DISKUSI MUSLIMAH: Tiada Kesejahteraan Bagi Wanita dan Anak-Anak Tanpa Syariah Dan Khilafah

altAhad 20 April 2014, Kuala Lumpur – Sempena Kempen Kebangkitan Khilafah, Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) Cawangan Kuala Lumpur telah menganjurkan Diskusi Muslimah dengan tajuk ‘Selamatkah Wanita Tanpa Syariah dan Khilafah?’ bertempat di Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur. Diskusi Muslimah ini telah menampilkan dua orang ahli panel iaitu seorang aktivis MHTM, Dr. Izzah Ibrahim dan Ustazah Aisyah Rahmat selaku Ketua MHTM Cawangan Kuala Lumpur.

Diskusi Muslimah pada kali ini mengajak para Muslimah untuk menelusuri dan mencermati keadaan masa kini di mana umat Islam terutamanya wanita dan kanak-kanak dilanda pelbagai masalah dalam kehidupan mereka. Mereka terpaksa menjalani kehidupan dengan penuh kesengsaraan dan kezaliman disebabkan tiadanya pembelaan daripada mereka yang mempunyai kekuasaan.

Dr Izzah selaku panel pertama terlebih dahulu menceritakan realiti dan permasalahan wanita dan kanak-kanak samada di Malaysia dan di negara-negara lain di seluruh dunia.  Beliau memberikan gambaran realiti melalui berita-berita di ruangan akhbar, statistik kes dan sumber-sumber lain.  Beliau menjelaskan bahawa semua permasalahan yang melanda wanita dan kanak-kanak di seluruh dunia itu haruslah diambil perhatian.  Ia bukan hanya menjadi masalah mereka yang menghadapinya tetapi juga menjadi masalah kita bersama dan perlu penyelesaian segera.

Seterusnya, Ustazah Aisyah  selaku panel kedua menjelaskan bahawa sebenarnya semua masalah yang dihadapi oleh wanita dan kanak-kanak ada penyelesaian yang tuntas. Satu-satunya penyelesaian adalah umat Islam mesti lah kembali kepada hukum Syariat Islam. Seluruh kaum Muslim mesti lah bersatu untuk mengembalikan Khilafah Islamiyah yang merupakan kekuasaan tunggal yang akan melangsungkan kehidupan Islam secara kaffah yang akan dipimpin oleh seorang Khalifah.

Di akhir program, para peserta dan panel diskusi sempat bergambar sempena Kempen Tolak Obama 2.0 untuk menyatakan bantahan terhadap kedatangan pengganas No.1 dunia ke Malaysia, tanah air tercinta.  MHTM Cawangan Kuala Lumpur mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang hadir ke program ini. Semoga Allah SWT memberikan kita taufik dan hidayahNya serta kekuatan untuk bangkit memperjuangkan Islam.
 

alt
 
alt