SN110 – YA ALLAH! SATUKANLAH KAUM MUSLIMIN DAN BERILAH KEMENANGAN KEPADA KAMI
SN Keluaran 16 Mac 2007
[SN110] Ketika nasyrah ini ditulis, Israel masih lagi menjalankan kerja-kerja penggalian berhampiran Masjidil Aqsa. Apa yang berlaku ini hanyalah satu dari seribu episod kejahatan Yahudi terkutuk ini. Sesungguhnya mereka tidak akan pernah berhenti dari melakukan kerosakan di muka bumi. Janganlah kita memandang kejadian ini sebagai satu-satunya perkara yang perlu ditangani, dengan meninggalkan banyak peristiwa-peristiwa lainnya. Pencerobohan Israel di bumi Palestin adalah kejahatan terbesar mereka, yang dari sinilah kejahatan mereka mula berakar. Bermula dari pencerobohan ini, Israel dengan dokongan Amerika, mula menguasai tanah Palestin sedikit demi sedikit dan membunuh serta memerangi kaum Muslimin. Kemudian mereka berlakon dengan cuba mengadakan perjanjian damai agar pendudukan mereka diiktiraf oleh Palestin khususnya dan dunia amnya.
Perbuatan kejam Israel la’natullah ini adalah umpama perompak yang datang merompak rumah kita, membunuh ayah dan ibu serta adik-beradik kita, seterusnya mendiami sebahagian besar dari rumah kita, kemudian ingin membuat perjanjian dengan kita agar pencerobohan mereka itu diiktiraf oleh kita, lalu mereka boleh tinggal dengan aman di dalamnya. Bukan setakat itu, mereka bahkan hanya memberi ruang yang kecil sahaja dari rumah kita untuk kita diami dan pada masa yang sama mereka menggunakan segala kekuatan dan kekerasan untuk menghalau kita keluar darinya. Adakah kita akan mengiktiraf perbuatan biadab dan terkutuk ini? Inilah hakikat yang berlaku di bumi Palestin dengan sejumlah pengkhianat dari pemimpin umat Islam yang cuba mengadakan perjanjian damai untuk mengiktiraf kewujudan dan pendudukan Israel di tanah yang diberkati itu. Alangkah jahat dan hinanya para pengkhianat tersebut serta golongan yang menyokong mereka itu!
Atas dasar itulah wahai kaum Muslimin, jangan sekali-kali kita lupa bahawa penggalian yang mereka lakukan itu sesungguhnya timbul dari kejayaan mereka mendiami bumi Palestin. Jika kita adalah seorang yang beriman, sepatutnya kita peka, sedar dan bangkit dengan kejadian-kejadian seumpama ini. Berhubung dengan kebiadaban Israel meneruskan usaha-usaha penggalian tersebut, Hizbut Tahrir Palestin telah mengadakan demonstrasi bagi membantah tindakan tersebut. Gambar-gambar di sekitar demonstrasi yang diadakan oleh para anggota dan penyokong Hizbut Tahrir Palestin pada 12 Februari lalu di Ramallah boleh dilayari di [http://www.hizb.org.uk/hizb/homepage.html].
Namun, di saat kebangkitan umat ini, apa yang amat menyedihkan kita ialah respon dari sebahagian kaum Muslimin itu sendiri di dalam melihat dan menangani isu ini. Terdapat beberapa kelompok yang dapat kita saksikan. Pertama, kaum Muslimin yang memandang berat akan hal ini dan mereka sentiasa berusaha untuk menghentikan tindakan jahat Yahudi ini, seterusnya berusaha untuk menghapuskan segala kebiadaban dan kezaliman Israel dan berjuang untuk mendapatkan kembali tanah yang diberkati itu ke tangan kaum Muslimin. Semoga Allah merahmati dan memberkati golongan ini.
Kedua, kelompok kaum Muslimin yang marah, sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku. Peristiwa ini menyentuh emosi mereka setiap kali mereka melihat atau mendengarnya. Tetapi tiada apa yang mereka lakukan untuk merubah keadaan tersebut kecuali sekadar bercakap atau berbual mengenainya dengan penuh emosi. Setelah itu, mereka meneruskan kerja harian mereka mencari kesenangan dunia. Muncul lagi isu, tersentuhlah emosi mereka, apabila tiada isu, tenggelamlah segala perasaan sedih, marah dan kecewa tersebut. Inilah yang berlaku secara berulang-ulang kepada kelompok ini. Perjuangan? ..tiada di dalam kamus hidup mereka. Semoga Allah memberi kesedaran kepada kelompok ini agar menjadi pejuang Islam.
