Sistem Pendidikan Daulah Khilafah Alternatif Ampuh Kepada Sistem Pendidikan Sekular Hari Ini

munaqh-pendidikanBANDAR BARU BANGI – Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan kerjasama Khilafah Centre (KC) telah berjaya menganjurkan munaqashah (forum alternatif fikrah Islam) bertajuk “Mencetak Generasi Muttaqin Melalui Siyasah Pendidikan Negara Khilafah” pada Ahad 1 Ogos lalu di Bilik Seminar Khilafah Centre, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Forum yang diadakan secara berkala oleh HTM dan KC ini adalah bertujuan untuk menyampaikan pemikiran Islam dan menjelaskan kepada umat bahawa segala masalah sosial, ekonomi dan pendidikan yang berlaku hari ini hanya akan dapat diselesaikan secara tuntas apabila umat ini kembali mengamalkan kehidupan Islam dalam bentuk penerapan sistem Islam yang kaffah (total) oleh Negara Khilafah.

Munaqashah yang bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari ini yang mendapat sambutan menggalakkan daripada lebih 100 orang peserta. Ia  telah dipengerusikan oleh Saudara Megat Ilham. Munaaqashah kali ini menampilkan dua orang aktivis HTM yang berpengalaman luas dalam dunia pendidikan iaitu Cikgu Hisham dan Prof. Dr. Muhammad Sharifuddin.

Selaku pembentang pertama, Cikgu Hisham yang berpengalaman sebagai seorang guru sekolah menengah di sebuah sekolah di kuala Lumpur telah menerangkan realiti dunia pendidikan hari ini berserta sejarah pendidikan negara.  Secara amnya, beliau mengatakan bahawa sistem pendidikan yang diterapkan hari ini adalah merupakan sistem pendidikan sekular yang memisahkan agama dari kehidupan seharian.

 “Malah, aktiviti ko-kurikulum yang diamalkan oleh sekolah kini, walaupun bertujuan untuk menyelesaikan masalah sosial, hanya menambahkan lagi masalah tersebut. “Sebagai seorang pendidik, saya merasa adanya kesukaran untuk membuat aktiviti keagamaan untuk membangunkan siyasah Islam untuk pelajar sedangkan jika pelajar sendiri memohon membuat program muzik dan konsert ia dibenarkan dengan mudah,” tegasnya.

Katanya lagi, hasil produk yang dihasilkan oleh dunia pendidikan hari ini walaupun cemerlang dalam melahirkan jurutera, usahawan , arkitek  dan golongan professional yang Berjaya, tetapi hakikatnya gagal melahirkan manusia yang bertakwa kepada Allah SWT.

Pembentang kedua, Prof. Dr. Muhammad Sharifuddin juga menerangkan realiti masalah sosial yang berlaku hari ini yang disebabkan oleh pendidikan dan sistem sekular yang diamalkan kini. Tegasnya, Daulah Islam  telah jelas terbukti memartabatkan dunia pendidikan dengan melahirkan ramai cendiakawan Islam yang bukan sahaja menghafal Al-Quran tetapi juga menguasai pelbagai jenis cabang ilmu yang mendatangkan manfaat kepada Daulah Islam serta dunia secara amnya dari sudut keilmuan dan sains serta teknologi.

 “Antara punca dunia pendidikan semasa itu berada dalam keadaan yang cukup gemilang adalah kerana Daulah (negara) turut sama memartabatkan dunia pendidikan di mana pada ketika itu tidak timbul isu seperti  ‘hak cipta terpelihara’ dan ini membantu perkembangan (pendidikan) berjalan dengan cukup pesat”.

“Hizbut Tahrir dalam Rancangan Undang-Undang Dasar Negara Khilafah telah menjelaskan dalam  tajuk Politik Pendidikan Fasal 165 hingga Fasal 174 tentang kurikulum  pendidikan, politik pendidikan, tsaqafah Islam dan sebagainya dengan cukup jelas. InsyaAllah sekiranya ini dilaksanakan oleh Khilafah, ia akan mampu mencetak generasi muttaqin (bertakwa ) melalui siyasah pendidikan negara Khilafah,” katanya.

 Respon dari umat dalam sesi soal jawab munaqashah kali ini ternyata cukup memberangsangkan dan para peserta nampaknya yakin bahawa dengan penerapan pendidikan Negara Islam sahajalah segala masalah pendidikan hari ini dapat diselesaikan. Selain itu is juga mampu melahirkan generasi yang hebat dan bertakwa. Munaqashah diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Hafiz Ismail.

alt

alt

alt

alt