Seruan sempena kedatangan bulan Rejab di Pulau Pinang

SEBERANG JAYA,Pulau Pinang. Jumaat, 7 Jun 2013 bersamaan 28 rejab 1434, Hizbut Tahrir Malaysia kawasan Pulau Pinang telah mengadakan seruan di Masjid Jamek Seberang Jaya, Pulau Pinang. Seruan diadakan untuk memperingati 92 tahun ulang tahun peristiwa hitam kejatuhan Daulah Khilafah Uthmaniyah yang berpusat di Istambul, Turki. Seruan ditujukan kepada hadirin sesudah solat Jumaat agar mereka mempunyai kesedaran politik dan  bersama-sama memperjuangkan penegakan semula Negara Islam iaitu Daulah Khilafah. Umat juga perlu sedar bahawa berjuang menegakkan khilafah adalah juga sebuah kewajipan iaitu sama seperti kewajipan menegakkan solat.