SN390 – AD-DAULAH AL-ISLAMIYYAH

 
SN keluaran 11 Julai 2014



AD-DAULAH AL-ISLAMIYYAH

[SN390] Dalam bahasa Arab, perkataan “daulah” secara bahasanya bermakna “ghalaba” (mengalahkan) yakni kedaulatan. Perkataan daulah juga diguna untuk merujuk kepada maksud perubahan masa. Dikatakan; Hari-hari telah berganti (dulah) atau bertukar yakni telah berubah; atau Allah SWT telah menggantikannya (dulah) antara manusia dan sebagainya. Dalam konteks negara, negara-negara berubah atau berbeza berdasarkan perubahan konsep, perubahan masa dan perubahan manusia. “Negara” adalah istilah yang merujuk kepada sebuah autoriti (kekuasaan) yang memerintah dan melarang sekumpulan manusia yang tinggal dalam sesuatu tanah/kawasan. Bagaimana pun, definisi “negara” berbeza menurut perbezaan cara pandang (viewpoints) dan bangsa-bangsa terhadap realitinya. 

Orang-orang Barat sebagai contoh, di sebalik perbezaan cara pandang yang mereka pegang terhadap realiti sesebuah negara dan terhadap bentuk peraturan dalam negara tersebut, sama ada (negara) agama sebagaimana zaman pertengahan atau (negara) diktator atau (negara) demokrasi, mereka semua setuju bahawa “negara” merupakan cerminan daripada tanah/kawasan, manusia/penduduk dan pemerintah dan ketiga-tiga perkara ini menjadi batu asas kepada sesebuah negara. Bagi mereka, negara terwujud atas tanah/kawasan tertentu di mana sekumpulan manusia tertentu tinggal secara tetap dan ada pihak yang berkuasa atas mereka.

Ada punad-Daulah al-Islamiyyah(Daulah Islam / Negara Islam / Islamic State), ia adalah sebuah autoriti pengatur dan entiti politik yang mengurus hal-ehwal orang-orang di dalamnya menurut hukum syariat atau dengan kata lain, ia merupakan negara yang diatur oleh seorang Khalifah dengan apa yang Allah SWT turunkan dan menyebarkan Islam sebagai risalah ke seluruh alam. Allah SWT telah menetapkan bahawa Daulah Islam hendaklah menjadi method untuk melaksanakan hukum syarak dan membawa Islam dengan jalan dakwah dan jihad sebagai risalah petunjuk dan cahaya ke segenap penjuru dunia. 

Daulah Islam tidak menganggap tanah/wilayahnya atau sekumpulan manusia di dalamnya, sebagai batu asas baginya, walaupun ia memang perlu mempunyai penduduk yang diatur urusan mereka olehnya dan mempunyai sekeping tanah di mana ia ditubuhkan. Jumlah penduduk Daulah Islam merupakan jumlah yang sentiasa meningkat pada setiap masa yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan warna kulit. Tanah/wilayah yang diaturnya juga tidak dibataskan kepada sempadan tertentu,tetapi ia mesti berkembang pada setiap masa.Ini kerana Daulah Islam memiliki mesej sejagat dan kerana Allah SWT telah memerintahkannya untuk membawa mesej itu kepada seluruh dunia dan mengajak semua manusia sama ada berkulit hitam, putih,coklat, kuning, Arab, bukan Arab,Eropah,Amerika atau Rusia, kepada Islam serta masuk ke dalam agama Allah SWT.

Oleh itu,mana-mana bangsa dan mana-mana orang, yang menerima mesej (dakwah) yang dibawa oleh Islam dan percaya kepada Islam, maka ia akan menjadi sebahagian daripada warganegara dan tanah mereka akan menjadi sebahagian daripada tanah Daulah Islam. Selain itu,mana-mana tanah yang Daulah Islam berjaya menyampaikan mesej kepadanya dan berjaya dibuka melalui jalan jihad, maka tanah tersebut akan menjadi sebahagian daripada Daulah Islam dan akan terletak di bawah kekuasaan dan pemerintahan Daulah Islam, walaupun penduduknya tidak memelukIslam.

