Serangan Fitnah Keji ke atas Hizbut Tahrir Membuktikan Kebejatan Intelektual Pihak-pihak yang Melakukannya

Selama hampir seminggu, Hizbut Tahrir telah diserang secara berterusan dengan segala macam fitnah oleh pihak media susulan sidang media yang dilakukan oleh Exco Hal-Ehwal Agama Negeri Johor (pada 30/09/2020) dan Ketua Polis Johor (pada 01/10/2020). Exco Hal-Ehwal Agama Negeri Johor dan Ketua Polis Johor bercakap mengenai fatwa ke atas Hizbut Tahrir, yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Johor yang telah diwartakan pada 15/07/2019, sebuah fatwa yang jauh lebih teruk berbanding fatwa yang sama di Selangor dan Sabah. Fatwa tersebut antara lain menyatakan bahawa Hizbut Tahrir membenarkan ciuman terhadap wanita asing (bukan mahram), bahawa menonton filem lucah itu harus, Hizbut Tahrir mengancam keharmonian dan keselamatan negara. Ketua Polis Johor dalam sidang medianya menambah yang Hizbut Tahrir melabelkan kerajaan Malaysia sebagai kafir yang wajib digulingkan dengan kekerasan.

Terdapat sebilangan media, baik televisyen atau akhbar, yang melaporkan kedua-dua sidang media tersebut (serta fatwa yang menjadi rujukan) dan sebahagian daripada mereka nampaknya mengambil kesempatan dengan menokok-tambah fitnah-fitnah lain yang tidak terdapat dalam fatwa tersebut, seperti menuduh Hizbut Tahrir mengatakan bahawa solat dan zakat tidak wajib sehingga Khilafah berdiri, bahawa semua Muslim selain Hizbut Tahrir adalah sesat, bahawa Qada’ dan Qadar tidak boleh diyakini dan sebagainya. Keadaan menjadi lebih buruk apabila terdapat Ketua Polis dari negeri lain, termasuklah Ketua Polis Negara sendiri, turut diheret oleh media untuk menjawab soalan-soalan berhubung Hizbut Tahrir yang didakwa mewajibkan kesemua anak lelaki berusia 15 tahun untuk menjalani latihan bersenjata dalam draf perlembagaannya.

Jurucakap Hizbut Tahrir / Malaysia telah mengadakan dua sidang media yang dilakukan secara atas talian bagi menjawab sebahagian daripada fitnah yang terkandung di dalam fatwa, yang dilontarkan oleh Ketua Polis Johor dan juga yang dilontarkan oleh media. Sebagai tambahan, kami ingin menegaskan lagi perkara-perkara berikut:

  1. Agar media bersikap profesional dan adil dalam melaporkan hal ini, dengan turut melaporkan jawapan penuh daripada Jurucakap Hizbut Tahrir / Malaysia, bukan hanya melaporkan kisah secara sepihak;
  2. Meskipun kami menjangka Jawatankuasa Fatwa Johor tidak akan menarik balik fatwa fitnah ini, namun kami tetap menuntut agar fatwa tersebut ditarik balik, demi kebaikan mereka sendiri, khasnya di akhirat kelak;
  3. Bahawa Hizbut Tahrir merupakan sebuah parti politik Islam antarabangsa yang telah bergerak dalam umat ini semenjak 1953 dan setiap insan yang waras pasti mengetahui bahawa segala aktiviti Hizbut Tahrir adalah bersifat politik dan intelektual, dan Hizbut Tahrir ingin mempersatukan umat ini di bawah naungan Khilafah, serta Hizbut Tahrir tidak pernah terlibat dengan kekerasan dalam aktiviti-aktivitinya, bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam fatwa dan sidang akhbar tersebut.

Kami ingin menyatakan dengan tegas kepada Jawatankuasa Fatwa Johor, sebagaimana yang telah kami nyatakan dalam bantahan kami terhadap Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Majlis Fatwa Sabah bahawa sesungguhnya fatwa ke atas Hizb ut Tahrir ini merupakan sebuah  ‘fatwa politik’ yang bertujuan memburukkan imej Hizbut Tahrir dan cuba menghalang dakwah Hizbut Tahrir dalam umat ini. Agenda melabelkan Hizbut Tahrir dengan pelbagai label negatif, agar dakwah Hizbut Tahrir dapat dihentikan, ini semua merupakan agenda politik kuffar Barat, kerana mereka benar-benar mengetahui bahawa Khilafah yang sedang diusahakan oleh Hizbut Tahrir akan tertegak tidak lama lagi yang akan menghapuskan segala pemikiran sesat mereka berserta hegemoni dan pengaruh mereka ke atas umat ini. Setelah Barat gagal menghadapi Hizbut Tahrir secara ideologi, mereka lalu beralih membuat makar, memfitnah dan mereka-reka cerita tentang Hizbut Tahrir, bersama ejen-ejen mereka dalam kalangan penguasa kaum Muslimin, dengan harapan agar umat menjauhi Hizbut Tahrir dan idea mengenai Khilafah.

