SN259 – PENGUASA PENGKHIANAT MEMBENARKAN PENCABULAN AMERIKA KE ATAS KEDAULATAN PAKISTAN…

PDF

SN Keluaran 6 Mei 2011
 

  alt

PENGUASA PENGKHIANAT MEMBENARKAN PENCABULAN AMERIKA KE ATAS KEDAULATAN PAKISTAN, MALAH BERGEMBIRA DENGANNYA!

 
[SN259]Seluruh dunia kini heboh membicarakan berita kematian Osama Bin Laden, pemimpin Al-Qaeda yang dikatakan paling dikehendaki oleh Amerika Syarikat (AS). Pada 2hb lepas, Presiden AS, Barack Obama mengumumkan bahawa Osama telah terbunuh dalam sebuah operasi militer yang dijalankan berhampiran Islamabad, Pakistan. Obama juga mengumumkan bahawa mayatnya telah dikebumikan di laut menurut cara Islam bagi mengelakkan kuburnya dijadikan tempat pemujaan. Pengumuman kematian Osama ini telah mendapat pelbagai reaksi dari seluruh dunia, baik dunia Islam mahupun bukan dan telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori, khususnya gambar yang disiarkan yang dikatakan sebagai sebuah pembohongan.
Terbaru, Obama mengumumkan bahawa White House tidak akan menyiarkan gambar pengebumian Osama kerana khuatir dijadikan alat propaganda oleh Al-Qaeda. Banyak pihak menyifatkan bahawa Obama telah melakukan penipuan kepada dunia dan beranggapan bahawa Osama masih hidup. Tidak kurang yang menyatakan bahawa Osama sebenarnya telah mati beberapa tahun yang lalu, cuma ‘wataknya’ dihidupkan oleh Amerika untuk menjustifikasi agenda perangnya ke atas pengganas, yang merupakan perang ke atas Islam.

Di Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang kelihatan gembira dengan berita ini berkata, dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda itu. Perdana Menteri 1Malaysia itu berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.“Saya berharap bahawa pada masa akan datang, dunia akan lebih sedar bahawa keganasan bukanlah satu pendekatan yang patut dilakukan untuk mencapai apa juga tujuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Rumah Terbuka Hari Vaisakhi 1Malaysia di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur.Najib berkata Osama telah menggunakan Islam dalam perjuangannya dan telah memberi imej yang cukup negatif dan buruk terhadap Islam. [BH 03/05/11].Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pulaberkata, “Jika benar perkara itu berlaku, saya harap ia akan menjurus kepada keselamatan dan keamanan sejagat yang merupakan tanggungjawab bersama,” katanya [UM 03/05/11].Sama ada benar atau tidak bahawa Osama telah terbunuh, Allah SWT Maha Tahu akan hal ini. Namun yang kita tahu dengan pasti adalah Amerika telah menceroboh masuk dan melakukan keganasan di Pakistan sesuka hati mereka! Kita juga sudah muak dan kesal dengan sikap para pemimpin Islam yang menyokong Obama di dalam kes ini yang tidak habis-habis cuba mengaitkan Islam dan gerakan Islam dengan keganasan. Mereka cukup takut untuk menyatakan bahawa pengganas yang sebenar adalah Amerika itu sendiri!!!

Sebaik sahaja menerima kecaman dan protes dari umat Islam kerana membenarkan operasi militer AS di bumi Pakistan, pemimpin Pakistan dengan tegas dan berulang kali menafikan bahawa mereka tahu-menahu atau terlibat di dalam operasi ini. “Pembunuhan pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden oleh pasukan tentera AS bukanlah satu operasi bersama dengan Pakistan”, kata Presiden Asif Ali Zardari menerusi satu ruangan pendapat yang disiarkan di Washington Post. Zardari berkata, lokasi Osama dibunuh di bandar Abbottabat, utara Islamabad juga tidak diketahui pihak berkuasa Pakistan [UM 04/05/11]. Kementerian Hal Ehwal Luar Pakistan dalam satu kenyataan media cuba menuduh yang AS kononnya menceroboh negaranya ketika melancarkan serbuan. Kementerian berkata, laporan mengenai helikopter AS berlepas dari Pangkalan Udara Ghazi adalah tidak benar. “Helikopter AS memasuki ruang udara negara ini melalui kawasan berbukit yang tidak boleh dikesan oleh radar.Helikopter AS itu turut dilengkapi teknologi terbaru serta terbang menggunakan teknik nap of the earth supaya ia tidak boleh dikesan,” kata Kementerian itu, semalam.Menurut kenyataan itu, perkara ini turut disahkan oleh Penasihat White House, John Breman yang menyatakan bahawa AS tidak memaklumkan kepada Pakistan mengenai operasi itu sehinggalah semua pesawat dan anggota tentera AS terbabit keluar dari ruang udara negara ini[UM 04/05/11].

