Soal Jawab: Konspirasi Terkini Ke atas Syria
Soalan:
Apa yang berlaku di Daraa iaitu kemasukan cepat rejim Asad ke kawasan yang dihindari selama bertahun-tahun lamanya dan diikuti dengan kawasan Quneitra dan sebelum itu Ghouta dan sebelum , Aleppo dan kawasan-kawasan sekitarnya dan sekarang semua orang memberi tumpuan terhadap Idlib. Ini menunjukkan bahawa ada perkara-perkara yang perlu dikaji. Kita telah melihat peranan Amerika serta kelicikannya, dan peranan pihak-pihak yang memberi sokongan ,dan manipulasi mereka serta persetujuan secara tidak langsung oleh negara-negara yang memberi jaminan untuk mengurangkan peningkatan peperangan seperti Turki atau pihak yang terlibat seperti Rusia. Apakah yang telah berlaku dan apakah yang sedang berlaku? Bagaimanakah negara-negara tersebut melakukan campur tangan dalam revolusi Syria melalui cara ini? Apakah peranan yang mereka mainkan? Apakah yang akan seterusnya berlaku?
Jawapan:
1- Setelah peperangan bermula pada tahun 2011 dan ancaman tersebut untuk menggulingkan Bashar Asad yang merupakan agen Amerika, dan tersebarnya perasaan Islam yang mendalam, dan ancaman untuk mengubah rantau tersebut ke arah Islam, revolusi Syria telah menyaksikan perubahan daripada dua sudut yang amat penting: dari satu sudut ia menunjukkan wujudnya kekuatan tempatan yang tidak mahu mengikut telunjuk Amerika atau Eropah. Maka untuk pertama kali terdapat kekuatan unik yang tumbuh dalam diri umat Islam tanpa penguasaan kuffar ke atasnya. Dari sudut kedua, Amerika yang merupakan sebuah kuasa yang berpengaruh di Syria dan di dunia telah gagal menghentikannya. Hal ini kelihatan menakjubkan! Syria tidak menjadi konflik antarabangsa. Tetapi persengketaan itu adalah persengketaan di antara Amerika, pengikut-pengikutnya dan agen-agennya yang menentang rakyat Syria. Eropah tidak mempunyai pengaruh di Syria serta di tempat-tempat lain seperti Yaman dan Libya. Amerika mengawal rejim ini serta mengawal pengikut-pengikut dan agen-agennya. Konflik ini adalah di antara Amerika serta pengikut-pengikutnya menentang rakyat Syria yang ikhlas. Namun revolusi Syria telah menbuatkan Amerika tidak dapat tidur nyenyak sehinggakan mantan Presiden Obama menyebut bahawa rambutnya boleh beruban memikirkannya:” Saya amat yakin bahawa sebahagian besar uban rambut saya muncul setelah menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang membahaskan isu-isu Syria” katanya. (Akhbar Ra’i Al Youm, 5/8/2016)
2- Amerika telah melaksanakan dua cara yang berbeza untuk mencapai matlamat tertinggi Amerika di rantau itu iaitu menghapuskan revolusi Syria dan meneruskan pemerintahan agennya :
a- Cara pertama: memberikan semua bantuan kewangan dan ketenteraan kepada rejim di Damsyik supaya rejim tidak tumbang, termasuk mendorong Iran dan militarinya ke Syria untuk berperang bersama-sama Bashar, dan kemudian mendorong Syria dengan cara yang sama. Presiden Rusia, Putin, mengumumkan campur tangan Rusia di Syria pada akhir September 2015 dengan serta merta setelah pertemuannya dengan mantara presiden Amerika Obama di New York. Amerika tidak membenarkan semua badan dan institusi antarabangsa mengkritik rejim Bashar walaupun rejim itu bertindak kejam dengan pengunaan senjata kimia. Walau pun Amerika mengancam rejim itu jika rejim Bashar menggunakan senjata kimia namun Amerika tidak berbuat apa-apa kerana Amerika tidak mahu rejim itu tumbang. Itulah yang berlaku: Apabila rejim itu menggunakan senjata kimia di Ghouta pada 21/8/2013, Amerika menghantar kapal perangnya untuk mengebom rejim itu tetapi serangan Amerika itu tidak sampai ke tahap sehingga menumbangkan rejim itu sebelum agen alternatif yang boleh menggantikan Bashar telah matang kerana Amerika tidak melihat Pakatan Kebangsaan Syria yang mereka tubuhkan mampu untuk mengisi kekosongan itu apatah lagi agen alternatifnya itu telah terbukti memiliki hubungan dengan Amerika serta agennya. Oleh itu Amerika berundur dan pengundurannya menjadi bukti jelas untuk semua orang mengetahui bahawa Amerika ingin mengekalkan rejim itu walaupun rejim itu melancarkan serangan kimia yang kejam…namun revolusi di Syria masih teguh malah semakin menampakkan kemajuan.
