SN351 – WAHAI UMAT MUHAMMAD! CAMPAKKAN DEMOKRASI TEGAKKAN KHILAFAH
WAHAI UMAT MUHAMMAD!
CAMPAKKAN DEMOKRASI TEGAKKAN KHILAFAH
Kaum Muslimin rahimakumullah,
Hilangnya Khilafah membuatkan umat ini kehilangan satu-satunya institusi pelaksana hukum syarak. Ini kerana, Khilafahlah yang selama ini menjadi munaffidz as-syari’ah (pelaksana syariah)ke atas umat Islam khasnya dan umat manusia amnya. Hanya dengan Khilafah, Islam dapat ditegakkan secara sempurna dan menyeluruh. Justeru kita menyaksikan sejak runtuhnya Khilafah, banyak hukum Islam telah turut runtuh pelaksanaannya. Umat Islam ditimpa malapetaka yang amat dahsyat apabila yang diterapkan di dalam negara adalah hukum dan undang-undang warisan kafir penjajah. Inilah konsekuensi lenyapnya Negara Islam di mana umat ini telah ‘dihadiahkan’ oleh kuffar Barat dengan negara demokrasi. Dalam negara demokrasi yang diajar oleh Barat, atas nama rakyat, hukum Allah SWT telah disingkirkan. Atas nama rakyat juga, pelbagai undang-undang yang berpihak kepada kuffar dan penguasa yang khianat dan menyengsarakan rakyat, telah diterapkan.
Kaum Muslimin rahimakumullah,
Lenyapnya Khilafah juga menyebabkan umat ini tidak lagi memiliki institusi yang menyatukan mereka. Ini kerana, Khilafah adalah muwahhid al-ummah (penyatu umat). Di bawah Khilafah, umat Islam dapat dipersatukan dalam satu negara, satu bendera dan satu kepemimpinan. Umat Islam menjadi umat yang kuat. Tidak ada satu pun kekuatan di dunia yang mampu mengalahkan, melemahkan, mengawal, apalagi menguasai umat Islam. Namun, setelah Khilafah diruntuhkan, wilayah Islam yang luas telah dikerat-kerat menjadi negara-negara kecil atas dasar nasionalisme. Umat Islam terpecah-belah dalam kongkongan negara-negara bangsa (nation-states) yang dipisahkan oleh garis sempadan yang dilakar oleh kafir penjajah. Bahkan, dalam negara-negara yang sudah kecil dan lemah itu, dilaga-lagakan lagi dengan berdirinya pelbagai gerakan separatisme yang dirancang dan direkayasa oleh kafir penjajah. Akibatnya, umat Islam terus melemah dan tak berdaya, tidak ubah seperti buih di tengah lautan. Walaupun jumlahnya ramai, negeri mereka luas dan kekayaan alamnya melimpah, namun umat Islam langsung tidak memiliki kekuatan, kewibawaan dan kemuliaan.
Kaum Muslimin rahimakumullah,
Ketiadaan Khilafah juga membuatkan umat ini kehilangan institusi yang melindungi diri mereka, harta mereka, darah mereka dan agama mereka. Ini kerana, Khilafah adalah satu-satunya haris li al-muslimin wa dinihim wa amwalihim wa dammihim. Khilafah jugalah yang menjadi pelindung akidah mereka, kemuliaan mereka, kehormatan mereka dan kekayaan alam mereka. Khilafah adalah perisai bagi kaum Muslimin, sebagaimana ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabda baginda,
“Sesungguhnya Imam (Khalifah) adalah perisai, di belakangnya umat berperang dan berlindung” [HR Bukhari& Muslim].
Kita telah menyaksikan kebenaran sabda Junjungan Besar kita, di mana sejak Khilafah diruntuhkan, darah umat Islam dengan begitu mudah ditumpahkan, kehormatan mereka dengan begitu mudah dilecehkan, kekayaan mereka dengan begitu mudah dijarah dan negeri mereka dengan begitu mudah dijajah. Malah, akidah dan keyakinan mereka juga dengan begitu mudah diracuni oleh pelbagai pemikiran dan ideologi kufur tanpa ada penjaganya. Lebih buruk, bahkan agama Islam itu sendiri terus dihina, al-Quran dinista dan Rasulullah SAW terus dicerca tanpa ada kekuasaan yang dapat melindunginya.