Ketiga, kelompok yang hanya menjadi penonton, melihat atau membaca apa yang berlaku tetapi tidak berbuat apa-apa. Ahh! Itu adalah masalah Palestin, bukan masalah kita. Kita sendiripun mempunyai banyak masalah lain yang perlu diselesaikan.
Keempat, kelompok yang langsung tidak peduli dengan apa yang berlaku. Mereka ini adalah golongan yang hanya sibuk dengan urusan dunia masing-masing, tanpa sedikitpun memikirkan tentang apa yang terjadi. Inilah kelompok yang dinafikan oleh Rasulullah sebagai sebahagian dari umat Islam, yang langsung tidak mempedulikan keadaan kaum Muslimin. Inilah beberapa kategori kaum Muslimin di dalam melihat tindakan biadab Israel menceroboh rumah Allah yang mulia ini, masjid yang ketiga sucinya dalam Islam.
Di atas segala kelompok itu, ada segolongan lagi yang amat mengecewakan, yakni golongan pemimpin kaum Muslimin. Golongan yang mempunyai kekuasaan dan kekuatan untuk menentang segala tindakan biadab Israel. Inilah golongan yang diamanahkan oleh Allah untuk menjaga darah kaum Muslimin dan rumah-rumah Allah. Sebaliknya golongan ini menjadi pengkhianat agama Allah dengan berpihak kepada musuh-musuh Allah dan berbaik dengan mereka. Sebahagian dari para pemimpin ini merayu, menagih simpati kepada PBB, khasnya Majlis Keselamatan agar bertindak mengecam Israel; mereka seolah-olah buta bahawa PBB itu adalah organisasi kufur ciptaan Barat yang bertugas menjaga kepentingan Barat dan menghapuskan umat Islam.
Sebahagian yang lain hanya sekadar bersuara lemah dari belakang, mendesak dan menggesa supaya kerja-kerja penggalian tersebut dihentikan oleh Israel. Walhal jika para pemimpin umat ini bertindak menyahut seruan Allah agar memerangi musuh-musuh Allah ini, nescaya Allah akan memberi kemenangan kepada mereka, sebagaimana Allah telah memberikan kemenangan kepada RasulNya dan kepada KhalifahNya. Inilah janji Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada mereka yang menegakkan agamaNya. Kemenangan itu adalah hak kaum Muslimin jika mereka menyahut seruan Allah dan RasulNya.
Atas dasar kewajiban menyatukan kaum Muslimin, Hizbut Tahrir tidak pernah putus asa menyeru setiap Muslim, samada individu, gerakan mahupun pemimpin atau pemerintah, agar mereka takut kepada Allah dan kembali kepada kemuliaan yang dijanjikan oleh Allah kepada mereka, yang hanya dapat dicapai dengan bersatunya umat Islam itu di bawah satu pemerintahan, satu kepimpinan, satu Daulah – Khilafah Rasyidah ‘ala minhaj nubuwwah. Hizbut Tahrir cukup sedih dan terharu dengan apa-apa sahaja boleh menyebabkan umat Muhammad ini berpecah, bertelagah, bermusuh apatah lagi berperang dan membunuh satu sama lain. Hizbut Tahrir senantiasa mengingatkan bahawa musuh kita adalah golongan kuffar la’natullah yang memerangi umat Islam, bukannya sesama kita. Sekiranya kita bermusuhan di antara satu sama lain, maka kita sebenarnya telah mengikuti jejak langkah syaitan dan terjeremus ke dalam perangkap musuh-musuh kita.
Oleh yang demikian Hizbut Tahrir telah melahirkan kekesalan yang amat sangat dengan pertempuran dan pembunuhan yang berlaku di antara pergerakan Fatah dan Hamas di Palestin, tanah yang diberkati. Sebagai usaha untuk mendamaikan mereka khasnya dan seluruh kaum Muslimin amnya, Hizbut Tahrir Pusat telah mengeluarkan seruan khusus yang ditujukan kepada mereka dan disebarkan ke seluruh dunia agar mereka sedar keterlanjuran dan kesilapan mereka dan agar kaum Muslimin seluruhnya pun turut mengambil iktibar akan kandungan seruan ini. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala menyatukan semula hati-hati kita dan memberikan kemenangan kepada kita semua. Amin ya Rabbal ‘alamin. [Nasyrah asal adalah di dalam Bahasa Arab dan ini adalah terjemahan yang telah disunting ke dalam Bahasa Melayu].