b- Cara kedua iaitu cara paling berbahaya adalah mengekang (revolusi itu); Amerika mengumumkan bahawa ia bersama-sama revolusi Syria, menipu pendokong-pendokong revolusi itu kerana ia tidak memerangi mereka secara terbuka, jika pendokong revolusi itu sedar mereka sepatutnya tahu bahawa Amerika memperalatkan pihak lain untuk tujuan itu! Kami telah pun menyebutkan perkara ini dalam penerbitan yang diterbitkan pada 11/10/2015, yang menyatakan:” … inilah tragedi; Amerika telah menunjukkan bahawa ia bersama-sama pihak pendokong revolusi, dan sukar baginya untuk memerangi mereka secara terbuka, dan mereka telah menjejaskan rejim itu tetapi pilihan Amerika belum matang lagi. Maka Amerika melakukan taktik kotor dan tindakan kejam dengan menyerahkan kerja kotor ini kepada Rusia yang menyokong rejim itu secara terbuka dan memerangi pendokong revolusi itu secara terbuka mengikut telunjuk Amerika dan itulah episode yang berlaku… Rusia melaksanakan peranan keji dan terkutuk di Syria itu bagi memenuhi kehendak Amerika!”
Maka Amerika telah menyatakan bahawa mereka menyokong pembangkang dengan wang dan senjata tetapi semuanya cuma cakap-cakap kosong tanpa sebarang tindakan! Kerana Amerika mengalang ketibaan sebarang senjata yang berkesan untuk menyokong revolusi itu melalui Turki atau Jordan,dan telah mengirim bantuan seperti jaket kalis peluru hanya untuk melakukan tipu daya dan mengukuhkan idea bahawa ia menyokong revolusi itu. Ia juga mengumumkan bantuan dan latihan yang hanya bermanfaat kepada orang tertentu sahaja yang kadangkala tidak melebihi lima. Matlamatnya ialah untuk menarik pihak-pihak itu ke arahnya. Amerika berharap dakwaan itu akan didedahkan tidak lama lagi atau kemudian, maka ia memperalatkan pengikut-pengikutnya di rantau itu khasnya Turki dan Arab Saudi di era Raja Salman pada awal tahun 2015. Negara-negara itu ditugaskan oleh Amerika untuk mengekang revolusi itu dan mendapatkan kesetiaan pemimpin-pemimpin kumpulan-kumpulan itu serta menlemahkan ciri-ciri Islam yang terdapat pada revolusi itu. Kedua-dua buah negara menggunakan perisikan mereka untuk mencapai matlamat ini beserta dengan sokongan kewangan,(pendakwah-pendakwah) jahat, dan Amerika menyediakan perlindungan, pentas media dan wang.