Daulah Islam, sebagaimana adanya, adalah lahir dari pemikiran baru yang menjadi dasar baginya; kekuasaan di negara ini berubah apabila pemikirannya berubah tatkala berlaku perubahan kuasa. Apabila pemikiran bertukar menjadi mafhum (konsep) dan anutan,ia memberi kesan (merubah) tingkah laku seseorang di mana seseorang itu akan dibentuk oleh mafahim (konsep-konsep) ini. Oleh itu,sudut pandangnya mengenai kehidupan akan berubah yang seterusnya akan merubah sudut pandangnya terhadap hubungan-hubungan dan kepentingan-kepentingan yang ada (di sekitarnya). Kekuasaan ini (Daulah Islam) ditubuhkan dalam rangka mengurus hal ehwal, hubungan-hubungan dan kepentingan-kepentingan manusia (berdasarkan syarak).

Daulah Islam (yang pertama) ditubuhkan oleh Rasulullah SAW sebaik sahaja baginda memijakkan kaki ke Madinah, selepas baginda menerima baiah (Aqabah Kedua) daripada kaum Ansar, berupa baiah perlindungan dan perang dan baiah penyerahan kekuasaan di Madinah kepada baginda. Daulah Islam yang terhasil dari sebuah akidah yang baru ini, menjadi tempat pelaksanaan/penerapan kepada mafahim (konsep-konsep) baru yang dipegang oleh orang-orang yang beriman kepada Rasulullah. Mafahim ini bergerak dalam diri pengikut-pengikut baginda membentuk sudut pandang baru terhadap kehidupan yang seterusnya merubah sudut pandang mereka terhadap hubungan-hubungan dan kepentingan-kepentingan yang ada.

Rasulullah SAW mendirikan Daulah Islam di Madinah berasaskan akidah ini (akidah Islam) dan di atas mafahim yang terpancar dari akidah ini biarpun pada waktu itu ayat-ayat berhubung perundangan belum turun sepenuhnya. Jadi, Daulah Islam ini merupakan sebuah negara yang baru, yang didirikan atas akidah yang baru dan menjadi tempat pelaksanaan kepada pemikiran-pemikiran dan konsep-konsep (mafahim) yang baru.

Daulah Islam adalah sebuah negara yang unik dari segi ciri-cirinya, strukturnya, untuk apa ia didirikan dan atas asas apa ia didirikan.Ia berbeza sepenuhnya dari ciri-ciri dan struktur semua negara yang ada di dunia pada hari ini.Ia adalah sebuah negara yang diasaskan atas akidah Islam,akidah “La IlahaIllallah, Muhammad Rasulullah”yang memiliki pemikiran yang komprehensi tentang kehidupan yang mana dengannyalah dan dengan mafahim yang lahir darinyalah, sudut pandang seseorang Muslim terhadap kehidupan ditentukan. Sudut pandang inilah yang membawa kepada kepercayaan bahawa kehidupan ini dicipta oleh Al-Khaliq dan ia (hendaklah) berjalan menurut perintah dan larangan Penciptanya. Bagi seseorang Muslim, ia merupakan kesimpulan mutlak bahawa tidak ada yang berhak membuat hukum kecuali A-Khaliq dan bahawa tidak ada kedaulatan dalam kehidupan ini dan di Negara Islam ini kecuali hanya milikNya, bukan milik umat, bukan milik rakyat dan bukan milik pemerintah.Kedaulatan hanyalah milik Allah SWT semata-mata.