Benarkah hal ini? Apakah Pakistan tidak terlibat di dalam operasi ini? Sautun Nahdhah kali ini mengemukakan sedikit analisis mengenai keterlibatan Pakistan dalam operasi ini untuk tatapan bersama. Kami juga memasukkan terjemahan surat yang dikeluarkan oleh Pengarah, Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir, Saudara Osman Bakhash, sebagai seruan untuk mereka yang ikhlas.

Berdasarkan fakta yang terjadi, terdapat beberapa petunjuk yang kuat yang menunjukkan bahawa operasi ini dijalankan dengan pengetahuan rejim Pakistan dan bantuan yang diperoleh adalah dalam bentuk pemberian maklumat-maklumat perisikan yang diperlukan oleh Amerika untuk melaksanakan operasi tersebut. Antara petunjuk-petunjuk itu adalah:-

(1) Satu mesyuarat tergempar telah diadakan antara Jeneral Petraeus, Komandan ISAF bersama Jeneral Kayani (Pakistan) di Pengkalan Udara Chaklala pada 25 April 2011. Pada malam yang sama Jeneral Petraeus telah mengadakan mesyuarat tertutup menerusi telefon dengan White House yang diketuai oleh Presiden Barack Obama. Pada hari berikutnya Badan Penyelaras Tertinggi Tentera Pakistan telah mengadakan pertemuan yang dihadiri oleh Ketua Perisikan Pakistan, Jeneral Shuja Pasha yang bukan merupakan anggota dalam Staff Gabungan Ketenteraan (Joint Chief of Staff). Pertemuan ini tidak pernah dilapor sebelum ini.Barack Obama telah memberi isyarat (hint) mengenai komunikasi telefon tersebut ketika mengumumkan kematian Osama bin Laden dengan mengatakan: “Akhirnya, pada minggu lepas, selepas kami menerima maklumat yang cukup, kami memutuskan untuk mengambil tindakan sewajarnya dan membenarkan proses penangkapan Osama bin Laden untuk dibawa ke muka pengadilan” (Sumber: http://www.dawn.com/2011/05/03/pak-military-caught-in-the-crossfire.html).

(2) Demikian juga, Obama telah mengumumkan bahawa Osama bin Laden berada di bandar Bilal yang terletak di kawasan tentera dan bersebelahan dengan Akademi Tentera Pakistan yang dikelilingi oleh pusat kawalan tentera.

(3) Kenyataan Zardari yang dikeluarkannya dalam isu yang sama menafikan penglibatannya dalam operasi tersebut tetapi beliau telah mengakui bahawa bantuan yang diberikan itulah yang telah memudahkan operasi pembunuhan tersebut. Zardari mengatakan dalam akhbar Washington Post: “Meskipun apa yang berlaku pada hari Ahad itu bukanlah operasi bersama tetapi merupakan hasil kerjasama satu dekad antara AS dan Pakistan dalam memastikan penghapusan Osama bin Laden, yang merupakan ancaman berterusan kepada dunia hari ini”.

(4) Kenyataan Obama juga menyingkap perkara yang sama di mana dia tidak menyebut penglibatan Pakistan dalam pembunuhan ini tetapi Obama mengakui bahawa kerjasama dengan Pakistanlah yang membantu mereka mengetahui tempat Bin Laden. Obama mengatakan: “Adalah penting untuk kita catatkan bahawa kerjasama kita dengan Pakistan di dalam memerangi keganasan telah membantu kita untuk menjejaki tempat persembunyian Bin Laden”.

(5) Peristiwa-peristiwa yang berlaku sebelum ini berkaitan penangkapan beberapa orang anggota Al-Qaeda seperti Abu Farh al-Libyi, Khalid Syeikh Muhammad dan Ahmad Khalfan Jilani; mereka telah telah ditangkap di kawasan yang sama iaitu di kawasan berdekatan penempatan ketenteraan atau dalam lingkungan selamat, dan mereka ini semuanya telah pun diserahkan kepada Amerika.

