SN565 – Wahai Kaum Muslimin! Wahai Tentera Kaum Muslimin! Kami Menyeru Kalian Untuk Bergerak.

Sesungguhnya Musuh Kalian, Trump Telah Menunjukkan Taringnya, Maka Patahkanlah ia Dengan Pedang-pedang Kalian!

SN565

14 Februari 2020 M / 21 Jamadil Akhir 1441 H

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam sebuah pertemuan yang berlangsung malam ini antara Trump dan Netanyahu di Washington, Trump telah menyerlahkan permusuhannya terhadap umat Islam dan Al-Quds Palestin, yang disambut dengan tepukan oleh Netanyahu berserta penyokong dan pengikutnya…Trump telah mengumumkan bahawa dia telah menyediakan pelan yang adil untuk orang-orang Yahudi dan Palestin! Dia seolah-olah mengatakan: “Keseluruhan Palestin adalah untuk orang-orang Yahudi dan tiada sedikit pun untuk orang-orang Palestin. Keseluruhan Al-Quds, kesemua penempatan, Nablus dan kawasan sekitarnya, Lembah Jordan dan pinggirannya adalah untuk orang-orang Yahudi, manakala selebihnya tertakluk kepada rundingan antara orang-orang Palestin dan Yahudi”. Hakikatnya, boleh dikatakan bahawa sudah tiada apa pun yang boleh dirundingkan lagi. Trump mendakwa bahawa inilah peluang pertama dalam tempoh lebih 70 tahun bagi penduduk Palestin untuk mendapatkan sebuah negara di Palestin! Tambahnya lagi, dia telah mengadakan pertemuan dengan 55 penguasa dunia Islam di Arab Saudi ketika awal pemerintahannya, dan kesemua mereka bersetuju dengannya. Kemudian dia (Trump) menjanjikan bantuan kewangan sebanyak 50 bilion dolar kepada Palestin apabila pelannya terlaksana. Selepas itu dia mengungkapkan dengan lidahnya bahawa Khilafah telah mati, semoga Allah (swt) mematikan lidahnya.

Majlis ucapan yang menyaksikan Trump mengemukakan pelannya, dan kata-kata keji yang diungkapkannya dalam majlis tersebut, kesemua ini membongkar keYahudian Trump melebihi orang-orang Yahudi itu sendiri, dalam merampas Palestin. Sesungguhnya Trump tidak akan sama sekali berani berbuat demikian, jika tidak kerana pengkhianatan para penguasa kaum Muslimin terhadap agama, umat dan tanah mereka sendiri! Trump berlagak seolah-olah Palestin adalah harta peribadinya, yang boleh diagih-agihkannya sesuka hati, manakala para penguasa Muslimin seperti pekak, bisu dan buta untuk memahaminya. Lebih buruk, sebahagian mereka malah menghadiri majlis yang penuh kejahatan itu! Sungguh Trump bukan sahaja puas melihat para penguasa ini tidak membantah pelannya, malah dia lebih puas apabila melihat para penguasa ini bergembira dengan pelan tersebut!

Bagaimana pun, Trump sebenarnya telah berlebih dalam membuat perkiraan…dia membuat perkiraan tersebut berdasarkan apa yang dia lihat daripada para penguasa yang tunduk kepadanya ini, seolah-olah seluruh dunia tunduk dan bergantung kepada takhta-takhta para penguasa yang zalim ini. Trump juga menganggap bahawa para penguasa ini akan kekal selama-lamanya di tampuk pemerintahan dan mereka akan terus mengangkat serta memuji-mujinya, di samping menganggap bahawa Palestin dan Al-Quds berada dalam genggamannya, yang dengan itu dia bebas membuat keputusan atau memperniagakannya dengan dolarnya! Dari satu sudut, adalah lebih baik bagi kaum Muslimin jika penguasa ini terus kekal seperti ini, kerana sesungguhnya keadaan sedang berubah. Mungkin Trump akan sedar, bagaimana Al-Quds dahulu pernah dikotori oleh tentera Salib, lalu dibersihkan oleh Salahuddin, begitulah keadaan kaum Muslimin yang tidak akan pernah terputus adanya golongan yang soleh, yang dengan izin Allah (swt) akan merealisasikan bisyarah (khabar gembira) Rasulullah (saw) dengan tangan-tangan mereka; yang akan menghapuskan entiti Yahudi serta mengusir para pendukung kaum terlaknat itu ke tempat asal mereka, itu pun jika masih tersisa tempat tersebut untuk mereka.

