Seorang Mahasiswa Rusia Dipenjara Kerana Menyertai Hizbut Tahrir

altSekali lagi seorang pemuda Muslim Rusia dimasukkan ke dalam penjara kerana keIslamannya. Seorang mahasiswa yang bernama Chistopol Agraria Ilgiz Gizyatullinu dihukum kerana didakwa terlibat dengan gerakan “ekstrimisme”. Dia didapati  bersalah kerana penglibatannya dalam Parti Politik Islam, Hizbut Tahrir. Begitulah laporan sosio-politik Tatarstan dalam sebuah akhbar tempatan.

Menurut akhbar tersebut, Gizyatullin merupakan “mushrif” (guru) yang mengajar ideologi yang dibawa oleh Hizbut Tahrir kepada warga Rusia. Pihak mahkamah memutuskan bahawa Ilgiz dihukum penjara selama 4 bulan.

Hizbut Tahrir merupakan sebuah parti politik Islam antarabangsa yang giat menyeru kepada penerapan syariah dan Khilafah. Hizbut Tahrir telah menjadi sasaran kezaliman penguasa diktator rejim Rusia. Sejak tahun 2003, gerakan ini telah dianggap bertentangan dengan perlembagaan Rusia.

Sumber: syabab.com