Oleh kerana itu, rejim Pakistan sebenarnya telah berdusta dalam isu jenayah pembunuhan Bin Laden. Namun, waktu tepat yang ditetapkan oleh Amerika untuk melakukan pembunuhan itu bukanlah penting dilakukan dengan sepengetahuan  rejim Pakistan. Peranan rejim Pakistan sebenarnya adalah sebagai mata-mata yang memberikan maklumat yang diperlukan untuk membunuh mangsa dan menyerahkannya kepada tuannya agar dapat ditentukan detik (pembunuhannya), tidak penting sama ada perkara tersebut diketahui oleh mata-mata itu atau tidak. Sebenarnya hal ini lebih memudahkan!

Akhir sekali, kami (Hizbut Tahrir) ingin menarik perhatian rakyat Pakistan secara umumnya dan tentera Pakistan secara khususnya bahawa kekalnya rejim ini merupakan punca penyakit dan bala kepada Pakistan. Mereka (rejim ini) tidak akan sekali-kali berhenti dalam subahat ini selepas pembunuhan Bin Laden rahimahullah dan semoga ruhnya bersemadi dengan aman (jika benar ia terbunuh). Bahkan rejim ini akan berterusan menumpahkan darah umat Islam. Sesungguhnya adalah menjadi kewajipan syarak untuk mencabut rejim ini dan menggantikannya dengan Khilafah Rasyidah yang akan memuliakan Islam dan kaum Muslimin dan menghinakan kekufuran dan orang-orang kafir. Firman Allah SWT:

“Dan Allah berkuasa terhadap urusanNya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
[TMQ Yusuf (12):21].

****************************************************************************
Amerika Bebas Membunuh Dan Menyembelih Di Negara Umat Islam, Seolah-Olah Itu Adalah Negara Mereka!
Pada pagi hari Isnin 2hb Mei 2011, Obama telah mengumumkan dengan begitu angkuh dan sombong bahawa dia telah menceroboh ke sebuah tempat kediaman di Pakistan dan membunuh lelaki, wanita dan kanak-kanak di dalamnya…Osama Bin Laden telah mati dibunuh oleh pasukan elit Amerika yang menyerangnya dan mereka membawa mayatnya bersama…pegawai Amerika kemudian menjelaskan bahawa mereka telah mengebumikan Bin Laden di laut menurut cara Islam! Sesungguhnya ini adalah satu penghinaan ke atas Islam, semoga Allah melaknat golongan kuffar ini.Jika benar sekalipun Bin Laden telah dibunuh, beliau sesungguhnya tidak kalah, kerana beliau telah dianugerah oleh Allah dengan salah satu dari dua kebaikan – kemenangan atau syahid, di tangan orang-orang kafir, dan di hari Kiamat beliau tidak memerlukanapa-apapun dari golongan kafir ini!

Tetapi bagi Obama, dia sebenarnya telah menerima dua kekalahan di dalam insiden ini:-

Pertama:Amerika, bukan sekadar dengan tenteranya sendiri, malah dengan bantuan tentera dari sekutunya dan pemimpin Muslim yang khianat, telah menghabiskan masa lebih kurang satu dekad untuk memburu seorang lelaki yang tidak pun memiliki kekuatan fizikal walau satu per sepuluh dari batalion mana-mana pasukan bersekutu tersebut…dan jika Amerika benar-benar telah berjaya membunuhnya dalam keadaan tersebut (dan setelah sekian lama) dalam pandangan seorang kesatria, perang ini bukanlah satu kemenangan bagi Amerika, tetapi jelas merupakan satu kekalahan!

Kedua: Obama tidak membunuh Bin Laden di medan pertempuran, tetapi membunuhnya di dalam sebuah rumah kediaman! Dalam pandangan para kesatria perang, hal ini bukanlah kemenangan yang Obama patut banggakan…

Terbunuhnya seorang Muslim di tangan tentera Salib yang bencikan Islam dan kaum Muslimin bukanlah suatu yang baru. Tetapi apa yang sangat memilukan ialah kedudukan Amerika yang bebas bergerak di dalam negara umat Islam, menceroboh ruang angkasa dan mengebom rumah sesuka hati dalam rangka membunuh penghuninya tanpa mengira kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua!! Kesemua ini dilakukan tanpa menghadapi kebenaran atau penolakan sedikit pun dari pihak pemerintah!!Sungguh hina dan keji pemerintah umat Islam ini dan mereka adalah pengkhianat yang nyata.Amerika menggunakan mereka sebagai alat untuk membunuh umat Islam, dan mereka akan membantu sekalipun pembunuhan itu ingin dilakukan Amerika di dalam rumah mereka (rumah para pengkhianat) itu sendiri, betapa hina dan jijiknya mereka!

