Serangan Ke Atas Flotila LL4G – Kenyataan Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia

Kenyataan Rasmi Hizbut Tahrir Malaysia

“KEBIADABAN ISRAEL WAJIB DIJAWAB DENGAN JIHAD”

18 Jamadil Akhir 1431H / 1 Jun 2010M

 

 

Tidak kira di darat mahupun lautan, begitulah kebiadaban yang ditunjukkan oleh tentera pengganas rejim Israel. Mangsa mereka kali ini bukanlah penduduk awam Gaza sepertimana biasanya, tetapi mereka telah melakukan serangan komando ke atas kapal Mavi Marmara yang merupakan salah sebuah kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam misi ’Flotila Pembebasan – Life Line For Gaza (LL4G)’. Serangan tidak berperikemanusiaan itu dilaporkan berlaku pada 31 Mei pukul 7.00 pagi waktu Mekah di perairan antarabangsa dan telah mengorbankan 19 nyawa di samping mencederakan beberapa yang lain. Sebagai respons dari insiden ini, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) ingin menegaskan bahawa:-
1.    Rejim Zionis adalah pengganas ibarat binatang buas yang sentiasa kehausan darah. Mereka bukanlah pihak yang boleh diajak berunding dan perundingan damai dengan mereka hanyalah suatu yang sia-sia malah bertentangan dengan syarak. Keganasan terbaru ini mengukuhkan lagi bukti bahawa segala rundingan damai yang dijalankan selama ini bukanlah penyelesaian kepada masalah Palestin atau umat Islam.
2.    Usaha menyalurkan bantuan kemanusiaan adalah suatu yang baik di sisi syarak, namun malangnya pihak pemerintah hanya berpeluk tubuh tidak melakukan hal ini sebaliknya membiarkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) bertindak seorang diri tanpa ada apa-apa perlindungan keselamatan dari pihak pemerintah, walhal pihak pemerintah tahu bahawa jalan menuju Gaza penuh dengan risiko, termasuk serangan dari tentera Israel. Tidak ada satu unit tentera umat Islam pun dihantar untuk mengiringi konvoi LL4G bagi menjamin keselamatan mereka yang membuktikan pihak pemerintah langsung tidak serius untuk menyelamatkan Gaza mahupun prihatin terhadap nyawa ahli-ahli konvoi itu sendiri.

3.    Kutukan keras dari pemerintah, boikot, mesyuarat khas, sidang khas parlimen, persidangan PBB, mesyuarat OIC dan seumpamanya bukanlah penyelesaian kepada masalah Palestin. Setiap kali umat Islam dibunuh oleh Israel, inilah suara-suara penyelesaian yang dilaungkan oleh pemerintah mahupun sebahagian umat Islam, dan kita semua tahu bahawa hal ini tidak pernah membawa kepada penyelesaian. PBB adalah badan kufur antarabangsa yang melahirkan negara haram Israel manakala OIC hanyalah himpunan negara-negara wathaniyah dan asabiyyah yang hanya tahu bersidang! Pihak pemerintah bukannya ingin mengambil jalan untuk melenyapkan entiti Yahudi yang menjadi punca kepada masalah, tetapi hanya berminat untuk bersidang dan mengeluarkan resolusi dan mendapat pula tuntutan (claim) yang lumayan darinya. Pihak pemerintah langsung tidak menunaikan kewjipan mereka untuk mengerahkan pasukan tentera untuk berjihad di Palestin dengan memerangi Yahudi dan membebaskan Palestin dari cengkaman makhluk terkutuk itu.

4.    Tentera-tentera kaum Muslimin yang sedang lena dibuai kemewahan duniawi atau sedang dirantai dengan belenggu nasionalisme dan patriotisme perlu segera bingkas bangun mempersiapkan diri untuk berjihad fi sabilillah. Bilakah lagi kalian akan menyahut seruan jihad dari Allah SWT dan merebut kedudukan mulia sebagai tentera Allah? Sampai bilakah kalian hanya sekadar berani menunjuk ’belang’ dalam acara-acara rasmi negara? Sampai bilakah kalian hanya ingin tunduk kepada pemerintah sekular yang hanya menghantar kalian untuk berkhidmat di bawah panji kufur PBB, bukannya panji Allah dan Rasul? Musuh yang menerkam dan membunuh saudara-saudara kalian itulah yang sepatutnya kalian ajar hingga mereka tewas dan tertawan, bukannya pemimpin yang mengkhianati umat yang kalian perlu patuhi. Untuk apakah kalian menjadi tentera jika bukan untuk berjihad di jalanNya?

5.    Rejim Israel sekarang boleh membunuh umat Islam dengan begitu mudah kerana tidak adanya pembelaan dari seorang pemimpin Muslim pun. Justeru, kita sekarang benar-benar memerlukan seorang Khalifah untuk menjadi ketua kaum Muslimin yang akan memimpin, melindungi dan menjaga harta, darah dan nyawa kaum Muslimin.

6.    Hizbut Tahrir dengan ini menyeru seluruh kaum Muslimin agar berusaha bersama-sama kami untuk menegakkan kembali Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah yang bila tertegaknya institusi politik agung umat Islam ini, Khalifah pasti akan menghantar tentera untuk menyelamatkan saudara-saudara kita dan membebaskan negeri-negeri umat Islam dari cengkaman penjajah kuffar.

USTAZ ABDUL HAKIM OTHMAN
Presiden
Hizbut Tahrir Malaysia (HTM)