SN384 – TIGA HARI YANG PENUH PENGHINAAN

 
SN keluaran 2 Mei 2014

 

TIGA HARI YANG PENUH PENGHINAAN
 

[SN384] Akhirnya musuh Allah itu berjaya memijakkan kakinya ke tanah umat Islam, Malaysia. Bukan sahaja berjaya, malah dia diberi sambutan kenegaraan dan layanan yang amat luar biasa yang tidak pernah diberi kepada manusia mana pun di atas muka bumi ini. Lawatan tiga hari Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia memang menjadi sejarah dan ia menjadi sejarah hitam kepada negara ini.

Sebagai sebuah negara berdaulat, Malaysia sesungguhnya telah hilang kedaulatannya dengan lawatan pengganas nombor satu dunia itu. Malah kedaulatan Malaysia sebenarnya telah hilang sebelum itu lagi.Apa tidaknya, bermula dengan pijakan kakinya ke bumi Malaysia, permaidani merah dibentangkan dengan megah untuknya, jalan raya disekat dan dikosongkan dari segenap arah sehingga menyusahkan ribuan pengguna jalan raya, makan malam kenegaraan yang tidak dapat digambarkan kemewahannya disediakan untuknya dan banyak lagi. Setiap tempat yang dilawati oleh Obama telah diperiksa rapi, malah setiap individu yang terlibat turut diperiksa akan latar belakangnya. Segala peralatan dan kelengkapan yang digunakan oleh Obama diambil alih dan dikawal sepenuhnya oleh orang-orangnya.

Antara yang paling penting di atas segalanya adalah aspek keselamatan di mana kawalan keselamatan ke atas Obama dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan secret service (perkhidmatan rahsia)nya. Dalam hal ini, pasukan keselamatan Malaysia sendiri tidak boleh campur tangan dan hanya menjadi penjaga dari jauh. Kawalan keselamatan di Masjid Negara dan Universiti Malaya contohnya, dua buah tempat yang dilawati oleh presiden AS ini, diambil alih sepenuhnya oleh secret servivedan pasukan keselamatan Malaysia tidak berhak melakukan apa-apa, kecuali sekadar membantu dan memerhatikan dari luar!

Pendek kata, “kepemilikan” (ownership) dan kedaulatan kita ke atas barangan dan kawasan kita, segala-galanya “hilang” dengan kedatangan Obama. Negara ini, tempat/kawasan di negara ini, barangan dan peralatan yang kita miliki, semuanya mesti dilepaskan dan seolah-olah menjadi hak milik Amerika di mana ia boleh melakukan apa sahaja ke atasnya. Pasukan keselamatan kita juga tidak ada nilainya dan tidak boleh dipercayai di sisi Obama, kerana itulah pasukan keselamatan kita hanya dibenarkan berkawal dari jarak jauh dan mesti tunduk dan patuh kepada semua arahan daripada secret servicenya.

Selama 3 hari, dari A-Z, Malaysia terpaksa tunduk kepada kuffar Amerika di sepanjang kedatangan Obama ke sini. Segala-galanya disediakan oleh Malaysia dengan penuh penghormatan, bukan seperti tuan rumah melayan tetamu, tetapiseperti seorang hamba melayan dan menyediakan kelengkapan untuk tuannya dengan penuh ketundukan!!! Dengan semua ini, sesungguhnya Malaysia bukanlah menjadi negeri yang istimewa dengan kehadiran Obama di sini, tetapi ternyata menjadi negeri yang telah tergadai dan kehilangan kedaulatan serta maruahnya!!!