Segalanya telahberakhir, namun pengumuman terbunuhnya Bin Laden dipenuhi dengan keraguan dan ketidakpastian mengenai operasi jenayah yang telah dilakukan, kejadian dan suasana yang terperinci ditutup oleh laporan perisikan yang bercanggah antara satu sama lain. Sesungguhnya masa akan pasti membongkar hal ini dan juga lain-lain hal yang memilukan umat Islam…

Hizbut Tahrir dengan ini menegaskan bahawa:-

1 – Barat akan tetap meneruskan Perang Salib mereka terhadap Islam dan kaum Muslimin, walaupun Obama berbohong mengatakan, “America is not and will never be against Islam” (Amerika tidak dan tidak akan pernah menentang Islam). Apakah yang sedang dilakukan oleh tentera Amerika dan sekutunya di Afghanistan? Apakah yang sedang dilakukan Amerika dan sekutunya di Iraq? Bagaimana dengan puluhan ribu umat Islam yang telah dibunuh oleh Amerika dan akan terus dibunuh? Bagaimana pula tentang diamnya kuffar Barat terhadap pembunuhan umat Islam di Chechnya dan Kashmir dan lain-lain bahagian dunia? Bukankah kesemua ini, sama ada secara langsung atau tidak, merupakan angkara tentera Salib Barat? Bukti apa lagi yang diperlukan? Kesemua ini merupakan penerusan siri Perang Salib yang mana Amerikatidak pernah berehat darinya!! Bekas Presiden AS, George W. Bush telah mengumumkan Perang Salib ini dengan jelas pada tahun 2001 dan mendapat sokongan ramai ahli politik Barat.

2 –Masanya telah tiba untuk rakyat Pakistan melakukan hal berikut:-

(i) Mengikat tangan-tangan rejim penjenayah yang telah meletakkan negeri kaum Muslimin ini di bawah dominasi Amerika dalam perangnya terhadap Islam dan umat Islam! Tidak diperbolehkan seorang Muslim pun berdiam diri sehingga mereka mencampakkan rejim penjenayah yang berkawan dengan musuh Allah dan musuh umat ini.

(ii) Sesiapa yang memiliki kekuatan dari pasukan tentera Pakistan dan dari mana-mana puak sekalipun mestilah berusaha menegakkan apa yang Allah SWT wajibkan ke atas mereka. Kami ingin bertanya kepada mereka, bukankah mempertahankan Islam dan kaum Muslimin itu sebahagian dari perintah agama yang benar ini? Bagaimana mungkin kalian boleh menerima penghinaan dari Amerika yang telah menumpahkan darah dan bergerak secara bebas sesuka hati mereka dan melakukan kejahatan di bumi kalian yang penuh kebaikan?

Sedarlah wahai saudaraku! Campakkanlah penguasa kalian dan bergandinglah dengan Hizbut Tahrir untuk menegakkan Khilafah di atas jalan kenabian, yang akan memerintah dengan Islam, membebaskan negeri-negeri kaum Muslimin dan penduduknya, membawa risalah Islam, petunjuk dan cahaya ke seluruh alam.Wahai kaum Muslimin di mana sahaja kalian berada! Keganasan dan kejahatan (Amerika) ke atas Islam dan umat Islam akan terus berlangsung dan bertambah, sehinggalah Allah SWT menganugerahkan kepada umat ini, Khilafah, yang akan bertindak sebagai penjaga dan pelindung.

Justeru, bergeraklah wahai saudaraku, bergeraklah wahai hamba Allah untuk menolong agamaNya, untuk menjadikan Islam sebagai agama yang memimpin dunia untuk kali kedua, yang akan menghapuskan segala ketidakadilan dan kejahatan yang dilakukan Amerika dan Eropah, kepada cahaya dan keadilan Islam, sebuah cahaya dan keadilan yang luar biasa…Bergeraklah dan hulurkanlah tangan kalian untuk bersama Hizbut Tahrir demi meraih kebaikan dunia dan akhirat.

“Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya walaupun orang-orang kafir tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkannya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai”
[TMQ at-Taubah (9):32-33].

Osman Bakhash
Pengarah, Pejabat Media Pusat
Hizbut Tahrir
29 Jumadil Ula 1432H / 2 Mei 2011