Setahun Pakatan Harapan, Di Mana Islam?

Pada 9 Mei 2019 genaplah setahun pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), sebuah pemerintahan yang sangat diharapkan oleh rakyat Malaysia, khususnya para pengundi mereka, untuk membawa perubahan kepada landskap politik Malaysia. Dalam usia setahun ini, dengan pelbagai masalah yang wujud, ditambah dengan masalah kronik yang ditinggalkan oleh kerajaan lama, PH dilihat tetap berbangga dengan pencapaian yang telah mereka perolehi. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui telah berjaya menunaikan 39.01% daripada janji PH yang ditabur sebelum pilihan raya umum ke-14. Manakala di pihak pembangkang yang diterajui UMNO, usaha untuk memburukkan kerajaan PH dalam masa setahun ini digencarkan habis-habisan dengan pelbagai isu, khususnya isu kaum dan agama, seolah-olah pemerintahan mereka selama 61 tahun sebelum ini penuh dengan kebaikan. Mereka lupa yang mereka telah ditolak oleh rakyat secara besar-besaran yang pernah disaksikan oleh sejarah, kerana pemerintahan mereka yang penuh dengan kezaliman, kesombongan, rasuah, penyelewengan dan pelbagai keburukan lagi yang telah diketahui oleh seluruh dunia.

Walaupun PH dan penyokong mereka sering memberi alasan bahawa tidak adil dan tidak kena untuk rakyat membandingkan pemerintahan mereka yang baru setahun jagung dengan pemerintahan UMNO selama enam dekad, realiti ini sama sekali tidak boleh menutup ruang untuk rakyat memuhasabah mereka. Kami, Hizbut Tahrir bukanlah ingin membandingkan kerajaan mana yang lebih baik antara yang lama dan baru, tetapi kami ingin melihat dan memuhasabah sejauh manakah Islam telah dilaksanakan dalam pemerintahan. Tidak ada kebaikan di sisi Allah (swt) pada pemerintahan yang tidak menerapkan hukumNya, baik setahun atau dua, apatah lagi 61 tahun. Walaupun PH berbangga dengan amalan demokrasi dan kebebasan yang dikatakan lebih baik di bawah pemerintahan mereka berbanding kerajaan sebelum ini, kami ingin katakan bahawa tidak ada kebaikan padanya kerana sistem demokrasi itu sendiri merupakan sebuah sistem kufur yang datangnya dari Barat dan bertentangan dengan Islam dari akar sampailah ke pucuknya. Adakah kita berbangga dengan kebebasan yang dikecapi apabila kumpulan liberal dan kelompok LGBT serta penghina Islam dibiarkan bebas bercakap dan bertindak semahunya? Adakah kita berbangga dengan kejayaan mengurangkan hutang projek mega sebanyak puluhan bilion Ringgit tatkala hutangnya masih penuh dengan riba? Adakah kita berbangga dengan kejayaan memulihkan masalah kewangan negara walhal sistem ekonominya masih tetap Kapitalisme yang bertentangan dengan Islam? Adakah kita berbangga dengan adanya Menteri Pertahanan yang berlatar belakangkan gerakan Islam tatkala para tentera terus dimandulkan dan tidak digerakkan untuk berjihad membebaskan tanah-tanah kita yang dirampas serta menyelamatkan saudara-saudara kita yang sedang dizalimi oleh musuh-musuh Islam? Adakah kita berbangga dengan sebuah pemerintahan yang segenap aspeknya tidak berhukum dengan hukum Islam?

Setahun sudah berlalu dan negara ini kekal diperintah dengan sistem sekular-demokrasi yang memisahkan agama daripada pemerintahan. Kerajaan seharusnya ingat dan sentiasa peka bahawa sebab utama rakyat menolak rejim yang lama ialah kerana rakyat mahukan perubahan. Dalam konteks ini, Hizbut Tahrir ingin mengingatkan kerajaan dan juga rakyat, khususnya yang beragama Islam, bahawa satu-satunya perubahan yang dituntut (oleh Islam) ke atas kita ialah perubahan daripada sebuah pemerintahan sekular kepada pemerintahan Islam. Malangnya, perubahan yang berlaku dari ‘Malaysia lama’ kepada ‘Malaysia baru’ hanyalah perubahan wajah-wajah mereka yang memegang kuasa, namun sistem (sekular) sama sekali tidak berubah. Sistem dan perlembagaan yang ditinggalkan oleh kuffar penjajah masih dikekalkan dan dipertahankan oleh kerajaan yang baru. Hukum Islam tetap tidak diterapkan, sebagaimana kerajaan lama yang tidak pernah menerapkan hukum Islam, kecuali sedikit dalam undang-undang kekeluargaan. Dengan kata lain, tidak ada perubahan sedikit pun dalam penerapan Islam walaupun slogan yang dibawa oleh Menteri yang menjaga agama adalah “Islam rahmatan lil alamin”. Kami, Hizbut Tahrir, ingin mengatakan dengan jelas bahawa ia hanyalah sebuah slogan dan akan terus menjadi slogan, kerana realitinya Islam tidak diterapkan. Bagaimana mungkin adanya rahmat apabila Islam tidak diterapkan!?

Wahai kaum Muslimin! Ingatlah bahawa tidak akan ada kebaikan dalam sebuah negara yang tidak menerapkan Islam. Redha dan rahmat Allah (swt) tidak akan sampai ke sebuah negara yang meminggirkan hukum-hukumNya. Sebaliknya azab Allah (swt) akan turun ke sebuah negara yang dipenuhi kemaksiatan seperti riba dan zina, sebagaimana sabda Rasulullah (saw),

«إِذَا ظَهَرَ الزِّنَا وَ الرِّبَا فِي قَرْيَةٍ فَقَدْ أَحَلُّوْا بِأَنْفُسِهِمْ عَذَابَ اللهِ»

“Apabila zina dan riba telah merajarela di suatu negeri, bererti mereka telah menghalalkan azab Allah (swt) ke atas diri mereka sendiri” (HR Al-Hakim).