Natijah Lawatan Obama

Sebagaimana yang telah dijangka, antara isu-isu yang diangkat oleh Obama sepanjang keberadaannya di sini adalah isu hak asasi manusia, kebebasan, moderat dan demokrasi. Hal ini dapat dilihat dari ucapan dan dialognya bersama para pelajar di Universiti Malaya dan juga dalam perjumpaannya dengan pihak-pihak yang memperjuangkan hak asasi, kebebasan dan demokrasi seperti Maria Chin Abdullah (Pengerusi Bersih 2.0), Tan Sri Hasmy Agam (Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia – Suhakam), Datuk AmbigaSreenevasan(peguam dan aktivis hak asasi manusia), Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam Malaysia), Dr Ahmad Farouk Musa (Pengerusi dan Pengarah Islamic Renaissance Front – IRF), Ratna Osman (Pengarah Eksekutif Sisters In Islam – SIS) dan Rev Dr Herman Shastri(wakil Majlis Gereja-Gereja Malaysia – CCM) di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Pertemuan Obama di Universiti Malaya boleh dilihat melalui video manakala dengan kumpulan hak asasi dilakukan secara tertutup. Di dalam ucapan dan dialognya, Obama bertindak seolah-olah dialah satu-satunya penyelesai masalah (problem solver) kepada dunia dan dunia mesti tunduk kepadanya selaku polis dunia. Obama tanpa segan silu dan rasa bersalah menerangkan tentang ‘misi’ Amerika yang membawa keamanan kepada dunia, walhal hakikatnya Amerikalah yang telah dan sedang memporak-perandakan seluruh dunia dengan peperangan dan penjajahannya ke atas dunia Islam dan juga melalui kerjasama dan sokongannya kepada para penguasa Muslim yang diktator dan juga kepada Israel, yang telah membunuh ratusan ribu umat Islam.

Dengan segala kejahatannya yang melanggar hak asasi manusia yang dapat dilihat oleh orang buta sekalipun, sungguh aneh bagaimana kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan hak asasi manusia boleh meluahkan masalah kepadanya dan bergantung harap kepadanya seolah-olah Obama adalah penyelamat manusia dari sebarang penindasan atau ketidakadilan! Inilah sihir Obama. Manusia bukan sahaja boleh terhakis keimanan dan ketakwaannya, malah hilang pertimbangan intelektual dan kewarasannya apabila berhadapan dengan musuh Allah ini.

Dengan sikap ketundukan dan posisi psikologi pihak lain terhadap Amerika seperti itu, ia jelas tidak memungkinkan mana-mana pemimpin mahupun mana-mana pihak untuk melakukan apa yang disebutnya sebagai dialog, bertukar fikiran, persefahaman, kerjasama atau sejenisnya, dengan Amerika. Apa yang justeru terjadi hanyalah berupa suatu “laporan”atau “keluhan” dari seorang hamba atau pekerja, kepada tuan atau majikannya. Perdana Menteri Malaysia sahaja sudah bersikap “yes sir” kepada AS, apatah lagi pihak-pihak lain yang menyanjungi AS. Inilah sikap orang-orang yang berkiblatkan Barat. Bandingkan dengan sikap orang-orang beriman yang mempunyai kemuliaan seperti Khalifah Harunar-Rasyid yang menyampaikan mesej yang jelas kepada Nakfur, melalui kata-katanya yang terkenal“Dari Harunar-Rasyid, pemimpin orang-orang Mukmin, kepada Nakfur, anjing Rom…” (as-Suyuthi, Tarikh al-Khulafa’, h. 231).

Oleh yang demikian, apa yang disebut sebagai dialog, persefahaman,mutual respect, kerjasama dan sebagainya tidak lebih dari sebuah penyesatan pendapat dan politik. Ini kerana, semuanya itu tidak akan pernah terjadi dengan AS dan bertentangan 180 darjah dengan kenyataan yang ada. Tindakan-tindakan seperti ini menunjukkan bahawa sebahagian pemimpin dan tokoh Muslimtelah kehilangan pandangan yang jernih tentang bagaimana sikap yang harus diambil terhadap negara kafir harbifi’lan. Sebaliknya mereka menjadi penyokong dan pelaksana kepada polisi-polisi negara kafir tersebut ke atas umat Islam. Contohnya, apabila Najib bersetuju untuk mempererat kerjasama dengan Obama untuk memerangi pengganas, ini bermakna Perdana Menteri Malaysia itu bersetuju untuk memerangi umat Islam kerana yang dimaksudkan dengan pengganas oleh Obama adalah umat Islam itu sendiri. Hal ini terbukti dengan penangkapan 9 orang ‘militan’ Muslim sebaik sahaja Obama meninggalkan Malaysia.