3- Oleh kerana revolusi di Syria pada masa itu amat teguh dengan matlamatnya dan Islam, adalah perlu untuk menggunakan cara-cara yang berada di bawah pengaruh Amerika malah sesetengah sumber melaporkan bahawa sesetengah kumpulan di Syria telah menerima hamper yang bernilai hamper satu billion dollar ! Melalui bantuan kewangan yang banyak di pentas media, peranan media, dan perlindungan, serta pengikut-pengikut Amerika iaitu “Saudi dan Turki” berjaya mempengaruhi pembangkang dan kumpulan-kumpulan pejuang dan mereka menjadi penghubung dengan perisikan negara-negara tersebut, hinggalah setiap dari kedua-dua buah negara khasnya melalui unsur-unsur kewangan dan kuasa media, mereka berjaya menonjolkan pemimpin-pemimpin tersebut dan mengangkat kedudukan mereka serta mengawal mereka melalui kumpulan-kumpulan tersebut! Amerika, menggunakan semua ejen-ejennya dan peralatan mereka di rantau itu, untuk mengalih revolusi Syria dan mengelirukan matlamatnya. Ia mengisytiharkan bahawa misinya di Syria dan pakatan antarabangsanya adalah untuk memerangi ‘keganasan’ iaitu memerangi kumpulan-kumpulan yang memperjuangkan revolusi Syria. Walaupun ia terlibat dalam perang Syria sejak 2014, pengebomannya terhad kepada serangkan ke atas kumpulan-kumpulan yang ia panggil sebagai ‘pengganas’. Ia tidak menyerang tentera Bashar dan ia melakukan koordinasi dengan Rusia. Walaubagaimana pun ramai pemimpin pihak-pihak pejuang mempercayainya (Amerika) dan menyelaraskan operasi dengan pihak perisikannya iaitu MOM dan MOC, malah bersama-sama dengan Amerika menggelar operasi itu “peperangan terhadap keganasan” yang mengakibatkan perang saudara dan menumpahkan darah yang diharamka oleh Islam. Ini mengelirukan revolusi Syria yang berperang di dua barisan, iaitu barisan Amerika memerangi “keganasan” yang ditambah ke atas perjuangan asal iaitu “menggulingkan rejim”. Kumpulan-kumpulan itu ditekan oleh Turki dan Arab Saudi disamping tekanan antarabangsa untuk bersama-sama dengan Amerika dan memesongkan mereka daripada perjuangan asal!
Campur tangan Turki di bawah operasi yang digelar sebagai “Perisai Euphrates” adalah hasil daripada tindakan keji Amerika ini. Turki meminta kumpulan yang berada di bawah telunjuknya supaya menarik diri daripada peperangan di Aleppo dan menuju ke utara untuk memerangi ISIS. Maka tentera Bahar dan sekutunya, Rusia dan Iran, berjaya menakluk kota Aleppo di akhir tahun 2016, dalam sebuah operasi yang boleh disifatkan sebagai penyerahan kota Aleppo oleh Turki kepada Rusia dan kemudian kepada rejim Asad! Penerimaan kumpulan-kumpulan pejuang terhadap arahan Turki itu dan pengundurannya daripada peperangan di Aleppo serta penglibatannya bersama-sama Amerika memerangi “keganasan” adalah petanda berbahaya, kerana ia jelas menunjukkan bahawa kepimpinan kumpulan-kumpulan itu yang telah disuap dengan jutaan dolar yang mempunyai pengaruh kuat ke atas kumpulan-kumpulan tersebut. Ia juga membolehkan Amerika yang telah menunggu sekian lama untuk menghapuskan revolusi Syria. Bahkan matlamat itu berjaya dicapai oleh Amerika setelah Amerika dan pengikutnya berjaya mendapatkan kesetiaan ramai dari kalangan pemimpin-pemimpin kumpulan pejuang.
