yang “tidak menghormati” keputusan Amerika dengan membuat undian menentang Amerika.

Biarpun dengan ancaman tersebut, seramai 128 anggota-anggota PBB yang mengundi pada Khamis telah memihak kepada resolusi untuk menyokong kesepakatan antarabangsa terdahulu berkenaan status Jerusalem – yang dituntut sebagai ibu kota oleh kedua-dua pihak iaitu Yahudi dan Palestin – yang hanya boleh diselesaikan dengan perjanjian damai yang merupakan isu terakhir yang perlu disepakati Negara-negara yang mengundi bagi resolusi itu termasuklah negara penerima utama bantuan daripada AS seperti Mesir, Afghanistan dan Iraq.

Tajuk-tajuk utama diseluruh dunia bercakap tentang kemenangan PBB dan OIC (Organisasi Kerjasama Islam yang diketuai oleh presiden Turki, Erdogan) dan kekalahan Trump, mengenai perisytiharannya untuk memindahkan kedutaan AS dari “Tel Aviv” ke Al- Quds dan pengiktirafan Al-Quds sebagai ibu kota bagi entiti Zionis. Seorang jurucakap Palestin berkata : “Undian ini adalah kemenangan bagi Palestin.” Persoalannya ialah: Adakah ini kemenangan untuk umat Islam ?

Ini merupakan sesuatu perkara yang luar biasa berlakunya ketika Perhimpunan Agung PBB. Semua negara-negara umat Islam menentang keputusan Trump , biarpun dengan ancaman daripada Trump yang sangat berani untuk menyenaraihitamkan dan menghentikan bantuan kewangan kepada negara-negara yang akan mengundi menentang keputusannya, hampir semua negara-negara Islam, menyokong resolusi PBB menentang pengiktirafan Al-Quds sebagai ibu kota entiti Zionis dan dengan itu menentang AS.

Perkara ini berlaku biarpun di saat ini , majoriti negara-negara ini terikat secara langsung ibarat tali pusat dengan dasar AS dan tidak mempunyai keupayaan untuk membantah dasar atau keputusan AS. Bagaimanakah mungkin negara-negara ini yang secara terbuka terkenal dengan kesetiaan mereka kepada AS dan dasarnya, namun sekarang boleh bercanggah dengan AS . Adakah mereka akhirnya telah melihat kebenarannya , iaitu mengutamakan tanggungjawab mereka terhadap Islam dan menentang kesemuanya hegemoni AS ?

Perlu dijelaskan disini, bahawa keputusan undian dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya bersifat simbolik dan tidak mengikat. Oleh itu, secara efektifnya undian tersebut tidak memberi kesan apa-apa terhadap keputusan Amerika Syarikat (yang mencetuskan kegawatan ini). Begitu juga , ancaman yang diucapkan oleh pentadbiran Trump untuk menghentikan bantuan kewangan, juga bukanlah keputusan yang dapat dilakukan kerana kebanyakan bantuan pembiayaan AS ditentukan oleh Kongres untuk negara-negara tertentu dan isu-isu tertentu. Sebagai contoh, tahun ini panel Senat AS menolak cadangan bajet Trump untuk mengurangkan bantuan luar negara sebanyak 30%.

Oleh itu , biarpun kekecohan berlaku disebabkan oleh kedua-dua peristiwa undian dan ancaman itu ,namun secara asasnya ia tidak memberi apa-apa kesan pun. Dengan demikian , merujuk kepada tindakan Negara-negara Islam dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang seolah-olah bertindak “menentang” keputusan Amerika Syarikat, sebenarnya tidaklah mempunyai kesan apa pun kepada keputusan AS mahupun tindakan tersebut juga tidak memberi kesan kepada bantuan kewangan yang mereka terima.

