Seruan REJAB 1434H Kawasan Kuala Lumpur & Bangi

Pada pukul  1.50 petang (7hb Jun 2013) sebaik sahaja selesai doa solat Jumaat, para syabab Hizbut Tahrir daripada kawasan Kuala Lumpur dan Bangi telah bergabung untuk melakukan seruan bertempat di Masjid As Syakirin berhampiran Kuala Lumpur City Centre(KLCC). Ratusan umat Islam telah menunggu sejenak untuk mendengar seruan yang dibacakan. Seruan kali ini menampilkan Ustaz Isa Abdullah selaku pembicara dan Ustaz Tarmizi Salleh selaku pengerusi.

Kandungan seruanmengingatkan kaum muslimin bahawa walaupun Pilihanraya Umum ke-13 telah berlalu,namun, hukum Islam masih tidak dilaksanakan secara menyeluruh dan maksiat masih berleluasa bahkan sistem Demokrasi yang terus dilaksanakan tidak akan membawa kebaikan kepada umat Islam kerana ia bukanlah sistem yang dibenarkan oleh hukum syarak. Ustaz Isa mengingatkan kepada kaum muslimin bahawa sistem yang diterima di dalam Islam bukan Sistem Pemerintahan Demokrasi tetapi Sistem Pemerintahan Khilafah. Kandungan seruan juga menyedarkan kaum muslimin bahawa lebih kurang 92 tahun umat Islam tidak ada pemimpin. Kini, setelah 92 tahun, dunia telah menyaksikankebangkitan umat Islam di seluruh dunia termasuk di Syria sehingga menghadirkan ketakutan kepada penguasa Amerika dan sekutu-sekutunya sehingga pada ketika ini mereka merancang untuk menghalang kebangkitan umat Islam secara bersungguh-sungguh tetapi mereka pasti akan gagal.

Di bahagian akhir, ustaz Isa mengingatkan kepada kaum muslimin tentang kewajiban untuk menegakkan khilafah yang terletak dibahu setiap individu muslim dan seterusnya mengajak mereka untuk bergabung dengan Hizbut Tahrir untuk menegakkan Khilafah. Seruan ditutup dengan bacaan doaoleh Ustaz Isa lebih kurang pada pukul 2.10 petang.

KLCC :