Semoga laknat Allah menimpa pelaku maksiat
 Pihak penganjur konsert maksiat tersebut juga nampaknya dua kali lima pemikirannya, dengan perasaan yang tidak memikirkan dosa dan pahala mereka tetap mencuba sehingga ke saat akhir untuk terus membuat rayuan kepada pihak berkuasa [Pejabat Daerah Johor Bahru] bagi membenarkan Inul menjayakan konsert maksiat yang mereka anjurkan itu. Walaupun gagal melangsungkan konsert Inul di JB pihak penganjur telah memberikan jaminan untuk tetap meneruskan  kerja-kerja maksiat mereka itu dengan perancangan untuk mengubah tempat ke Bukit Jalil pada 27 Julai ini. Mereka nampaknya tidak putus berusaha untuk membuat pesta najis ini, tidak dapat di tempat A maka mereka tetap mencari di tempat B pula, dan jika gagal, mereka mungkin mencari di tempat C dan mungkin sampai ke tempat Z sekalipun, shinggalah mereka akhirnya dapat menikmati najis yang kotor lagi jijik ini.
Pihak penganjur konsert maksiat tersebut juga nampaknya dua kali lima pemikirannya, dengan perasaan yang tidak memikirkan dosa dan pahala mereka tetap mencuba sehingga ke saat akhir untuk terus membuat rayuan kepada pihak berkuasa [Pejabat Daerah Johor Bahru] bagi membenarkan Inul menjayakan konsert maksiat yang mereka anjurkan itu. Walaupun gagal melangsungkan konsert Inul di JB pihak penganjur telah memberikan jaminan untuk tetap meneruskan  kerja-kerja maksiat mereka itu dengan perancangan untuk mengubah tempat ke Bukit Jalil pada 27 Julai ini. Mereka nampaknya tidak putus berusaha untuk membuat pesta najis ini, tidak dapat di tempat A maka mereka tetap mencari di tempat B pula, dan jika gagal, mereka mungkin mencari di tempat C dan mungkin sampai ke tempat Z sekalipun, shinggalah mereka akhirnya dapat menikmati najis yang kotor lagi jijik ini.“Saya tidak pasti sama ada akan menerus konsert melainkan mampu berkata Insya-Allah”.
Inul bersama dengan pihak penganjur konsert maksiat itu juga memberikan komen dengan mengatakan pihak Pejabat Daerah Johor Bahru gagal memberikan alasan kenapa konsertnya tidak dibenarkan.
Beginilah haru-birunya pemikiran apabila hukum Allah dibelakangkan! Tanyalah akidah Islam yang anda miliki. Apakah Allah SWT yang anda imani itu membenarkan perbuatan maksiat yang anda lakukan? Tidak perlulah anda mengharapkan jawaban dari Pejabat Daerah JB untuk mengetahui alasannya. Renunglah firman Allah SWT,
“Dan jagalah diri kamu daripada dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Berat azab seksaNya” [TMQ al-Anfal(8):25]