Para penguasa yang seharusnya menjadi pelindung rakyatnya malah bertindak sebaliknya. Mereka bukan sekadar menelantarkan rakyat mereka, malah menumpahkan darah rakyat mereka sendiri seperti yang dilakukan para diktator Muslim di seluruh dunia, termasuk yang kita saksikan sekarang ini, Basyar al-Assad di Syria. Sejak tercetusnya revolusi, sudah ratusan ribu nyawa melayang kerana keganasan para diktator ini. Di mana-mana negeri kaum Muslimin, para penguasa yang jahat ini dengan begitu rakus memburu dan membunuh rakyatnya sendiri atas alasan terorisme dan ekstremisme.
Para penguasa yang seharusnya menjaga rakyatnya dan negerinya dari penjajahan kuffar, malah sebaliknya menjadikan diri mereka sebagai ejen penjajah dan menjadi penjaga kepada penjajah. Di Iraq, Pakistan dan Afghanistan contohnya, penguasanya bekerjasama dengan tentera Amerika memerangi rakyatnya sendiri yang berjuang mengusir kafir penjajah. Di negeri-negeri ini, banyak undang-undang dan polisinya dibuat oleh, dan memihak kepada, kekuatan asing. Kekayaan alamnya juga diserahkan kepada syarikat-syarikat asing. Pendek kata, inilah realiti penguasa yang memerintah kaum Muslimin sejak lenyapnya Khilafah dari muka bumi ini.
Kaum Muslimin rahimakumullah,
Setelah menyaksikan kesengsaraan umat akibat dari jatuhnya Khilafah dan demi menyahut perintah Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat ke-104, maka HizbutTahrir telah ditubuhkan pada tahun 1953. Sejak didirikan oleh al-‘Alim al-‘Allamah al-SyaikhTaqiyuddin an-Nabhani, HizbutTahrir telah menjadikan perjuangan untuk mengembalikan kehidupan Islam secara kaffah dengan mendirikan Daulah Khilafah, sebagai al-qadhiyyah al-masiriyyah li al-muslimin(perkara utama bagi kaum Muslimin). HizbutTahrir berjuang sungguh-sungguh siang dan malam tanpa mengenal penat dan lelah demi menegakkan kembali hukum-hukum Allah di bawah naungan Khilafah Islamiyyah.
Untuk merealisasikan tujuannya, HizbutTahrir -yang kini dipimpin al-‘Alim al-Jalil al-Syaikh ‘Atha Abu Rasytah- berjuang di tengah-tengah umat dan bersama dengan umat, dengan mengikuti thariqah (jalan) dakwah Rasulullah SAW, dalam rangka membimbing kaum Muslimin menegakkan Daulah Islam. HizbutTahrir melakukan tasqifmurakkazi (pembinaan intensif) ke atas setiap Muslim yang bergabung dengannya dalam usaha mewujudkan para pendakwah yang siap berjuang untuk menegakkan Khilafah. HizbutTahrir juga melakukan tasqifjama’ie (pembinaan massa) dalam usaha membangun ra’yul am(pandangan umum / public opinion) dan membangkitkan kesedaran umat tentang syariah dan Khilafah. Dalam masa yang sama, HizbutTahrir melakukan thalab an-nusrah (mencari pertolongan) dari kalangan ahlul-quwwah(golongan yang memiliki kekuatan) untuk mengambil alih kekuasaan demi menerapkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya.
Di sepanjang perjuangannya, HizbutTahrir telah menempuh pelbagai ujian, rintangan dan halangan, baik dari puak kuffar yang menjadi musuh Islam, dari para penguasa yang zalim, dari kelompok sekular, malah termasuk juga dari kelompok Islam yang teracun dengan pemikiran Barat. Namun, semua itu tidak pernah membuatkan HizbutTahrir patah semangat gentar, berpaling atau mundur. Malah sebaliknya, HizbutTahrir terus melangkah dan semakin ke depan dan dengan doa serta izin Allah SWT, HizbutTahrir akan terus istiqamah dalam perjuangannya hingga Allah SWT memberikan kemenangan dan pertolonganNya dengan tegaknya Khilafah.