Kita juga menyaksikan bagaimana kenyataan akhbar bersama Najib-Obama, kunjungan Obama ke Masjid Negara, dialog Obama dengan para pelajar dan pertemuannya dengan kumpulan-kumpulan liberal dan hak asasi manusia, semuanya itu ternyata gagal dimanfaatkan (dan tidak  ditujukan pun) untuk mendakwahkan Obama kepada Islam. Sebaliknya Obamalah yang berjaya “mendakwahkan”mereka kepada kekufuran di mana Obama berjaya menyeru mereka kepada demokrasi, hak asasi manusia, kebebasan, kerjasama politik, ekonomi, pendidikan, ketenteraan dan banyak lagiyang bertentangan dengan Islam. Kesemua ini menjadikan Malaysia lebih tunduk dan mengikut telunjuk serta ajaran Amerika, sekali gus memberikan kejayaan kepada Amerika dalam mengukuhkan penjajahannya ke atas umat Islam dan negeri ini. Inilah antara natijah dari lawatan Obama ke Malaysia.

Hukum Bersikap Inferior Terhadap Orang Kafir

Layanan yang melebihi first class ke atas Obama oleh pemimpin Malaysia sesungguhnya sesuatu yang amat menghinakan dan memalukan sebagai sebuah negara berdaulat. Begitu juga dengan layanan teramat istimewa yang diberikan oleh Masjid Negara dan Universiti Malaya terhadap pembunuh umat Islam ini, sesungguhnya merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh mana-mana bangsa yang bermaruah. Walaupun ada sebahagian tokoh agama pendukung kerajaan yang cuba mengait dan membolehkan lawatan Obama menurut hukum Islam, namun hakikatnya ia tidak berangkat dari ajaran Islam, tetapi lebih kepada sekadar justifikasi dan menunjukkan sikap inferiormereka terhadap kafir Barat dan secara implisitnya mengakui AS, yang jelas-jelas merupakan negara kafir harbifi’lan itu, sebagai sahabat dan sebagai tetamu yang mulia!

Penjelasan Masjid Negara yang membenarkan Obama memasuki masjid atas alasan untuk mendakwahi Obama, ternyata menjadi alasan semata-mata. Sekali imbas, “rayuan” Imam Besar Masjid Negara kepada Obama agar tidak menindas umat Islamtidaklah menampakkan apa-apa kesalahan. Namun, “merayu” kepada penindas atau pembunuh agar tidak lagi melakukan penindasan atau pembunuhan, jelas menggambarkan kelemahan di pihak perayu dan kekuatan di pihak penindas/pembunuh. Apa yang pasti,itu bukanlah suatu bentuk dakwah kepada Obama, sebaliknya menunjukkan satu sikap ketundukan dankerendahan kepada Obama, sang kafir harbi yang merupakan musuh Allah. Walhal Allah SWT berfirman,

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman” [TMQ Ali Imran (3):139].

Lafaz “in kuntum mu’minin” (jika kalian beriman) menjadi penegasan bahawa mereka yang merasa inferior atau bersikap merendah diri di depan orang kafir itu adalah orang yang dinafikan keimanannya, kerana setiap Muslim wajib meyakini kemuliaan dan ketinggian ajaran Islam dan mempamerkan sikap tersebut di hadapan kekufuran dan pemeluknya.Rasulullah SAW bersabda, “Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya” [HRBaihaqi] yang menggambarkan ketinggian Islam dan kemuliaan penganutnya sekali gus menunjukkan kerendahan agama selain Islam dan kehinaan penganutnya.

Rasulullah SAW mengambil sikap yang tegas dan mempamerkan kemuliaan dan ketinggian Islam apabila menghadapi ketua negara kufur. Di dalam surat baginda kepada penguasa Rom, baginda menulis,

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dari Muhammad, hamba Allah dan RasulNya, kepada Heraqlius, penguasa Rom. Keselamatan semoga diberikan kepada siapa saja yang mengikuti petunjuk (Islam). Selanjutnya, sungguh aku menyeru kamu dengan seruan Islam. Masuk Islamlah, nescaya kamu akan selamat. Jika kamu masuk Islam, maka Allah akan memberikan pahala dua kali ganda buat kamu. Namun jika kamu menolak, maka dosa seluruh penduduk Rom akan ditanggung oleh kamu”.