Kesemua cerita rekaan dan serangan fitnah keji terhadap Hizbut Tahrir yang telah berlegar di seluruh dunia sejak sekian lama, tidak lain hanya menunjukkan kebejatan intelektual para penyerang tersebut dalam menghadapi idea dan dakwah yang dibawa oleh Hizbut Tahrir. Mereka berharap dengan kesemua makar, fitnah dan tuduhan yang mereka lakukan, Hizbut Tahrir akan menghentikan dakwahnya, sebagaimana yang diharapkan dan dilakukan oleh kafir Quraisy ke atas Rasulullah (saw). Namun mereka semua lupa akan satu hakikat…bahawa idea dan dakwah di atas jalan kebenaran tidak akan dapat dihentikan sama sekali, dan ia akan terus berkembang menjangkaui benak pemikiran mereka, sehingga Allah (swt) mengurniakan kemenangan-Nya ke atas para pengembangnya.

 

Pejabat Media Hizbut Tahrir Malaysia

Khamis, 28 Safar 1442 H
15/10/2020 M
Ruj: HTM 1442 / 01


Press Release

The Despicable Defamatory Attack on Hizb ut Tahrir Manifests the Intellectual Corruption of the Parties Concerned

For almost a week, Hizb ut Tahrir has been under non-stop attack with all sorts of despicable slander by the media following the press conferences made by the Johor Islamic Religious Affairs Committee Chairman (on 30/09/2020) and the Chief Police of Johor (on 01/10/2020). The Johor Islamic Religious Affairs Committee Chairman and the Chief Police of Johor was talking about a fatwa on Hizb ut Tahrir, issued by the Johor Fatwa Committee that had been gazetted on 15/07/2019; a fatwa that is worse than the same fatwa gazetted by Selangor and Sabah. The fatwa among others states that Hizb ut Tahrir allows the kissing of foreign (non-mahram) women, that watching pornographic film is permissible and that Hizb ut Tahrir is threatening national harmony and security. The Chief Police of Johor, in his press conference added that Hizb ut Tahrir had labelled the Malaysian government as Kafir that must be toppled by force.

Several media sources, be it television or newspapers, reported the press conferences (and the fatwa) and a number of them seem to be taking advantage of the situation by adding other defamations which are not stated in the fatwa, accusing Hizb ut Tahrir as saying that the prayer and zakat are not obligatory until the Khilafah is established, that Muslims other than Hizb ut Tahrir are deviant, that al-Qada’ wal Qadar cannot be believed and so on. The situation worsens when other chiefs of police, including the Chief Police of Malaysia himself, have been dragged by the media to answer questions about Hizb ut Tahrir who has been accused as having an article in its draft constitution forcing all Muslim sons who have attained 15 years of age to attend weaponry training.

The spokesperson of Hizb ut Tahrir / Malaysia has held two online press conferences answering some of those defamation in the fatwa, by the Chief Police of Johor and also by the media. In addition to it, we wish to reiterate, and stress as follows:

  1. The media must be professional and just in reporting. They should have also reported the full answers from the Spokesperson of Hizb ut Tahrir / Malaysia and not merely reporting one side of the story;
  2. Despite perceiving that the Johor Fatwa Committee will not retract the defamatory fatwa, we still demand for the said fatwa to be retracted, for their own good, especially in the Hereafter;
  3. Hizb ut Tahrir is an international Islamic political party that has been working within this Ummah since 1953 and every sound person knows that the work of Hizb ut Tahrir is political and intellectual and Hizb ut Tahrir aspires to unite this Ummah under the Khilafah and Hizb ut Tahrir never engages in violence in any of its activities, in contradiction to what has been stated in the fatwa and the aforementioned press conference.

We wish to strongly and unequivocally express to the Johor Fatwa Committee, as we had in our answers to the Selangor Fatwa Committee and the Sabah Fatwa Council, that the fatwa against Hizb ut Tahrir is a ‘political fatwa’ to tarnish the image of Hizb ut Tahrir and to halt the Da’wah of Hizb ut Tahrir within this Ummah. The agenda to frame Hizb ut Tahrir in a bad light in order to stop the Da’wah carried out by Hizb ut Tahrir is typical of the Western Kuffar political agenda, since they know very well that the Khilafah that Hizb ut Tahrir is working on, will soon be established and will end their deviant thoughts, hegemony and influence on this Ummah. Failing to face Hizb ut Tahrir ideologically, they turn to wicked plots, defamation and inventing stories about Hizb ut Tahrir. Their agents among the Muslim rulers then follow suit, with the hope that the Ummah will turn away from Hizb ut Tahrir and the idea of Khilafah.

All the invented stories and despicable defamatory attacks against Hizb ut Tahrir which are taking place around the world manifest the intellectual corruption of the attackers in facing the ideas and Da’wah of Hizb ut Tahrir. They hope that with all their wicked plots, defamation and accusation, Hizb ut Tahrir will halt its Da’wah, as what the Kuffar Quraish had hoped and did to Rasulullah (saw). But they forgot one fact…that Da’wah in the right path can never be stopped, instead, it will continue to grow more than they can ever imagine, until Allah (swt) grants His victory to its carriers.

Media Office of Hizb ut Tahrir in Malaysia

Ref: HTM 1442 / 01
15/10/2020 CE
Thursday, 28th Safar 1442 AH