SN370 – APABILA URUSAN DISERAHKAN KEPADA YANG BUKAN AHLINYA..

 
SN keluaran 22 November 2013



 
APABILA URUSAN DISERAHKAN KEPADA YANG BUKAN AHLINYA..

[SN370] Kecoh di Parlimen minggu lalu mengenai kisah isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri RosmahMansoryang telah menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa ke-4 di Qatar, dengan menggunakan jet eksekutif. Sehubungan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri ShahidanKassim telah dihujani dengan pelbagai soalan oleh Ahli Parlimen dari pembangkang sehingga dikatakanmemberikan jawapan yang tidak meyakinkan. Shahidan hanya menjelaskan pemergian Rosmah ke Qatar dengan menggunakan jet eksekutif itu adalah dengan kelulusan kabinet dan untuk kepentingan negara tetapi gagal memberi jawapan yang memuaskan tentang boleh atau tidak isteri seorang Perdana Menteri mewakili kerajaan dalam lawatan ke luar negara dan bagaimana Najib sebagai ketua kabinet telah terlibat dalam urusan yang melibatkan konflik kepentingan.

 

Di dalam jawapannya, Shahidanmenjelaskan bahawa penggunaan pesawat eksekutif milik kerajaan bagi tujuan sama bukan sahaja terhad kepada Perdana Menteri tetapi turut digunakan Yang di-Pertuan Agong, Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Perdana Menteri. “Isteri Perdana Menteri juga boleh menggunakan pesawat-pesawat tersebut untuk urusan rasmi di luar negara dengan syarat mendapat kelulusan Jemaah Menteri dan sesuatu acara yang dihadiri itu mempunyai kepentingan kepada negara,” ujarnya.Shahidanturut memaklumkan Dewan Rakyat sebelumnya bahawa sebanyak RM182 juta dibelanjakan bagi kos petrol dan penyelenggaraan tujuh pesawat eksekutif milik kerajaan [UM 19/11/2013].

 

Isu penggunaan harta negara untuk tujuan atau kepentingan peribadi oleh pemimpin bukanlah isu yang baru dan bukanlah satu perkara yang pelik dalam sistem pemerintahan hari ini. Ia terjadi di mana-mana. Isu ini bukan sahaja melibatkan pemimpin, malah dari sekecil-kecil kakitangan kerajaan sehinggalah ke pegawai tertinggi, boleh dikatakan semuanya tidak lepas dari hal ini. Dengan kata lain, boleh dikatakan ramai kakitangan kerajaan atau penjawat awam sering menyalahgunakan harta negara untuk kegunaan peribadi. Lebih buruk, sesetengah merekamalah menganggap atau menjadikanatau menggunakan harta-harta tersebut seperti milik peribadi. Bagaimanakah Islam menjawab isu penyalahgunaan harta negara oleh kakitanganmereka?

 

Menggunakan Harta Negara Untuk Keperluan Peribadi

Di dalam Islam, status orang yang bekerja dengan negara (penjawat awam) adalah sebagaiajir (pekerja). Manakala ‘negara’ adalah musta’jir (majikan),yang diwakili oleh ketua negara (Khalifah) atau lain-lain hukkam (seperti wali/gabenor dan amil) dan orang-orang yang diberi kuasa oleh Khalifah. Jadi, hubungan penjawat awam dengan negara adalah sebagai ajir-musta’jir (pekerja-majikan). Oleh yang demikian, hak-hak dan kewajipan-kewajipan keduanya diatur oleh akad ijarah (kontrak) yang dipersetujui bersama. Dalam konteks ujrah (gaji/upah), ‘negara’ sebagai musta’jir adalah pihak yang memberi ujrah manakala ajir adalah orang yang menerima ujrah di atas pekerjaan mereka. Adapun hukkam, walaupun mereka juga termasuk orang melaksanakan tugas untuk negara, namun mereka tidak menerima ujrah, sebaliknya menerima ta’widh (kompensasi), sebagaimana juga Khalifah.

 

Ujrahyang diperolehi oleh seseorang ajir dari musta’jiradalah harta yang menjadi milkiyyah al-fardhiyyah (pemilikan peribadi)nya, sesuai dengan pekerjaan yang telah dilakukannya dalam tempoh tertentu dan dengan syarat-syarat tertentu yang telah disepakati sebelumnya oleh mereka berdua. Atas dasar ini, apa jua pendapatan yang diperolehidi luar ujrah atau imbalan yang diperolehi di luar dari apa yang telah disepakati oleh kedua belah pihak, adalah perolehan yang diharamkan. Rasulullah SAW bersabda,

 

“Siapa sahaja yang kami (negara) berikan tugas untuk melakukan suatu pekerjaan dan kepadanya telah kami berikan rezeki (gaji/upah/bayaran), maka apa yang diambil olehnya selain dari (gaji/upah/bayaran) itu adalahghulul (kecurangan)”[HR Abu Daud].

