Seruan Khilafah Bergema Di Negeri Di Bawah Bayu (Tawau)

altTAWAU 22 Mei –  Kali ini seminar  HTM Siri Jelajah Malaysia 2010 (Siri 2) bergerak pula ke negeri di bawah bayu apabila Tawau (dan Sandakan) telah dipilih sebagai lokasi seterusnya oleh HTM selepas sebelum ini jelajah Siri 1 telah diadakan di Kangar, Perlis pada 1 Mei lepas. Seminar diadakan di Dewan LKH, De Choice Hotel pada 22 Mei bermula jam 7.30 pagi.
Alhamdulillah seminar berjalan lancar walaupun di saat-saat akhir, pihak hotel mendapat tekanan oleh pihak-pihak yang tidak senang dengan seminar anjuran HTM dan Khilafah Centre ini.
Ustaz Ridhuan Hakim selaku AJK Pusat HTM dan Ustaz Abdul Hakim Othman yang juga Presiden HTM telah menyampaikan pembentangan masing-masing. Kedua-dua ahli panel telah menjelaskan kenapa wajib dan perlunya umat Islam kembali kepada Khilafah dan bagaimana apabila Khilafah berdiri untuk kedua kalinya nanti, Insya Allah Khalifah nanti akan pasti menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia dari cengkaman sistem dan ideologi kufur Kapitalisme dan dari kejahatan serta kezaliman pemimpin yang ada sekarang. Tatkala Khilafah berdiri, ia akan menerapkan syariah secara kaffah berdasarkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.

Sebagai kemunculan kali pertama HTM di negeri di bawah bayu ini, seminar ini boleh dikatakan mendapat sambutan yang cukup menggalakan dari umat Islam. Semasa sesi soal-jawab, banyak soalan yang ditujukan oleh peserta yang ingin tahu lebih lanjut tentang Hizbut Tahrir dan juga Khilafah dan ramai yang menyuarakan sokongan mereka kepada apa yang diperjuangkan oleh Hizbut Tahrir ini.

 

alt

alt

alt

alt

alt

alt

alt