Kemudian Erdogan mengulangi scenario sebagaimana operasi “Perisai Euphrates”. Erdogan yang dinamakan operasi “Ranting Pokok Zaitun” (Perdamaian) untuk membolehkan rejim Asas memasuki Idlib. Apabila rejim Syria itu mara untuk memasuki Idlib dan mengepung pengkalan udara Abu Al-Duhur, Erdogan memesongkan pejuang dan menyuruh mereka berperang di Afrin! Hampir 25 ribu pejuang pembangkang yang terlibat dan ketua tentera di Failaq (tentera) Ash-Sham, Yasser Abdul Rahim, mengesahkan bahawa sekitar 25 ribu pejuang daripada Tentera Pembebasan Syria terlibat dalam operasi tentera Turki di Afrin … (akhbar Russia Today: 23/1/2018). Ini diketahui dan dipersetujui Amerika. Menteri Luar Negeri Turki Mouloud Gaoucheğlu mengatakan beliau “telah membincangkan krisis Syria dan isu unit-unit keselamatan sempadan dengan Setiausaha Pertahanan Amerika James Matiss pada hari Isnin (15/1/2018) di Kanada,” (Anadolu Agency 17/1/2018). Ini disahkan oleh kenyataan-kenyataan Amerika, yang menunjukkan operasi Perdamaian itu dan kawasan Afrin serta pergerakan tentera Turki dilakukan sepenuhnya dengan izin Amerika melibatkan koordinasi Rusia dan Amerika, dan daripada kenyataan-kenyataan itu:” Markas Pusat tentera Amerika mengatakan Turki telah memberi taklimat kepada mereka tentang operasi di kota Afrin.” (Quds Press, 21/01/2018)
4- Kerangka dasar Amerika di Syria setelah penyerahan daerah Aleppo adalah seperti berikut:
a- Menenangkan Syria: Turki telah memaksa kumpulan-kumpulan yang berkaitan dengannya untuk berunding mengenai gencatan senjata di Astana, ibukota Kazakhtan, dengan Bashar, Iran dan Rusia. Hasil dari perundingan ini adalah kononnya terjadi “pengurangan persengketaan” yang bergerak dari satu rantau ke rantau lain. Ia tiba di selatan Syria di mana kumpulan-kumpulan pejuang yang sebelumnya tidak terlibat dengan perundingan di Astana akhirnya setuju untuk terlibat. Dalam tempoh dua tahun perundingan, Turki muncul sebagai penjamin perjanjian bersama-sama Rusia dan Iran. Kekuatan revolusi itu pada peringkat awal revolusi bejaya menghalang sebarang gencatan senjata. Ia adalah matlamat yang tidak dapat dicapai oleh pentadbiran Obama tetapi ia berjaya dicapai di akhir pentadbiran Obama pada tahun 20116 dan kemudian dibawah pentadbiran Trump mula memerintah.
Memenangkan Syria bermakna Amerika memberi ruang kepada perundingan tanpa memberi ancaman langsung untuk menggulingkan rejim Bashar secara ketenteraan tetapi mewujudkan perundingan yang mengesahkan dan memberi pengiktirafan kepada rejim Bashar. Oleh itu keputusan yang dibuat langsung tidak memasukkan sebarang rujukan untuk mengenepikan Bashar. Ini adalah kerana Amerika memperalatkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan (UN), yang Amerika kuasai dan mengirim pengikut-pengikutnya, dutanya, hitam, hijau dan putih, daripada Kofi Annan , Lakhdar Brahimi hinggalah de Mistura, dan Amerika terus menganjurkan persidangan Geneva untuk menghimpunkan pembangkang-pembangkang dan pihak rejim, bermula daripada Persidangan Konferen Geneva 1 pada 30/6/2012, kesemuanya adalah pengiktirafan terhadap rejim dan mengekalkannya. Disamping itu dianjurkan persidangan di Vienna, iaitu Vienna 1 and 2 pada tahun 2015. Salah satu perkara penting dalam persidangan Vienna 2 adalah mengekalkan identiti sekular negara Syria dan institusinya. Keputuan terkini adalah keputusan yang dibuat oleh Amerika sendiri pada 18/12/2015 yang diterima sebulat suara oleh Majlis Keselamatan adalah keputusan yang merumuskan semua keputusan dan keputusan persidangan Geneva dan Vienna berkaitan Syria, and dirumuskan dalam resolusi tunggal, iaitu Nombor 2254.
