MoU Yang Tiada Maknanya Di Sisi Syarak Tanpa Bersatu Di Dalam Daulah Khilafah

Malaysia, Iran tandatangani MoU kukuhkan kerjasama pendidikan

PUTRAJAYA 5 Julai – Malaysia dan Iran hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mengukuhkan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan kedua-dua negara. Pada majlis di sebuah hotel di sini itu, Malaysia diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala Iran pula oleh Menteri Pelajarannya, Dr. Hamid Reza Babaei.  Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang.  Menurut kenyataan yang dikeluarkan berhubung MoU itu, Malaysia bersedia bekerjasama dengan Iran dalam membangunkan 11 bidang pendidikan yang utama. 

Bidang tersebut membabitkan rangkaian sekolah atau institusi pendidikan, sains dan matematik, informasi dan komunikasi teknologi, jaminan kualiti pendidikan, pembangunan kurikulum dan sukan, kebudayaan dan muzik.  Selain itu, ia turut merangkumi bidang pendidikan teknik dan vokasional, latihan keguruan dan pembangunan profesional, naziran pendidikan, penyelidikan dan perancangan pendidikan serta pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Idea merencanakan MoU itu dicetuskan sewaktu lawatan rasmi berhubung misi teknikal Kementerian Pelajaran ke Iran pada 2008.

Sumber: Utusan Malaysia 06/07/10

Bukan MoU pendidikan yang kita mahukan. Apa yang kita mahukan adalah penyatuan umat di bawah Daulah Islam. Dengan penyatuan ini wadah pendidikan tidak lagi perlu kepada MoU!

Ini merupakan manifestasi kebobrokan ashobiyyah yang melingkungi kehidupan negeri-negeri umat Islam saat ini yang terus menjadi penghalang kepada kesatuan umat Islam. Sudah tidak ada dalam diri umat saat ini terutamanya di kalangan para pemimpin mereka pemikiran bahawa mereka wajib bersatu di bawah sebuah pemerintahan yang diketuai oleh seorang ketua negara yang bergelar Khalifah. Para pemimpin sekular umat Islam saat ini samada di Malaysia mahupun di Iran melihat masing-masing negara ashobiyyah ini adalah negara yang berbeza. Bukankah Islam yang dianut oleh umat Islam di Malaysia mahupun di Iran adalah Islam yang datangnya dari sumber yang sama iaitu dari Rasulullah SAW. Bukankah aqidah Islam yang ada pada umat Islam di Iran mahupun di Malaysia menuntut kewujudan suatu kesatuan antara kedua-duanya termasuklah dalam persoalan yang berkaitan dengan sistem pendidikan? Daulah Islam akan menerapkan polisi pendidikan Islam kepada warganegaranya tanpa mengira bangsa mahupun agama. Falsafah sistem pendidikan Islam adalah untuk melahirkan individu yang bersyakhsiyyah Islam iaitu individu yang pola fikirnya dan pola sikapnya terikat kepada aqidah Islam. Sila lihat: SN 114  POLISI PENDIDIKAN DALAM DAULAH ISLAM