Sejuta Belia Digula-gulakan
Tidak ketinggalan juga konsert-konsert yang diadakan yang melibatkan pelbagai artis termasuk dalam dan juga luar negeri antaranya kumpulan K Pop Korea. Selain itu terdapat juga acara seperti pameran, aktiviti sukan, persembahan dan acara-acara lain.
Walaupun kita tahu pihak penganjur mempunyai tujuan mereka sendiri di sebalik perhimpunan tersebut, ia tetap gagal membawa halatuju belia mentaati perintah dan larangan supaya mengikuti hukum syarak dan hidup bersumberkan Al Quran dan Sunnah atau membudayakan belia negara ini dengan kehidupan gaya trend masakini dunia yang berlatarbelakangkan budaya kehidupan barat dan budaya-budaya lain yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Atau adakah perhimpunan ini ada kaitannya dengan agenda pilihanraya (PRU-13) yang semakin dekat? Jika ditinjau ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu menghadiri perhimpunan tersebut, beliau mahu hadirin yang menyertai Himpunan Sejuta Belia mempertahankan Putrajaya daripada pembangkang jika ingin melihat Malaysia menjadi negara maju telah membuktikan bahawa ternyata terdapatnya motif politik di sebalik penganjuran tersebut.
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Borhan Dolah, berkata himpunan Sejuta Belia sepanjang dua hari menyediakan banyak aktiviti menarik. Katanya lagi “Paling penting, program seimbang berunsur pengisian dan boleh disertai belia dengan cara sihat dan bermanfaat. Acara menggabungkan elemen hiburan, riadah dan sukan yang memang bersesuaian dengan jiwa orang muda,” katanya pada sidang media di Menara KBS di Presint 4, Putrajaya, Isnin lalu.
Ditinjau dari kebanyakan acara yang dianjurkan dalam Himpunan Jutaan Belia 2012 ternyata seperti kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara iaitu bersesuaian dengan jiwa orang muda. Himpunan Jutaan Belia 2012 tidak ubah seperti memanjakan belia dengan apa yang mereka mahukan semata-mata untuk mencapai tujuan politik jangkamasa pendek kerajaan tanpa menghiraukan kesannya kepada pemikiran dan jiwa kepada para belia itu nanti.
Adakah kehidupan atau aktiviti kita sebagai ummat nabi Muhammad diatur mengikut kehendak dan jiwa kita? Tidakah tujuan Rasullullah diutuskan untuk mengatur seluruh kehidupan dan aktiviti manusia bertunjangkan apa yang telah diwahyukan oleh Allah s.w.t . Firman Allah dalam surah Al Maidah ayat 49 bermaksud:
Dan hendaklah engkau memutuskan perkara diantara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau mengikut keinginan mereka. Dan waspadalah terhadap mereka, janganlah sampai mereka memperdayakan engkau terhadap sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.
Sumber: Harian Metro 27/5/2012