Kaum Muslimin rahimakumullah,
Dalam kesempatan ini, kami sekali lagi menyampaikan seruan kepada seluruh kaum Muslimin untuk ikut berjuang bersama HizbutTahrir untuk menegakkan Khilafah. Sungguh, ini adalah satu perjuangan yang mulia dan satu perjuangan yang agung, kerana ia termasuk min a’zham al-wajibat (kewajipan yang paling besar). Mulia dan agungnya perjuangan ini kerana ia adalah perjuangan untuk mewujudkan kembali Negara Islam (Khilafah), mempersatukan kaum Muslimin di seluruh dunia, menerapkan hukum Allah SWT secara kaffah, menzahirkan agama Allah SWT dan membawa rahmat Allah ke seluruh penjuru alam. Semua ini hanya dapat direalisasikan dengan tegaknya Daulah Khilafah. Sesungguhnya kewajipan yang besar ini sudah tentu akan diikuti oleh ganjaran pahala yang juga besar kepada para pelakunya, Insya Allah.
Dalam masa yang sama, HizbutTahrir juga menyeru kepada seluruh kaum Muslimin agar segera mencampakkan demokrasi dan seluruh sistem buatan manusia lainnya. Ini kerana, ia adalah sistem kufur yang ‘diberikan’ oleh penjajah kepada kita. Bukan sahaja kufur, malah sistem demokrasi juga terbukti rosak dan merosakkan serta membawa banyak malapetaka kepada umat manusia. Dakwaan bahawa demokrasi memberi kesejahteraan dan keadilan hanyalah kebohongan yang penuh ilusi. Demokrasi merupakan sistem buruk yang tak layak dipertahankan. Hanya mereka yang buta mata hatinya sahaja yang sanggup bermati-matian mempertahankan sistem yang penuh kebusukan ini.
HizbutTahrir juga menyeru kepada seluruh kaum Muslimin agar menghapuskan segala fahaman nasionalisme dan patriotisme yang selama ini menyebabkan umat Islam terpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri. Janganlah menyahut seruan-seruan syaitan yang sentiasa ingin menjadikan kita bermusuhan dan tercerai berai. Marilah kita menyahut seruan Allah untuk kita menjadi ansarAllah(para penolong agama Allah),
“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kalian para penolong (agama) Allah” [TMQ as-Saf (61):14].
Hanya dengan menyahut seruan Allah sahajalah, umat Islam akan mendapat pertolongan Allah dan akan mencapai kemenangan di dunia dan akhirat.
Kaum Muslimin rahimakumullah,
Sungguh, pertolongan Allah SWT bagi umat ini pasti akan datang. Khilafah yang dijanjikan, Insya Allah akan segera berdiri. Tanda-tandanya kian jelas. Umat yang dulunya terpesona dengan kegemerlapan peradaban Barat sudah mulai sedar, bahawa ideologi dan peradaban Barat itulah yang sebenarnya menjadi sumber bencana bagi dunia. Umat yang satu ketika dahulu pernah berharap pada demokrasi, kini sudah tidak lagi. Bahkan mereka semakin sedar bahawa demokrasilah yang menjadi punca kepada pelbagai masalah, punca kepada segala penyelewengan dan rasuah, punca kepada segala perampasan hak rakyat oleh pemerintah, punca kepada hilangnya kekayaan umat kepada pihak asing, punca kepada segala penjajahan kuffar ke atas tanah kaum Muslimin dan yang paling penting, demokrasi adalah punca kepada pelaksanaan segala sistem, undang-undang dan pemikiran kufur yang ada sekarang.
