Sikap double standard Amerika Syarikat

Amerika Syarikat(AS) mengancam untuk menahan hakim Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) jika mendakwa pegawai AS yang berkhidmat di Afghanistan. Penasihat Keselamatan Negara, John Bolton berkata “Sekiranya mahkamah memburu kami, Israel atau sekutu AS lain, kami tidak akan berdiam diri”. Pada November 2017, pihak pendakwa ICC memohon untuk membuka satu kertas siasatan jenayah perang yang didakwa dilakukan oleh anggota tentera dan perisikan AS di Afghanistan terutama kes membabitkan penderaan tahanan. [Sumber: Sinar Harian, 12 September 2018]

Ironinya, ketika AS menuduh tentera Myanmar melakukan jenayah kemanusiaan terhadap Rohingya tetapi pada masa yang sama tidak dapat menerima tuduhan tenteranya melakukan jenayah perang di Afghanistan.  Ini bukan kali pertama AS menzahirkan sikap ‘double standard’. Negara pengganas nombor satu di dunia itu pada hakikatnya tidak pernah patuh pada prinsip dan slogan-slogan yang dilaungkannya sendiri seperti keamanan dan kemanusiaan, yang ada hanya kepentingan dalam menjaga dan meluaskan hegemoni  negaranya. Mereka sering menyanggahi takrifan dan prinsip mereka sendiri jika ia tidak menguntungkan mereka. Mereka menilai setiap perkara hanya dari aspek manfaat, bukan aspek keamanan, kemanusiaan, kesaksamaan mahupun moraliti. Asas perhitungan manfaat ini selari dengan doktrin ideologi kapitalis yang mereka pertahan dan perjuangkan. Hal yang sama juga merupakan sikap sebahagian besar negara-negara Barat yang lain.

Sikap ‘double standard’ AS dapat dilihat bagaimana mereka merespon terhadap sesuatu isu. Misalnya apabila sesuatu keganasan dikaitkan dengan Muslim maka dengan serta merta itu merupakan satu tindakan terorisme. Namun sebaliknya, jika pelakunya ialah orang-orang non-Muslim atau kafir, lebih-lebih lagi mereka yang berkulit putih maka itu dikatakan hanyalah jenayah biasa. Begitu juga apabila Muslim ingin ‘bebas’ mengamalkan agamanya secara sempurna, maka AS akan mengatakan ini sebagai radikal, tetapi kehidupan LGBT, pesta seks bebas, perkahwinan sejenis dan seumpamanya yang tidak bermoral dikatakan kebebasan peribadi.  Dalam idea perdagangan bebas yang diagungkan oleh AS pula, mereka memaksa semua negara-negara kecil menerimanya dan mengikut idea ini, namun AS tidak dapat menerimanya apabila China berjaya menguasai pasaran perdagangan bebas ini di AS.

Sikap AS ini juga membuktikan bahawa mereka ingin negara-negara lain supaya mengikut telunjuk dan cara hidup yang mereka inginkan. AS ingin menyatakan bahawa merekalah yang paling berkuasa di atas dunia ketika ini. Mereka ingin menunjukkan bahawa boleh melakukan setiap tindakan atau polisi-polisi global dengan sesuka hati demi meraih manfaat dan kepentingan mereka. Apa yang pasti, keangkuhan AS ini tidak akan berkekalan lama. Sebagai umat Islam khususnya, sudah pasti kita tidak boleh membiarkan pengaruh dan hegemoni AS terus mendominasi dunia. Sudah tiba masanya umat Islam bangkit menentang setiap tindak tanduk AS ini.

Umat Islam seharusnya sedar bahawa Islam merupakan penyelesaian terhadap semua permasalahan di dunia, kerana itulah antara tujuan Allah SWT turunkan Islam sebagai Rahmatan Lil’alamin yang membawa keadilan dan kesejahteraan kepada umat manusia. Contohilah bagaimana umat Islam terdahulu pernah membangunkan sebuah peradaban yang agung yang melawan kekejaman dan kezaliman. Faktor kejayaan mereka selain didasari keimanan dan ketakwaan, mereka juga mempunyai kekuasaan yang dilandasi syariat Islam di bawah naungan Khilafah. Umat Islam hari ini wajib bangkit mempertahankan kemuliaan Islam dan kesejahteraan segajat seperti mana yang pernah dikecapi umat Islam terdahulu. Semoga Allah SWT membuka jalan kemenangan buat kita. Ameen.