Inilah bentuk dakwah yang ditunjukkan oleh Junjungan Besar kita, jika kita ingin mendakwahi penguasa negara kafir. Banyak lagi nas lain yang menunjukkan Rasulullah SAW dan para delegasi baginda, mempamerkan kemuliaan dan ketinggian di hadapan penguasa kafir. Begitu juga dengan para Khalifah setelah baginda. Mereka tidak tunduk atau mempamerkan kerendahan sedikit pun kepada penguasa kafir di zamannya. Semuanya adalah kerana Islam. Mereka berada dalam kedudukan sebagai pengembang risalah Allah yang mulia. Mereka mengajak orang-orang kafir kepada Islam. Negara mereka (DaulahIslamiyyah)adalah negara yang berdaulat, merdeka dan menerapkan hukum-hukum Islam. Hal ini sungguh berbeza dengan pemimpin dan tokoh Islam yang ada sekarang yang mempamerkan sikap yang menghinakan diri sendiri (idzlal) apabila berhadapan dengan penguasa kafir, yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Muslim, apatah lagi selaku seorang pemimpin atau tokoh.

Allah SWT menyatakan dengan tegas,

“Dan Allah sekali-kali tidak akan menjadikan jalan bagi orang-orang kafir menguasai orang-orang beriman” [TMQ an-Nisa’ (4):141]

yang bermaksud Allah SWT mengharamkan orang-orang beriman untuk tunduk atau berada dalam posisi inferiorterhadap orang-orang kafir. Dalam ayat yang lain, Allah SWT berfirman,

“Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan” [TMQ Hud (11):113].

Cenderung kepada orang zalim sahaja sudah tidak dibolehkan, apalagi beramah mesra, berdialog, bersahabat dan menjalin kerjasama erat dengan mereka. Apatah lagi sang kafir itu adalah kafir farbifi’lan yang tangannya masih dipenuhi darah umat Islam yang dibunuhnya.

Allah SWT menyatakan dengan tegas bahawa sikap yang wajib diambil oleh kaum Muslimin terhadap kafir yang memerangi Islam ialah,

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari Akhir dan mereka yang tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan Allah dan RasulNya dan mereka yang tidak beragama dengan agama yang benar (iaitu orang-orang) yang telah diberikan Kitab, hingga mereka membayar jizyah dengan patuh sedang mereka dalam keadaan tunduk” [TMQ at-Taubah (9):29].

Inilah hukum Allah ke atas Muslim dan kafir yakni kaum Muslimin wajib memerangi mereka sehingga mereka tunduk kepada Islam, bukan sebaliknya yakni kaum kafir memerangi Muslim dan kaum Muslimin tunduk kepada mereka! Justeru, tindakan pemimpin dan tokoh agama di negara ini yang menghormati dan menunjukkan ketundukan kepada Obama, musuh Allah ini, sesungguhnya menyalahi perintah Allah SWT dan perintah RasulNya.

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Amerika adalah negara kafir harbifi’lan yang diharamkan untuk kita menjalin apa jua hubungan dengannya, kecuali hubungan perang. Berdasarkan nas-nas yang jelas, perbuatan menyambut, memuliakan dan menjalin kerja sama dengan musuh Allah ini adalah sebuah keharaman. HizbutTahrirmengingatkan umat Islam bahawa pemimpin yang ada pada hari ini sudah tidak boleh dipercayai lagi kerana mereka menjadi pengkhianat kepada umat dengan berbaik serta tunduk kepada Amerika. HizbutTahrir juga mengingatkan bahawa satu-satunya entiti yang akan melawan dan mengalahkan hegemoni Amerika adalah Khilafah Islamiyyah, sebuah super power yang sedang diusahakan oleh HizbutTahrir dan bakal muncul tidak lama lagi dengan izin Allah. Amerika perlu ingat bahawa mereka pernah tunduk kepada Daulah Khilafah di zaman Khalifah Salim ke-3 yang pada zamannya Amerika terpaksa membayar kepada Khilafah sebanyak 642,000 dolar emas dengan penambahan 12,000 lira emas Uthmani sebagai ganti pembebasan para tawanan Amerika yang ada di Algeria dan sebagai keizinan kepada kapal-kapal Amerika untuk belayar dengan aman di Lautan Atlantik dan Laut Mediteranean tanpa menghadapi tentera laut Uthmani di wilayah Algeria. Insya Allah, sejarah akan berulang. Kemenangan Islam akan pasti datang. Daulah Khilafah akan muncul kembali dalam masa terdekat ini dan akan mengulangi kejayaannya sebagaimana di masa lalu. Wallahu a’lam.