Sementara itu, Trump telah menipu dirinya sendiri apabila dia mengatakan bahawa Khilafah telah mati, kerana tidak ada keraguan yang Presiden Amerika Syarikat itu sebenarnya tahu bahawa “Khilafah” yang dirujuk olehnya itu bukanlah Khilafah yang telah dijanjikan oleh Rasulullah (saw)…kerana insya Allah Khilafah (yang dijanjikan oleh Rasulullah itu) akan kembali  sedikit masa lagi melalui tangan-tangan mereka yang mengusahakannya, sebagaimana Rasulullah (saw) menjanjikan bisyarah mengenai pembukaan Kota Konstantinopel dan diraih melalui tangan Muhammad al-Fateh dan tenteranya. Demikian juga kelak bisyarah Rasulullah (saw) mengenai peperangan ke atas Yahudi yang akan direalisasikan melalui tangan-tangan tentera kaum Muslimin, sebagaimana yang diriwayatkan dalam Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah (ra), bahawa Rasulullah (saw) bersabda, “Tidak akan berlaku kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi dan membunuh mereka” [HR Muslim].

Sesudah itu akan diikuti oleh penghapusan entiti Yahudi yang merampas Palestin, sekali gus menyucikan bumi yang diberkati itu daripada kotoran mereka, dan kembalinya Darul Islam (Negara Islam), kerana sesungguhnya umat Islam adalah umat yang ‘hidup’ yang tidak akan lena di saat berhadapan dengan kezaliman. Sekiranya Trump, para pengikutnya, Netanyahu dan para penyokongnya beranggapan bahawa perkara (bisyarah) ini sebagai mustahil untuk terjadi dan mereka beranggapan bahawa para penguasa Muslimin yang khianat itu akan terus kekal berkuasa, serta Khilafah tidak akan kembali, maka (kami katakan) itu semua hanyalah anggapan kamu yang akan hanya membinasakan kamu dengan izin Allah (swt), sebagaimana firman-Nya, “Dan sangkaan kamu yang demikian, yang kamu sangka terhadap Tuhan kamu, itulah yang telah membinasakan kamu (dengan sangkaan kamu yang salah itu) maka jadilah kamu daripada orang-orang yang rugi!” [TMQ Fussilat (41): 23].

Sungguh idak mustahil yang Trump akan menyaksikan kembalinya Khalifah (bagi) Islam dan kaum Muslimin, sebelum tamat tempoh pentadbirannya, dan kegerunannya terhadap bala tentera kaum Muslimin akan membunuhnya sebelum dia terjun ke dalam peperangan menghadapi tentera tersebut. Firman Allah (swt), “Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) berita Al-Quran setelah beberapa waktu lagi.” [TMQ Sad (38): 88].

Wahai kaum Muslimin! Wahai tentera kaum Muslimin! Trump telah menunjukkan taringnya, dengan mengumumkan pelan jahatnya untuk mendukung entiti Yahudi dan mengukuhkan cengkamannya ke seluruh tanah Palestin… Jenayah ini perlu dibalas dengan segenap kekuatan bagi mematahkan taring Trump, dengan menghapuskan entiti Yahudi yang jahat itu, serta mengembalikan Palestin sepenuhnya kepada Darul Islam…Oleh itu, respons terhadap pelan Trump ini tidak seharusnya dibuat seperti mana yang dilakukan oleh para penguasa Muslimin saat ini. Respons terhadap pelan Trump ini tidak cukup dengan penentangan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza semata-mata, sekuat mana sekalipun ia diberikan. Dengan menyatakan bahawa Palestin adalah isu penduduk Palestin semata-mata, inilah yang membawa kepada terlepasnya Palestin daripada penduduknya. Sesungguhnya isu ini bukan sahaja isu bagi bangsa Arab sahaja, bahkan di sisi syarak, ia merupakan isu seluruh umat Islam.

Selain itu, respons yang diberikan tidak memadai dengan laungan semata-mata, betapa kuat sekali pun ia, kerana laungan bagi kaum Muslimin seharusnya ditujukan kepada tentera untuk berjihad, sebagai pembakar semangat dan motivasi untuk mereka…Tambahan lagi, respons melalui laungan sama sekali tidak akan menghapuskan entiti Yahudi, yang menjadi akar permasalahan kepada jenayah ini. Respons seharusnya datang dari negara, dengan menggerakkan tentera bagi mencabut entiti Yahudi sehingga ke akarnya, kerana Yahudi telah merampas Palestin dan mendirikan negara untuk mereka, dengan persekongkolan dan pengkhianatan daripada para penguasa Muslimin. Justeru, entiti haram Yahudi ini akan hanya dapat dicabut sehingga ke akarnya oleh negara yang mengerahkan bala tentera untuk tujuan tersebut. Oleh itu, respons seharusnya melalui salah satu atau kedua-dua cara berikut:

Pertama: Usaha yang serius dan gigih untuk mengembalikan kehidupan Islam, dengan menegakkan Khilafah yang akan menggerakkan tentera kaum Muslimin untuk memerangi Yahudi sekali gus menghapuskan entiti mereka, serta mengembalikan keseluruhan Palestin kepada Darul Islam.

