SERUAN HT DI MASJID NEGARA – DEMI ISLAM

 
8 MEI KUALA LUMPUR – Selesai Solat Jumaat, Hizbut Tahrir Malaysia Mahalliyyah Kuala Lumpur telah melakukan seruan kepada umat Islam di kawasan perkarangan Masjid Negara. Seruan ini adalah untuk menjelaskan kepada umat tentang keputusan Mesyuarat Menteri Kabinet yang telah terang-terangan menyalahi prinsip syara’. Keputusan ini secara nyata telah menghina kemuliaan Islam, mengabaikan hak Muallaf dan fitrah anak-anak Muallaf.

Seruan dimulai oleh Ustaz Omar Hussein yang membentangkan realiti Mesyuarat Menteri Kabinet pada 22-04-2009 yang lepas. Antara empat perkara penting dalam pembentangan beliau yang menunjukkan fakta percanggahan keputusan Mesyuarat Menteri Kabinet dengan Islam adalah:

  • Mesyuarat Jemaah Menteri telah membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal walaupun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat itu juga membuat ketetapan bahawa penceraian tidak akan berlaku secara automatik walaupun salah seorang telah memeluk agama Islam.
  • Kabinet juga memutuskan segala isu berkaitan penjagaan anak-anak dan penceraian perlulah diselesaikan di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah.
  • Pihak peguam negara juga akan diarahkan memaklumkan perkara itu pada negeri-negeri bagi membolehkan mereka membuat pindaan yang sama terhadap undang-undang syariah.
Berlatar-belakangkan bendera Rasulullah SAW, beberapa sepanduk bertulis “Islam Itu Tinggi, Tidak Ada Yang Lebih Tinggi Dari Islam”, “Wahai Para Menteri. Jangan Gadai Islam Demi Undi Kafir”, “Khilafah Is The Only Solution” dan “We Want Khilafah” terpapar, menguatkan lagi seruan pembicara. Kelihatan juga beberapa pemuda Hizbut Tahrir dan sebahagian umat memakai kain lilit kepala yang tertulis kalimah Syahdah. Dianggarkan lebih 500 orang dari jemaah yang hadir setia mendengarkan seruan sehingga selesai.

Ustaz Isa Abdullah meneruskan seruan dengan menerangkan bagaimana Menteri Kabinet telah mencipta hukum selain dari Hukum Allah. Beliau juga telah menjelaskan hukum syara’ mengenai isu yang sedang diperbincangkan. Antaranya adalah:

  • Agama anak-anak kekal sebagai agama Islam (agama fitrah) setelah salah seorang suami atau isterinya masuk Islam. Ini berasaskan pendapat jumhur ulama yang berdalilkan ayat Al-Quran dan juga hadis yang menerangkan bahawa, “Allah tidak memberikan kuasa kepada orang kafir untuk menguasai orang Islam” dan “Islam itu tinggi, tidak ada ajaran lain yang lebih tinggi dari Islam”
  • Perkahwinan akan terbatal secara automatik berasaskan firman Allah dalam Surah Al-Mumtahanah ayat 10 iaitu, “Jangan kamu berpegang dengan tali ikatan perkahwinan orang-orang kafir”. Ulama bersepakat menyatakan bahawa perkahwinan orang Islam dengan orang kafir terputus serta merta apabila salah seorang pasanganya menukar agama Islam.
  • Arahan bahawa kes seperti ini akan dirujuk ke Mahkamah Sivil bukannya ke Mahkamah Syariah menunjukkan bahawa hukum syara’ tidak akan diguna pakai. Hizbut Tahrir menuntut bahawa kadi yang akan mengadili kes seperti ini adalah Kadi yang Muslim dan hukum-hakam Islam digunakan dalam isu ini.
  • Undang-undang Syariah tidak boleh dipinda sesuka hati mengikut suatu Mesyuarat, sama ada mesyuarat jemaah menteri atau lain-lain mesyuarat. Undang Syariah yang benar dari Allah SWT dan RasulNya sama sekali tidak boleh dipinda oleh manusia.
Majlis ini kemudiannya ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Isa. Demi Islam…bukannya demi pengundi Kafir.

Sekian wassalam

alt
 
alt

alt

alt

alt