SERUAN DARI HIZBUT TAHRIR KEPADA SELURUH PENDUDUK PALESTIN KHUSUSNYA “FATAH DAN HAMAS”
Wahai penduduk Palestin, wahai para penduduk dan pembela Baitul Muqaddis… penghuni bumi Isra’, kiblat pertama dari dua kiblat, dan tanah suci ketiga. Wahai cucu-cucu para penakluk, cucu-cucu al-Faruq Umar bin al-Khattab dan al-Amin Abu ‘Ubaidah, Khalid dan Syurahbil!
Wahai mereka yang buminya terlahir dari darah para syuhada’, janganlah dibiarkan terlepas walau sejengkal, bumi ini, bumi yang penuh dengan tinggalan darah para syuhada’ dan debu-debu kuda-kuda tunggangan para mujahid!
Wahai setiap insan yang masih memiliki mata hati, yang boleh melihat dan mendengar…Bagaimanakah kalian boleh melihat anak-anak kalian saling berperang, menumpahkan darah, membunuh sesama mereka, sementara kalian hanya mendengar dan menyaksikannya? Mereka yang dibunuh itu adalah anak-anak kalian; darah, harta dan kehormatan mereka adalah haram. Darah mereka yang suci dan tidak bersalah itu ditumpahkan dengan perbuatan jenayah yang tidak dapat dibandingkan dengan perbuatan dosa atau kejahatan apa sekalipun.
Hizbut Tahrir menyeru kepada kalian; agar kalian mencegah dan menghalang serta menjauhkan anak-anak kalian daripada melakukan pertumpahan darah sesama mereka, sementara kalian, insyaAllah mampu untuk melakukannya; dan tahanlah tangan-tangan (para pemimpin) mereka yang menjerumuskan mereka ke dalam kancah pembunuhan ini sebelum mereka dijerumuskan oleh syaitan ke dalam jurang kehancuran dan kebinasaan. Sekiranya ini berlaku maka keadaan kalian adalah seperti yang di firmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud:
“Betapa banyaknya umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan, lalu mereka meminta tolong padahal (waktu itu) bukanlah saat untuk lari melepaskan diri..” [TMQ Shad (38):3]
Wahai para pemimpin Fatah dan Hamas!
Kalian telah melakukan perkara-perkara yang kerananya langit dan bumi pun nyaris terbelah, dan gunung pun nyaris runtuh dan hancur berselerakan. Kalian telah memimpin para pemuda kalian untuk membantu kepentingan Amerika, Eropah dan Yahudi; memimpin mereka untuk membunuh antara satu sama lain yang mempunyai satu ikatan aqidah yang sama, padahal yang sepatutnya dilakukan oleh mereka adalah membunuh setiap musuh mereka. Musuh itu kelihatan jelas di hadapan kalian dan kalian mengetahuinya. Atas apa yang kalian lakukan, musuh-musuh kalian ini tertawa dengan sombongnya….
Wahai para pemimpin! Sedarkah kalian bahawa kalian saling berbunuhan antara satu sama lain? Kalian pada hakikatnya saling berbunuhan demi kekuasaan tanpa daya dan kekuatan sedikitpun, yang pemimpinnya tidak berani bergerak kecuali dengan izin Yahudi! Jika mereka (Yahudi) melarangnya untuk bergerak, maka dia (pemimpin kalian) akan diam terpaku. Jika mereka (Yahudi) mengizinkannya bergerak, maka barulah dia bergerak. Bahkan, seandainya dia dibawa dengan kenderaan di antara kedua pejabatnya di Gaza dan Tebing Barat, keizinan Yahudi perlu diperolehi terlebih dahulu. Sekiranya keizinan tidak diperolehi, maka pemimpin ini tidak akan (berani) bergerak ke mana-mana pun!
Apakah kalian saling berbunuhan untuk pemerintahan yang pemimpinnya hanya mampu berdiam diri berjam-jam menunggu Yahudi membenarkannya melintasi Lintasan Rafah? Dia dihina sehina-hinanya, duduk di atas kerusi kepimpinannya yang lemah menunggu izin dari Yahudi untuk bergerak!