Maksiat apa lagi yang lebih besar berbanding tidak diterapkan hukum-hukumNya? Selama 61 tahun kita hidup di bawah sistem demokrasi-sekular ciptaan penjajah yang diterapkan oleh rejim yang lepas, dan tahun ini masuk ke tahun 62 sistem kufur ciptaan Barat ini membelenggu kita. Sedarlah wahai umat Muhammad (saw) sekalian, kami menjemput anda untuk bersama Hizbut Tahrir bagi membina semula negara Khilafah ar-Rasyidah ala minhaj nubuwwah, yang dengan tertegaknya negara ini sahajalah, perubahan hakiki yang kita semua dambakan akan dapat kita kecapi Insya Allah.

Abdul Hakim Othman

Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia

Ahad, 14 Ramadan 1440 H
19/05/2019 M
Ruj: HTM 1440 / 08


Press Release

One Year of Pakatan Harapan: Where is Islam?

May 9, 2019 marks the one-year period of rule by the Pakatan Harapan (PH) government, a rule which carries high hopes for Malaysians, especially those who voted for them to bring about change to the Malaysian political landscape. After a year of rule, even with numerous problems, coupled with the chronic mess left by the previous government, PH is apparently proud of their achievements. The Prime Minister of Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad admits that PH has successfully fulfilled 39.01% of the promises made to the people before the 14th general election. On the opposition’s side, led by the previous ruling party United Malay National Organization (UMNO), efforts to tarnish the PH government with various issues for the past one year have been carried out aggressively, particularly those related to racial and religious issues – as if their (UMNO) ruling over the past 61 years was superior! They forget that they have been rejected by the people in a scale that has never been witnessed before, due to their ruling that was full of tyranny, arrogance, bribery, corruption and other damage that have been exposed to the whole world.

Although PH and its supporters often argue that it is unfair for the people to compare their one-year ruling with the six decades of UMNO’s, this fact absolutely cannot be justified to deny the rights of people to account them. We, Hizb ut Tahrir, do not wish to compare which of the government is better, but we wish to observe and account the extent of the implementation of Islam in PH’s one-year stint. There is no righteousness before Allah (swt), a government that does not apply His laws, be it one year or two, let alone 61 years. Even though PH is proud of the democracy and freedom practiced under their ruling compared to the previous government, we wish to emphasize that there is no good in it since democracy itself is a Kufr system which originates from the West and contradicts Islam from its roots to its shoots. Are we proud of the granted freedom when the liberalists and LGBT groups as well as those who insult Islam are left free to speak and act as they wish? Are we proud of reducing the billion-ringgit debts in various mega projects where in fact, the debts are still full of usury? Are we proud of reviving the country’s financial problem when the economic system is still dominated by capitalism that contradicts Islam in all its facets? Are we proud of having a Defense Minister who hails from an Islamic movement, but our armies are kept in their barracks and not mobilized for jihad in the cause of Allah (swt) to liberate our occupied lands and save our brothers who are oppressed by the enemies of Islam? Are we proud of a rule that does not implement Islam to its fullest?

A year has passed, yet the country remains secular-democratic, a system which separates Islam from the ruling. The current government should always bear in mind the main reason why the people rejected the old regime was because people wanted change. In this regard, Hizb ut Tahrir wishes to remind the government and the people, especially those who are Muslims, that the only change obliged (by Islam) on us is the change from a secular to an Islamic ruling system. Unfortunately, the change that took place from the ‘old Malaysia’ to the ‘new Malaysia’ is just a change of faces of those in power, but the system (secularism) remains the same. The system and the constitution left by the Kuffar-colonialists remain intact and upheld by the new government. Divine laws are not implemented, exactly like the old regime that has never implemented them, except in personal and matrimonial matters. In other words, there is absolutely no change whatsoever in the implementation of the Divine laws despite the slogan propagated by the Minister in Charge of Religion – “Islam rahmatan lil alamin”. We, Hizb ut Tahrir want to say it plainly that it is merely a slogan and will continue to be a slogan, when in fact, Islam is not applied. How can there be mercy if Islam is not implemented!?

O Muslims! Remember that there will be no goodness in this country if Islam is not implemented. Blessings and mercy from Allah (swt) will never reach a country that sidelines His laws. Instead, it is the torment of Allah (swt) that will befall a land filled with disobediences such as fornication (zina) and usury (riba) as had been said by Rasulullah (saw),

«إِذَا ظَهَرَ الزِّنَا وَ الرِّبَا فِي قَرْيَةٍ فَقَدْ أَحَلُّوْا بِأَنْفُسِهِمْ عَذَابَ اللهِ»

“When fornication and usury is widespread in a country, they have legalized the torment of Allah upon them” (Narrated by Al-Hakim).

What greater disobedience to Allah (swt) is, than to sideline the implementation of His laws? For the past 61 years under the old regime, we lived under the secular-democratic system inherited from the Kuffar-colonialists, and this year marks the completion of 62 years of this Western-Kufr system shackling us. Take notice O the Ummah of Muhammad (saw), we invite you to come and join Hizb ut Tahrir to rebuild the Righteous Caliphate State (Khilafah Rashidah) upon the method of the Prophethood, by which, the real change that we have always hoped for can be realized by its re-establishment, Insha Allah.

Abdul Hakim Othman

Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia

Ref: HTM 1440 / 08
Sunday, 14th Ramadan 1440 AH
19/05/2019 CE