Keputusan itu menjadi rujukan untuk semua solusi politik di Syria dan semua negara menyeru ia dilaksanakan termasuk kumpulan-kumpulan bersenjata di Syria yang berada di bawah pengaruh negara-negara penyokong yang meyeru supaya keputusan itu dilaksanakan. Resolusi itu tidak meminta supaya Bashar digulingkan! Ini mengesahkan perlindungan Amerika ke atas Bashar dan rejimnya, inilah keadaannya hinggalah penyerahan kota Aleppo, dan kemudian pemaksaan ke atas kumpulan bersenjata supaya tidak berperang dengan Bashar tidak dapat dielakkan, dan kemudian mereka dipaksa untuk melakukannya dan mematuhi gencatan senjata, membiarkan rejim Bashar bersama-sama Rusia dan Iran (penjamin-penjamin pengurangkan persengketaan) untuk menawan satu persatu kawasan-kawasan pejuang. Penjamin ketiga iaitu Turki tidak berbuat apa-apa pun walaupun perjanjian itu dikhianati! Rejim Bashar mengebom Lembah Barada, ketika dakwat perjanjian pertama untuk mengurangkan persengketaan pada awal tahun 2017 masih belum kering lagi, walau pun pelanggaran itu disaksikan depan mata penjamin! Tetapi pengkhianatan itu melibatkan perisikannya apabila rejim Bashar memulakan peperangan di timur Ghouta, kononnya dalam operasi “memerangi keganasan” di Ghouta. “Jurucakap presiden Turki Ibrahim Kalin dalam siding akhbar pada hari Rabu kepada saluran berita TRT mengatakan Turki tidak mahu kewujudan pertubuhan pelampau di timur Ghouta.” (Reuters, 15/3/2018) . Beliau mengatakan perkara ini ketika rejim Bashar, Russia, Iran and pengikut mereka mengebom Ghouta denan kejam yang menunjukkan seolah-olah Presiden Turki, Erdogan, merestui tindakan itu!
b- Untuk terlibat bersama-sama dengan dasar Amerika atas alasan “memerangi pengganas” : Setelah Presiden Amerika Trump mengumumkan hasratnya untuk menghancurkan ISIS, dan untuk melanjutkan peperangan di Mosul, Amerika meneruskan dasar ini pada empat 4 perkara :
– Perkara Pertama: tentera Amerika memimpin kumpulan Kurd, yang disokong Amerika untuk mengusir ISIS keluar dari Raqqa, dan ia juga memimpin kumpulan lain di timur Syria untuk memerangi ISIS. Maka puak Kurd memiliki penguasaan yang lebih besar ke atas bahagian utara Syria khususnya di kawasan Kurd di Syria. Kekuatan Kurd yang utama adalah Parti Demokratik Kurd (KDP). Dengan sokongan Amerika, ia dapat merampas kawasan terbesar daripada penguasaan ISIS dan mengambil alih semua kawasan di timur Euphrates; iaitu 28 % daripada Syria, dan ia merupakan kawasan yang kaya dengan minyak dan gas, serta kaya dengan sumber air dan pertanian, daripada Kobani hingga Raqqa, kawasan Bukamal dan Deir al-Zour. Dan ini semua tidak menjejaskan rejim Bashar. Tentera Kurd bergerak mengikut arahan Amerika dan oleh itu ia tidak menentang rejim Bashar. Baru-baru ini terdapat banyak sebaran media telah menyebarkan laporan tentang penyerahan kawasan-kawasan kepada rejim Bashar oleh Unit Perlindungan Rakyat, yang merupakan komponen kekuatan demokratik Syria yang terbesar, atas arahan Amerika, berasaskan perjanjian yang ditandatangani di Damsyik dan Qamishli.