Apakah kalian saling berbunuhan untuk jawatan menteri atau anggota parlimen, di mana para menteri dan anggota parlimennya dengan mudah ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara dan kandang mahkamah? Apakah kedudukan-kedudukan seperti ini yang menjadi bahan rebutan membuatkan kalian layak untuk saling berbunuhan dan berperang???
Apakah kalian saling berbunuhan kerana program politik yang mengikuti pensyaratan Kuartet atau Dokumen Banduan (Prisoner’s Document)? Bukankah keduanya hanya menghadkan isu Palestin kepada tanah-tanah yang ditakluk pada tahun 1967 serta menjurus kepada isu-isu dengan agenda yang serupa? Ia hanya menyeru kepada mendirikan sebuah negara yang kecil dan lemah bersama-sama dengan negara Yahudi yang diperolehi dari penaklukan pada 1948, sedangkan ia (negara Yahudi) ini merupakan sebahagian besar dari Palestin! Bukankah kedua-duanya merupakan suatu jenayah di sisi Allah, RasulNya dan kaum Muslimin?
Apakah kalian saling berbunuhan kerana ingin mendapat pengakuan dari Yahudi atau memperoleh perdamaian selama mungkin dengan mereka? Bukankah keduanya merupakan bentuk pengakuan terhadap negara Yahudi? Bukankah perdamaian, bahkan sekadar berunding sahaja dengan negara yang seluruh entitinya dibangunkan di atas wilayah Islam yang telah diduduki dan penduduknya diusir dari sana; atau sekadar duduk sahaja dengannya, sudah dapat dikatakan sebagai mengakui dan membenarkan pendudukannya atas tanah kaum Muslimin? Negara Yahudi bukanlah negara yang berdiri atas tanah yang ia miliki. Oleh itu, gencatan senjata dengan Yahudi tidak boleh disamakan seperti gencatan senjata dengan penduduk Makkah sebelum Makkah menjadi tanah Islam. Penduduk kuffar Makkah ketika itu menduduki tanah mereka; gencatan senjata dengan mereka tidak bermakna bahawa kaum Muslimin ketika itu bersetuju atau mengiktiraf ‘penaklukan’ kaum kuffar ke atas Makkah. Ini adalah kerana ketika gencatan senjata tersebut dijalankan, Makkah bukanlah tanah Islam. Walaubagaimanapun, negara Yahudi ditubuhkan di atas tanah Islam, tanah umat Islam.
Oleh itu, pengakuan terhadap negara Yahudi dan berdamai secara tetap dengannya merupakan bentuk pengakuan terhadap kesahihan pendudukan Yahudi ke atas Palestin, negeri Islam yang agung itu. Lalu, apakah pernyataan pengakuan secara nyata itu menurut syariat hukumnya berbeza dengan pernyataan pengakuan secara rasmi? Atau ia hanya sekedar permainan kata, tidak lebih dari itu? Bukankah semuanya ini merupakan jenayah yang sangat besar dosanya di sisi Allah, RasulNya dan seluruh kaum Muslimin??
Lantas, mengapakah kalian saling berbunuhan?
Hakikatnya tiada apapun yang kalian akan perolehi dari pembunuhan sesama sendiri ini. Bahkan, sekiranya benar-benar pembunuhan ini tidak membawa apa-apa nilai, kami boleh katakan – ‘Semua sia-sia belaka, tiada yang untung, tiada yang rugi’ – namun hakikatnya kalian saling berbunuhan demi kejahatan, menumpahkan darah, merosakkan tanam-tanaman dan ternakan serta menghancurkan negeri dan melenyapkan penduduknya.
Oleh itu, Hizbut Tahrir menyeru kepada kalian, mengingatkan kalian untuk tidak menjerumuskan manusia ke dalam jurang kehancuran dan kebinasaan demi membantu kepentingan Amerika, Eropah dan Yahudi. Apakah kalian tidak peduli dan prihatin? Apakah kalian tidak malu kepada Allah, RasulNya serta kaum Muslimin? Apakah kalian langsung tidak merasa malu?
Siapa sahaja di antara kalian yang masih mempunyai ketakwaan, dan sisa-sisa rasa malu, maka ‘talaklah’ pemerintahan yang hina dan seluruh pentadbirannya yang gagal ini, baik pemerintahannya mahupun parlimen, dengan ‘talak tiga’. Ini adalah kerana semuanya tadi adalah pemerintahan yang dibentuk melalui perjanjian Oslo yang jijik. Pemerintahan di bawah penaklukan, tanpa kekuasaan dan kedaulatan. Berhadapanlah kalian dengan musuh kalian, Yahudi laknatullahu ‘alaihim secara langsung, agar kalian dapat mengembalikan Palestin seluruhnya ke dalam wilayah Islam sekiranya kalian masih beriman.