 

Hadis ini dengan tegas melarang siapa sahaja, baik ketua negara, wali (gabenor), amil, qadhi (hakim), termasuk semua kakitangan negara, untuk mengambil harta selain dalam bentuk yang telah ditetapkan (berupa ujrah) atas mereka. Apabila hal itu dilanggar dan mereka mengambil (harta) selain yang menjadi hak yang telah ditetapkan ke atas mereka, maka perbuatan mereka itu termasuk perbuatan curang dan pada hari Kiamat mereka akan memikul (sebagai azab) harta yang diperolehi secara curang itu. Firman Allah SWT,

 

“Siapa sahaja yang berbuat curang, pada hari Kiamat ia akan datang membawa hasil kecurangannya…” [TMQ Ali Imran (3):161].

 

Oleh itu, siapa sahaja yang menyalahgunakan harta negara untuk keperluan peribadi adalah berdosa dan boleh dikenakan ta’zir, sebagai hukuman di dunia dan akan mendapat azab Allah di akhirat. Adapun berat-ringannya ta’zir itu bergantung kepada Khalifah yang akan mengambil kira berat-ringannya bentuk kesalahan yang dilakukan.

 

Islam membahagikanpemilikan  kepada tiga kategori iaitupemilikan peribadi, pemilikan umum dan pemilikan negara.Untuk kesemua bentuk pemilikan tersebut, pemiliknya mempunyai hak untuk melakukan tasarruf (memanfaatkan, mengelola dan mengembangkan harta). Dengan kata lain, Islam menetapkan bahawa setiap orang yang memiliki barang/benda, maka dia mempunyai haktasarrufke atas barang/benda tersebut. Jadi, dia boleh menggunakan barang itu semahunya, boleh menjual barang itu kepada siapa pun yang dikehendakinya dengan harga berapapun dan juga boleh menghadiahkannya, menginfakkannya atau memanfaatkannya dalam bentuk lain. Semua itu adalah haknya.

 

Untuk harta milik negara, maka hak tasarrufnya berada di tangan ketua negara (Khalifah). Ertinya, Khalifahlah yang berhak untuk mengguna, memanfaatkan, menjual, menyewa, memberi dan mengembangkan harta milik negara itu kepada anggota-anggota masyarakat. Namun dalam melakukan hal ini, Khalifah hendaklah melakukannya untuk kepentingan dan kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin, bukan untuk kepentingan dan kemaslahatan peribadi, keluarga atau pun kroninya. Berbeza halnya dengan harta yang menjadi hak milik umum di mana dalam hal ini, ketua negara hanya memiliki hak untuk mengelolanya sahaja. Khalifah tidak memiliki harta yang menjadi milik umum. Kerana itu, ia tidak berhak memindahmilikharta yang menjadi milik umum, termasuk menyewakannya, menjualnya, memberikannya atau mengembangkannya.

 

Kesimpulannya, seorang kakitangan negara berhak untuk memanfaatkan harta benda yang menjadi miliknya (hak tasarruf), baik wang (gaji)nya, rumahnya, kenderaannya dan sebagainya. Namun, ia tidak berhak melakukan pemanfaatan ke atas hartabenda milik orang lain, kecuali atas izin pemiliknya atau setelah beralih menjadi miliknya melalui sebab-sebab pemilikan yang syar’ie. Ini bermaksud, ia juga tidak boleh memanfaatkan harta milik negara kecuali diizinkan oleh pihak yang memiliki hak tasarruf (dalam hal ini Khalifah), itu pun dilakukan sebatas syaratkeizinan yang telah diberikan kepadanya denganmempertimbangkan kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin. Contohnya, apabila negara mengizinkan pemanfaatan peralatan pejabat, kenderaan atau rumah hanya untuk keperluan yang berkaitan dengan pekerjaannya, maka syarat tersebut tidak boleh dilampaui oleh kakitangan negara yang terbabit misalnya dengan menjual ataumenyewakannya kepada orang lain, menghadiahkannya atau memakainya untuk keperluan peribadi atau keluarganya atau kawan-kawannya. Akan tetapi, jika negara (melalui Khalifah) mengizinkan barangan tersebut dan semisalnya untuk digunakan bagi kepentingan peribadi atau keluarganya, maka hal itu juga dibolehkan. Semua itu bergantung pada Khalifah selaku ketua negara yang memiliki hak tasarrufke atas harta benda milik negara tersebut. Bagaimanapun, keputusan Khalifah itu hendaklah didasarkan atas kemaslahatan Islam dan kaum Muslimin.