Kedua: Inilah realiti kita pada hari ini di mana tiadanya Khilafah. Memerangi kaum Kuffar, khususnya yang menjajah tanah kita, tidak boleh terhenti sama ada wujud Khilafah atau pun tidak. Memerangi kaum Kuffar adalah wajib, tidak kira sama ada penguasa umat Islam itu adalah Khalifah atau pun penguasa yang tidak memerintah dengan Islam. Menjadi kewajipan bagi tentera kaum Muslimin untuk bergerak memerangi Yahudi, menghapuskan entiti jahat mereka, dan mengembalikan semula Palestin kepada Darul Islam. Seandainya para penguasa kaum Muslimin ini bersetuju untuk mengerakkan tentera, nescaya mereka akan bertindak sewajarnya. Namun, jika mereka cuba menyekat atau menjadi penghalang kepada tentera daripada berperang, maka hendaklah ada “Salahuddin” daripada kalangan tentera yang akan menginjak-injak penguasa ini dengan kakinya, lalu dia menggerakkan bala tentera  bagi membersihkan bumi yang diberkati itu daripada najis Yahudi, sebagaimana suatu ketika dahulu, Salahuddin membersihkannya daripada najis tentera Salib…

Inilah respons yang wajib dilakukan. Inilah jalan yang jelas bagi mereka yang benar-benar marah terhadap pelan Trump, atau mereka yang berang terhadap keberadaan entiti Yahudi, yang ingin menghapuskan entiti haram tersebut serta ingin mengembalikan Palestin kepada Darul Islam. Maka hendaklah ia berpegang teguh kepada jalan ini dan berjuang bersungguh-sungguh dalam kebenaran dengan penuh keikhlasan seraya bertawakkal kepada Allah (swt) yang Maha Gagah lagi Perkasa. Allah (swt) berfirman, “Untuk memperoleh (kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia)” [TMQ As-Safat (37): 61].

Sebagai penutup, Hizbut Tahrir telah menjelaskan kepada kalian bagaimana respons yang sewajarnya terhadap pelan Trump, sebuah pelan yang pasti akan menemui kegagalan dengan izin Allah (swt). Maka, Hizbut Tahrir menyeru kaum Muslimin dan tentera kaum Muslimin:-

Buat kaum Muslimin, kami menyeru agar kalian mengambil serius apa yang telah disampaikan, serta bangkit untuk bersama-sama kami dengan penuh kesungguhan dan iltizam, dengan ketulusan dan keikhlasan, dalam rangka meraih janji Allah (swt) mengenai Khilafah, sebagaimana firman-Nya, “Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi” [TMQ an-Nur (24): 55]. Di samping itu, kami juga menyeru kalian agar bersama-sama berusaha merealisasikan bisyarah Rasulullah (saw) mengenai kembalinya Khilafah Rasyidah sesudah pemerintahan diktator (mulkan jabariyyatan), sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, dari Huzaifah (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda, “Kemudian akan ada mulkan jabariyyatan dan akan tetap ada atas izin Allah, kemudian Dia akan mengangkatnya jika Dia berkehendak untuk mengangkatnya. Kemudian akan kembali Khilafah yang mengikuti jalan kenabian” [HR Ahmad].

Buat tentera kaum Muslimin, kami menyeru kalian agar mengikat segala apa yang telah kami sampaikan ini di mata tombak kalian. Justeru, kami memohon nusrah (pertolongan) kalian untuk mengubah rejim-rejim yang mencengkam bumi umat Islam ini, bagi mendirikan Khilafah Rasyidah ala minhaj nubuwwah, serta mengembalikan semula kegemilangan umat ini dan kekuasaan mereka, sekali gus melindungi tanah-tanah mereka…Jadilah kalian seperti golongan Ansar yang menolong agama Allah (swt) dan Rasul-Nya (saw) sehingga Dia (swt) memuji mereka dalam ayat-ayat-Nya, manakala para malaikat berlumba-lumba untuk memberikan penghormatan ke atas jenazah pemimpin Ansar, Sa’ad bin Mu’adz (ra) di saat kematiannya. Imam at-Tirmidzi meriwayatkan daripada Anas bin Malik (ra) bahawa Rasulullah (saw) bersabda di waktu kematian Sa’ad bin Mu’adz (ra), “Sungguh para Malaikat mengusung jenazahnya” [HR at-Tirmidzi]. Demikianlah kemuliaan golongan Ansar dan orang-orang yang menuruti jejak langkah mereka, radhiallahu ‘anhum wa ardhahum.

“Ini adalah penjelasan yang sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya mereka mengetahui bahawasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran” [TMQ Ibrahim (14): 52].

4 Jamadil Akhir 1441 H
29 Januari 2020 M

Hizbut Tahrir

Muat turun untuk cetakan