Oleh itu, umat dan pemerintah adalah sama, sama-sama tidak mempunyai kuasa untuk membuat peraturan, sistem atau undang-undang selain daripada (mengikuti) apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Meskipun seluruh umat bersetuju untuk menggubal suatu undang-undang(hukum) yang bertentangan Islam, persetujuan itu tidak mempunyai nilai sedikitpun. Sebagai contoh, jika seluruh umat bersetuju untuk menghalalkan riba atas alasan bahawa ekonomi dan perdagangan tidak akan meningkat tanpanya; atau jika seluruh umat ingin mengabsahkan hubungan seks di luar perkahwinan dengan alasan bahawa ia adalah kebebasan peribadi;atau jika seluruh umat melarang (tidak bersetuju) hukuman mati ke atas si murtad dengan alasan bahawa hukuman itu melanggar hak asasi manusia; atau jika negara (pemerintah) mengizinkan untuk negara mempunyai lebih daripada satu doktrin atau kepercayaan sebagai asas negara; atau mengizinkan penggantian kuasa umat Islam (kepada orang-orang kafir) mahupun kepada orang-orang sekular, atas alasan demokrasi;kesemua persetujuan atau keizinan ini, jika benar berlaku sekalipun, tidak akan mempunyai apa-apa makna, kerana ia bercanggah dengan Islam, bercanggah dengan kedaulatan syarak dan bercanggah dengan kepercayaan bahawa Allah adalah satu-satunya Pembuat hukum, bukannya manusia.

Hakikat bahawa akidah Islam bertindak sebagai asas bagi Daulah Islam, ini bermakna bahawa tidak ada tempat untuk siapa pun sama ada pemerintah, hakim, cendekiawan,ahli politik,ahli Majlis Syura, Majlis Umat atau ahli parlimen,untuk membuat undang-undang dalam rangka mengatur hubungan-hubungan antara rakyat; atau untuk menerima pakai suatu perlembagaan; atau untuk menerima pakai suatu sistem;semuanya tidak dibolehkan untuk menggubal undang-undang yang akan dilaksanakan, selain melaksanakan apa yang telah diturunkan oleh AllahSWT semata-mata. Pemerintah juga diharamkan untuk memaksa rakyat atau memberi mereka hak untuk mengikuti sistem dan peraturan yang dibuat oleh manusia dalam mengurus urusan mereka.

Apabila Khalifah, sesuai dengan kuasa yang ada padanya telah mentabanni (menerima pakai) satu Perlembagaan atau sistem atau peraturan, dia wajib mengambilnya dari Kitabullah dan Sunnah RasulNya, sama ada dengan jalan ijtihadnya sendiri atau dari ijtihad para mujtahid yang lain. Ini bermakna, Perlembagaan Daulah Islam, sistemnya dan peraturannya adalah diambil dari apa yang diturunkan Allah SWT kepada RasulNya SAW, yakni diambil dari Al-Quran dan As-Sunnah dan juga dari apa yang ditunjukkan oleh keduanya berupa Qiyas dan Ijma’ Sahabat.

Oleh itu, adalah diharamkan bagi Daulah Islam untuk menerapkan sebarang pemikiran atau memegang apa-apa konsep, peraturan, perlembagaan, undang-undang atau memiliki apa jua kriteria yang tidak berasal dari akidah Islam dan yang tidak berasal dari Kitabullahdan Sunnah Rasul-Nya atau dari Qiyasyang syarie atau pun dari Ijma’ Sahabat. Justeru, diharamkan bagi Daulah Islam untuk menerima pakai cara hidup demokrasi atau apa jua perkara yang dibawa oleh demokrasi seperti pluralisme, penggantian kuasa orang Islam (kepada orang kafir) atau kepada penganut sekular atau pelbagai jenis kebebasan. Ini kerana,semua ini tidak berasal dari akidah Islam dan ia juga bukannya diambil dari syariah, selain perkara ini semuanya bercanggah dengan hukum Islam.Dalam Daulah Islam juga diharamkan konsep nasionalisme, patriotisme mahupun konsep autonomi (pemisahan) kerana konsep-konsep ini tidak berasal dari akidah Islam dan semua ini bercanggah dengan syarak, malah Islam membenci dan melarang perkara-perkara tersebut dan memberi amaran terhadapnya.Tambahan lagi, diharamkan atas Daulah Islam untuk memegang konsep monarki, republik dan konsep kekuasaan diktator kerana semua ini tidak berasal dari akidah Islam dan tidak diambil dari syarak, malah bercanggah dengan syarak.

[Bersambung di minggu hadapan…..]