Kaum Muslimin rahimakumullah,
Sesungguhnya umat ini benar-benar memerlukan sebuah perubahan. Namun, bukan sekadar perubahan wajah pemimpin diganti dengan pemimpin yang lain, tanpa menggantikan sistem yang kufur lagi rosak ini. Tidak dinamakan perubahan jika ia adalah daripada demokrasi menuju demokrasi. Perubahan yang benar adalah perubahan yang sejalan dengan perintah Allah dan RasulNya. Perubahan yang benar tersebut mestilah berlandaskan metodologi yang benar dan tidak ada metodologi yang benar kecuali yang digariskan dan ditunjukkan oleh Rasulullah SAW selaku suri teladan bagi kita. Justeru, perubahan yang wajib dilakukan oleh umat Islam adalah perubahan daripada sistem Jahiliyyah menuju sistem Islam, perubahan daripada sistem demokrasi-sekular menuju tegaknya syariat Allah di bawah sistem Khilafah.
Kita sudah menyaksikan kini bahawa harapan umat terhadap penegakan syariah dan Khilafah sudah semakin membesar. Seruan umat yang menginginkan kembalinya Khilafah sudah semakin membahana. Di pelbagai negeri Muslim, umat sudah melaungkan ”al-ummah turid Khilafah Islamiyyah” (umat mahukan Khilafah Islamiyyah). Para penguasa diktator di negeri-negeri umat Islam telah jatuh satu persatu. Ben Ali di Tunisia, Mubarak di Mesir, Qadafi di Libya dan Abdullah Saleh di Yemen, semuanya tumbang dari kekuasaan masing-masing oleh kebangkitan rakyat mereka sendiri. Kini Basyar al-Assad di Syria sedang menunggu giliran.
Dengan izin dan pertolongan Allah SWT, seluruh rejim diktator dan pengkhianat di negeri-negeri Muslim yang lain juga akan turut menyusul. Kekuasaan mereka akan tumbang dengan sangat menghinakan Insya Allah. Ini kerana, mereka semua termasuk dalam mulkanjabriyyatan, (penguasa diktator) yang telah diberitakan oleh Rasulullah SAW bahawa kekuasaan mereka akan berakhir tatkala Allah menghendaki. Setelah itu, Khilafah ‘ala minhaj an-Nubuwwahakan kembali berdiri dan Khilafah akan mempersatukan kembali seluruh negeri Islam di bawah naungan kekuasaannya. Bahkan Khilafah akan menaungi seluruh wilayah di dunia sebagaimana diberitakan oleh Rasulullah SAW,
“Sesungguhnya Allah memperlihatkan bumi kepadaku sehingga aku melihat belahan timur dan baratnya. Sungguh, kekuasaan umatku akan sampai ke seluruh penjuru yang aku diperlihatkan itu” [HR Muslim].
Kaum Muslimin rahimakumullah,
Campakkanlah sistem demokrasi. Tidakkah kalian semua merindui untuk hidup di bawah naungan syariat Allah? Selagi kalian berada di bawah sistem demokrasi, selagi itulah syariat Allah tidak akan ditegakkan. Hati-hati yang ikhlas sudah tentu merindukan kehidupan Islamidi bawah naungan Daulah Khilafah. Sudah terlalu lama umat Islam dicengkam oleh puak kuffar. Sudah terlalu lama kita melihat umat Islam terpecah belah. Sudah tidak sanggup lagi rasanya untuk kita hidup di bawah kekejaman para penguasa yang khianat. Sudah tidak sanggup lagi rasanya kita melihat saudara-saudara kita terus dicengkam penderitaan. Kita mahu semua ini berakhir dengan segera dan Insya Allah semua ini akan berakhir apabila kalian mencampakkan demokrasi dan mendirikan Khilafah. Justeru, kita memohon agar Allah SWT menurunkan pertolonganNya dan memuliakan kita dengan memasukkan kita ke dalam barisan pejuang agamaNya. Kita memohon agar Allah SWT menjadikan kita sebagai orang-orang yang ikhlas dan istiqamah dalam perjuangan dan dengan izinNya kita terus dapat menghela nafas ini sehingga kita sempat menyaksikan fajar Khilafah menyingsing hasil usaha tangan-tangan kita….Amin, Ya Mujib al-Saa’ilin.