 

Sebagaimana yang telah disebutkan di atas, ketua negara tidak memiliki hak pemilikan ke atas harta benda milik umum. Ia hanya mempunyai autoriti untuk mengelolanya sahaja. Justeru, seluruh pendapatan dari harta benda milik umum yang dikelola oleh negarahendaklah dimasukkan untuk keperluan (kepentingan dan kemaslahatan) umum. Berdasarkan hal ini, ketua negara tidak berhak memberikan, menyewa atau menjual harta benda yang menjadi milik umum tersebut. Contohnya adalah sumber alam seperti minyak, gas, air, emas, timah, nikel, arang batu, perak dan sebagainya,semua ini tidak boleh diberikan atau disewakan kepada pihak swasta mahupun pihak asing dengan cara kontrak dan dimasukkan hasilnya ke kantung kerajaan. Ini adalah transaksi yang batil. Ketua negara langsung tidak mempunyai hak tasarruf dalam harta milik umum, kecuali mengelolanya sahaja. Oleh itu, penswastaan harta benda milik umum yang dilakukan oleh negara kepada badan swasta mahupun pihak asing merupakan tindakan ghulul (curang) yang pelakunya akan memperolehi seksaan yang berat di akhirat kelak. Na‘uzubillah min zalik.

 

Urusan Wajib Diserahkan Kepada Ahlinya

Sejak runtuhnya Khilafah pada tahun 1924 hingga kini, sungguh umat ini telah hidup di zaman dimana pemerintahan (yang merupakan perkara terpenting) diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya (tidak layak) iaitu para penguasa yang tidak pernah menunaikan amanah pemerintahan, menjadi pengkhianat kepada umat, zalim, tamak haloba dan mementingkan diri sendiri, seperti yang kita alami, dengar dan lihat sendiri saban hari. Sesungguhnya mereka tidak layak memimpin pemerintahan kerana sebahagian besar mereka diangkat oleh kaum kafir penjajah secara langsung manakala sebahagian yang lain diangkat melalui rekayasa penjajah serta melalui proses demokrasi yang bertentangan dengan syarak dan mereka memerintah berdasarkan hukum penjajah dan hukum demokrasi yang jelas lagi nyata bertentangan dengan Islam.
 
 
Mereka memerintah dengan kekufuran yang nyata. Mereka mengabaikan Islam dan kaum Muslimin, malah lebih buruk mereka telah menangkap, menyeksa dan membunuh kaum Muslimin yang merupakan rakyat mereka sendiri. Mereka menyekat sebarang usaha untuk mengembalikan hukum Islam dan Khilafah di muka bumi Allah ini. Melalui mereka dan sebab merekalah amanah demi amanah disia-siakan. Mereka melantik dan menggaji ramai ulama, mufti dan agamawan bagi menyokong dan membenarkan, malah memuji semua tindakan mereka yang bertentangan dengan Islam. Manakala sebahagian dari umat Islam berjaya ditakut-takutkan dan dipesongkan oleh mereka sehingga orang-orang ini berdiam diri dan mengikut sahaja segala tindakan yang mereka lakukan, tanpa berani mengingkari tindakan tersebut walau pun ia ternyata menyimpang jauh dari Islam.

 

Mereka itu adalah orang-orang yang telah mengkhianati Allah, RasulNya dan kaum Mukmin. Mereka itu adalah orang-orang yang mempermainkan ayat-ayat Allah dan tidak meletakkan firman (hukum-hukum) Allah di tempat letaknya yang sebenar. Mereka telah mengkhianati amanah yang diberikan kepada mereka, sedang mereka sedar dan mengerti akan kewajipan mereka atas amanah itu. Mereka wajib menerapkan hukum Allah secara kaffah, menjaga dan melindungi rakyatnya serta mengembangkan risalah Allah ke seluruh muka bumi dengan jalan dakwah dan jihad. Inilah amanah yang wajib mereka jalankan, namun mereka telah mengkhianati amanah Allah ini. Mereka memerintah dengan sistem demokrasi yang kufur, mengabaikan dan menzalimi rakyatnya serta berbaik (bukannya berjihad) dengan penjajah kuffar yang memerangi Islam dan banyak lagi kejahatan lain yang mereka lakukan.