Selain itu, para pemimpin negara-negara utama Arab dan Muslim telah dimaklumkan terlebih dahulu sebelum Trump membuat pengucapan awam dengan keputusan tersebut . Oleh itu, persoalannya mengapa AS secara khusus memberitahu terlebih dahulu pemimpin-pemimpin ini ? Adakah Amerika ingin meminta pendapat mereka atau hanya sekadar untuk memaklumkan kepada mereka? Tidak, ini tidak masuk akal kerana AS tidak akan meminta pendapat dari hamba-hambanya malahan mereka akan menurut perintah tanpa perlu menyoal. Atau biarpun berlaku , sudah dapat diduga reaksi mereka ? Bahkan , ini tidak boleh diterima kerana hakikatnya Amerika Syarikat telah menyuap mereka dengan dolar, dan ianya sangat berakar umbi , dan mengawal hal ehwal dalaman kebanyakan negara-negara umat Islam ini .
Atau adakah AS berbuat demikian untuk mempersiapkan pemimpin-pemimpin ini bagi menghadapi bantahan massa dari orang-orang Islam dari seluruh dunia Islam dan bertindak seperti injap udara untuk mengurangkan tekanan dan mengarahkan bantahan massa ini secara langsung kepada rancangan AS? Ini seolah-olah lebih relevan apabila kita mengambil kira sejarah lama para pemimpin korup ini yang terbukti setia kepada AS dan dasarnya. Di samping itu, hakikatnya tidak ada negara-negara ini yang menyatakan ketidakpuasan mereka sebelum Trump mengumumkan keputusannya secara terbuka tetapi mereka “bercakap” apabila keputusan ini telah diumumkan secara terbuka, dan ini membuktikan kebenaran perenggan di atas.

Oleh itu, persoalan yang paling penting ialah apa yang dikatakan oleh para pemimpin ini ketika mereka mula “bercakap” dan apakah cadangan dari mereka? Jurubicara dari Palestin merumuskan dengan kata-kata berikut : “Kami akan meneruskan usaha kami di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)dan di forum-forum antarabangsa untuk menamatkan penjajahan ini dan menubuhkan negara Palestin kami dengan Jerusalem Timur sebagai Ibu Kota.”

Rumusan intipati dari Deklarasi Istanbul untuk “Membebaskan Al-Quds” dalam persidangan OIC pada 13 Disember 2017.

• Mengarah kepada penerimaan resolusi dan keputusan oleh PBB dan hanya undang-undang antarabangsa sebagai rujukan tunggal dalam menyelesaikan masalah di dunia Islam.
• Pengiktirafan penjajahan Zionis sebagai sebuah entiti yang sah dengan menerima dan menamakannya sebagai penyelesaian dua negara. Sebuah negeri bagi pendudukan haram tanah umat Islam dan “negara” bagi rakyat Palestin menurut sempadan 1967 yang memperuntukkan 78% tanah kepada penduduk Zionis!
• Timur Al-Quds adalah untuk Palestin, dan bagaimana dengan Barat Al-Quds? Ia adalah untuk penghuni Zionis. Jelas, yang dapat diperhatikan bahawa spesifik resolusi telah diundi mengarah kepada persetujuan antarabangsa bahawa status Jerusalem adalah Ibu Kota bagi entiti Zionis dan Palestin.

Oleh itu, intipati yang manakah telah bercanggah dengan polisi AS?

AS masih lagi menyeru kepada penyelesaian dua negara dan Trump menegaskan bahawa dia tidak menetapkan berapa besar tanah Al-Quds yang akan dipertimbangkan sebagai Ibu Kota Zionis. Beliau berkata, “Kami tidak mengambil satu kedudukan sebagai keputusan mutlak , termasuk sempadan khusus kedaulatan “Israel” di Jerusalem, atau resolusi bagi sempadan yang dipertikaikan. Soalan-soalan itu terpulang kepada pihak-pihak terntentu yang terlibat. “

Jadi, nampaknya para pemimpin di negara-negara umat Islam menggunakan sentimen Islam untuk menolak agenda AS bagi Palestin.

Jika pemimpin-pemimpin ini berada di posisi di mana mereka boleh berdiri untuk Palestin secara terbuka dan bersatu menentang dasar AS, maka mengapakah mereka tidak menggunakan “pengaruh” ini untuk menolak semua campur tangan Barat, institusi-institusi dan undang-undang yang menjadi penyebab utama permasalahan Palestin dan permasalahan bagi dunia umat Islam? Mengapa mereka tidak memanggil perpaduan sebenar di bawah kekuasaan Islam dan menyelesaikan masalah Palestin dengan sekelip mata?

Okay Pala
Wakil Media untuk Hizbut Tahrir Belanda