Adapun kalian, wahai para pemuda Fatah dan Hamas…,
Kalianlah yang layak dinasihati dan diingatkan, kerana semua kebaikan tersebut dengan izin Allah disematkan kepada kalian. Pertama sekali, kalian wajib memerangi Yahudi dan membebaskan Palestin. Atas urusan yang sangat mulia inilah, maka kalian dikumpulkan oleh para pemimpin kalian sehingga dengan alasan untuk memerangi musuh kalian inilah, mereka mampu menjadikan kalian sebagai tentera. Kalian pun memenuhi panggilan untuk tujuan yang mulia ini. Lalu, mengapa kalian kemudiannya meninggalkan tujuan tersebut? Mengapa dengan sengaja kalian mengacukan muncung senjata kalian kepada sesama saudara kalian?
“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya.” [TMQ an-Nisa’ (4):93]
Membunuh jiwa yang bersih dan tidak bersalah adalah amat besar dosanya di sisi Allah berbanding hilangnya dunia ini. Tepatlah sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam,
“Lenyapnya dunia adalah lebih kecil bagi Allah, berbanding terbunuhnya seorang Muslim..” [HR at-Tirmizi dari ‘Abdullah bin ‘Amr]
Hizbut Tahrir menyeru kepada kalian agar tidak mentaati para pemimpin kalian untuk saling bermusuh dan berperang antara satu sama lain. Ini adalah kerana, tidak wujud ketaatan terhadap makhluk dalam perkara kemaksiatan kepada Allah `azza wa jalla. Kalian sepatutnya menghala muncung senjata kalian kepada musuh kalian iaitu Yahudi laknatullahi `alaihim. Jika para pemimpin kalian masih tetap berperang antara satu sama lain, maka tariklah tangan-tangan mereka, kerana mereka adalah pemfitnah dan pemecah-belah umat. Hentikanlah tindakan kalian yang saling memusuhi dan berbunuhan antara satu sama lain. Jika kalian berhasil melakukannya, maka kalian telah menyelamatkan diri kalian semua. Kalian juga akan menyelamatkan umat kalian dari segala malapetaka dan kehancuran. Sebaliknya, jika kalian tidak melakukannya dan dengan sengaja tetap melakukan pertumpahan darah, maka keadaan kalian adalah serupa dengan mereka yang dinyatakan oleh Allah dalam firmanNya yang bermaksud:
“Pada hari ketika mana muka mereka dibolak-balikkan dalam neraka, mereka berkata, “Alangkah baiknya, andaikata kami ta’at kepada Allah dan ta’at (pula) kepada Rasul.” Dan mereka berkata, “Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah menta’ati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar).” [TMQ al-Ahzab (33):66-67]
Wahai penduduk Palestin, wahai penduduk dan pembela Baitul Muqaddis!
Hizbut Tahrir menyeru kepada kalian agar kalian menarik semula tangan-tangan kalian dari keburukan ini sebelum ia bertambah parah. Kalian juga perlu berhadapan dan bersemuka dengan pemfitnah itu sebelum fitnahnya merebak dan menyerang kalian dan juga mereka. Fitnah tersebut akan menyerang pemfitnah yang zalim itu lantaran kezalimannya, dan orang yang dizalimi kerana mereka mendiamkan diri terhadap kezaliman dan fitnah tersebut. Allah Subhanahu wa Ta’ala mengingatkan:
“Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja di antara kalian. Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaanNya.” [TMQ al-Anfal (08):25]
Hizbut Tahrir menyeru kepada kalian agar kalian bangkit menjadi satu barisan untuk mengelakkan pertumpahan darah di antara kalian dan saling berbunuhan antara satu sama lain. Fitnah ini perlu dikubur hidup-hidup sebelum akar-akarnya mencengkam dan bertapak-kukuh di muka bumi, tumbuh, berdaun dan berbuah…!!
Lantas, apakah kalian akan memenuhi seruan ini?
“(Al-Quran) ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia agar mereka diberi peringatan dengannya.” [TMQ Ibrahim (14):52]
Ya Allah, saksikanlah bahawa kami telah menyampaikan!
9 Muharram 1428 H (28/01/2007 M)