 

Justeru, jika amanah besar (penerapan hukum Allah) sanggup mereka abaikan, apatah lagi masalahcabangyang lain. Melantik isteri sebagai wakil dalam urusan pentadbiran negara dan menyediakan jet eksekutif untuk menunaikan urusan tersebut serta persetujuan para menteri ke atasnya, semua ini adalah masalah cabang dari bentuk pengkhianatan terhadapamanah pemerintahan. Hal ini (melantik isteri sebagai wakil dalam pentadbiran negara) tidak pernah dikenal di dalam Islam. Ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para Khulafa’ Rasyidinridhwanullahualaihim.

 

Sesungguhnya urusan pemerintahan itu adalah hal yang amat berat dan penting. Namun begitu, kekuasaan bukanlah sesuatu yang haram untuk diperebutkan di dalam Islam. Hanya saja, ia hendaklah diamanahkan kepada ahlinya dan tidak boleh kepada selainnya. Hanya dengan diserahkan kekuasaan kepada orang yang amanah sahajalah, Islam dapat ditegakkan di muka bumi ini, hukum-hukum Allah dapat berdiri dengan kukuh, umat Islam akan dilindungi dari ancaman musuh dan risalah Islam dapat tersebar luas dengan jalan dakwah dan jihad. Dengan itu barulah Islam sebagai rahmatan lil alamin benar-benar dapat direalisasikan. Itulah realiti yang telah terjadi di saat kekuasaan berada di tangan orang-orang salih, zuhud, wara’ dan amanah seperti halnya Umar bin Abdul Aziz atau generasi yang lebih awal, yakni Khulafa’ Rasyidin. Mereka adalah orang-orang yang sedar bahawa kekuasaan itu merupakan amanah yang telah Allah letakkan ke atas mereka dan mereka telah menunaikan amanah itu dengan penuh ketakwaan kepada Pemberinya.

 

Nabi SAW bersabda,

 

“Sesungguhnya kekuasaan itu adalah amanah. Pada hari Kiamat nanti ia akan berubah menjadi kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang yang mengambilnya dengan haq dan menunaikan apa yang diamanahkan di dalamnya” [HR Muslim].

 

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda,

 

“Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah saat-saat kehancurannya”. Salah seorang bertanya: “Bagaimana bentuk menyia-nyiakan amanah itu wahai Rasulullah?” Baginda bersabda: “Apabila urusan itu diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat-saat kehancurannya”.

 

Di dalam kedua-dua hadis di atas, Rasulullah SAW mengingatkan kepada umat Islam secara umum dan kepada para penguasa secara khusus, bahawa kekuasaan itu tidak lain kecuali suatu amanah yang berat yang wajib dipikul oleh mereka. Jika mereka tidak menunaikannya, maka kita semua akan ditimpa kehancuran. Selain peringatan tegas kepada penguasa, Rasulullah SAW mengingatkan dan mengajar kepadakita peri pentingnya menyerahkan kekuasaan kepada ahlinya (yang berhak) yang dapat menunaikan amanah yang berat ini. Justeru, sesiapa sahaja yang telah menyerahkan urusan kekuasaan kepada bukan ahlinya (yang tidak berhak) yang tidak amanah, maka kita semua akan ditimpa bencana dan orang itu akan diminta pertanggungjawaban (disoal) oleh Allah SWT di akhirat kelak. Justeru, kita hendaklah mengenali dan berhati-hati di dalam memilih pemimpin, agar kita terselamat di dunia dan akhirat. Manakala bagi para penguasa yang tidak menunaikan amanah kekuasaan yang telah Allah letakkan di bahu mereka, tidak menerapkan hukum Allah, maka sesungguhnya secara sedar atau tidak, mereka sedang berjalan menuju neraka Allah, malah mereka sedang berlumba untuk masuk ke dalamnya. Na’uzubillah min zalik.

 

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya tidak ada jalan lain untuk mengembalikan amanah ke muka bumi ini, kecuali apabila perkara (urusan umat) ini diserahkan kepada ahlinya (orang-orang yang layak untuk itu). Hanya mereka yang ikhlas menyeru kepada penerapan hukum Allah dengan jalan mendirikan semulaDaulah Khilafah Ala Minhaj Nubuwahsahajalah yang kita harapkan, malah kita yakini, akan dapat menunaikan amanah kekuasaan ini dengan benar. Dengan berdirinya Daulah Khilafah, maka Insya Allah keseluruhan amanah Allah bukan sahaja dapat direalisasikan oleh Khalifah, malah segala pengkhianatan dan penderitaan yang ada sekarang akan berakhir. Wallahua’lam.