Seruan Khilafah dari Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis, Palestin

Seruan mendirikan Khilafah tak putus menggegarkan bumi Palestin. Di kawasan Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis (Jerussalem), selepas sembahyang Jumaat pada 01/08/08 atau bersamaan dengan 28 Rajab 1429H lepas, ribuan kaum Muslimin menyertai dan mendengar seruan dari Hizbut Tahrir Palestin yang mengingatkan tentang kewajiban mendirikan semula Daulah Khilafah yang telah dihancurkan 87 tahun yang lalu.

 

Kelihatan seorang jurucakap berserban dengan nada yang meyakinkan mengajak kaum Muslimin di sekitar Baitul Maqdis untuk menyahut seruan dari Allah swt, iaitu dengan membebaskan Al-Aqsa dan negeri-negeri kaum Muslimin dengan menegakkan Khilafah. Dua bendera besar, liwa dan rayah Rasulullah saw, yang bertuliskan ‘La ilaha illallah Muhammad Rasulullah’ dibentangkan. Beberapa orang dilihat memegang poster dan yang lainnya membentangkan bendera-bendera kecil. Manakala kaum Muslimin lainnya memerhati dengan teliti ucapan jurucakap tersebut.

Syeikh Esmat Al-Hammuri salah seorang aktivis dakwah Hizbut Tahrir menjadi salah seorang speaker dalam seruan tersebut. Beliau dengan tegas mengingatkan akan kewajiban mendirikan kembali Khilafah. Seruan ini berbeza jauh dengan seruan beberapa orang tokoh yang ditampilkan oleh Pihak Berkuasa Sekular Palestin yang selalu menyerukan penyelesaian melalui kesatuan assabiyyah, seperti yang pernah dilaungkan oleh Dr. Ismail Nawahdah. Sementara para imam dari Masjid Al-Aqsa dari Hizbut Tahrir menegaskan bahawa penyelesaian bagi Palestin adalah Khilafah.

 

Setiap Jumaat, para aktivis Hizbut Tahrir melakukan pelbagai aktiviti di Masjid Al-Aqsa. Seruan pada hari Jumaat 28 Rajab lepas adalah untuk mengingatkan umat Islam tentang Khilafah dan mengajak para hadhirin untuk ikut serta dalam konferensi Khilafah yang diadakan Ramalah pada hari tersebut.

[dipetik dan disunting dari syabab.com]