“Pemimpin Majlis Kebangsaan Kurd di Syria, Fuad Aliko, mendedahkan alasan dan pertimbangan yang mendorong Parti Kesatuan Demokratik Kurd (PYD) untuk mengadakan perjanjian yang tidak diisytiharkan dengan rejim Bashar, dan rejim Bashar memperolehi kawasan-kawasan yang terletak di bawah kawalan tentera Kurd berasaskan fasal-fasal perjanjian itu termasuk kejiranan An-Nashwa neighbourhood di Hasaka,dan kawasan-kawasan lain di timur Sungai Euphrates.” (https://arabi21.com, 16/07/2018) dan laman web Herapolis website (http://www.hierapolis.net(memetik sumber persendirian yang tidak dinamakan, bahawa sebuah mesyuarat telah diadakan pada hari Sabtu lalu, “di antara tokoh-tokoh kententeraan KDP, militari yang mewakili Majlis Ketenteraan Munbaj, dan pegawai-pegawai rejim Assad di ibu pejabat Parti Baath di kota Aleppo”. Beliau menambah mereka telah membincangkan “penyerahan zon keselamatan di kota Manbaj kepada kententeraan rejim disamping Empangan Syuhada (Empangan Tishreen) di tenggara kota itu.” (www.qasioun-news.com, 11/07/2018). Pemimpin-pemimpin kumpulan Kurd di utara Syria berada di bawah kawalan Amerika dan jika Amerika mahu mereka kembali ke pangkuan ejen mereka iaitu Bashar, mereka tidak akan menolak. Terdapat tanda-tanda bahawa perkara ini telah berlaku. Laman akhbar
“Ra’i Al-Youm”, 7/6/2018 menyebut bahawa pemimpin Kurd Salih Muslim menyatakan tentang hasratnya untuk segera mengadakan perundingan dengan rejim Bashar. Dia mengatakan: “Pintu kami sentiasa terbuka kepada sesiapa pun dan kami mendapati terdapat perubahan dalam kenyataan Asad baru-baru ini. Dua bulan dahulu dia mengatakan kami adalah pengganas. Sekarang dia bercakap tentang perundingan. Ini adalah satu kemajuan…dan sebagaimana setiap orang memikirkan tentang kepentingan masing-masing, kami juga akan melakukan perkara yang sama ”. Kenyataan Menteri Luar Negeri rejim Syria, Walid al-Muallem sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Al-Arab yang berpengkalan di London, 27/9/2017: “ Puak Kurd Syria menginginkan satu bentuk autonomi dalam sempadan Republik Arab Syria, dan ini bergantung kepada perundingan dan dialog”.Rejim Asad dan Kurd adalah kad-kad (boneka) Amerika yang tidak menjadi halangan kepada penyelesaian politik. Apa yang Amerika ingin mereka lakukan tidak akan ditolak oleh mereka mahupun oleh rejim Asad, sama ada mereka kekal seperti yang sedia ada seperti sebelum tahun 2011 atau dengan pemerintahan autonomi sendiri dalam Syria.
– Perkara kedua: Peperangan yang diketuai oleh Turki dalam peperangan Perisai Euphrates di utara Aleppo pada 24/08/2016 dan kemudian operasi Olive Branch pada 20/01/2018, Turki telah memudahkan rejim Asad memasuki Aleppo dan selatan Idlib. Ini berlaku kerana kumpulan-kumpulan tersebut diarahkan oleh Turki dan meninggalkan peperangan melawan rejim Asad, dan disibukkan dengan peperangan yang dipimpin oleh Turki dalam operasi perisai dan operasi olive branch dan akibatnya kota Aleppo dan selatan Idlib ditakluk atau hampir-hampir ditakluk! Sebelum itu, Turki yang sehingga hari ini berada di bawah arahan Amerika, dalam memainkan peranan di Idlib dan memasuki kawasan itu dengan unit peninjau sejak 7/10/2017 dan kemudian menempatkan askarnya serta mewujudkan titik-titik pengawasan menurut perjanjian untuk mengurangkan persengketaan dengan Russia dan Iran … Setelah pertemuan Erdogan dengan Presiden Amerika Trump yang berlangsung pada 21/9/2017 di New York, Trump menggambarkan Erdogan sebagai: “rakan saya” (Anadolu, 21/9/2017) dan perbincangan di antara mereka bertumpu kepada situasi di Syria. Trump bersetuju dengan kemasukan Turki ke dalam Idlib “askar Turki telah memulakan operasi perninjauan di wilayah Idlib Syria bertujuan untuk mewujudkan kawasan untuk mengurangkan ketegangan di bawah perjanjian Astana. (Sky News Arabia 09/10/2017). Menurut halaman web ‘Inab baladi pada 13/5/2018, operasi Turki itu masih berterusan, ia mengatakan: “Turki telah menyempurnakan langkah-langkah yang dimulakan di wilayah Idlib dan ia sedang bergerak dalam dua arah iaitu pertama menempatkan titik-titik kawalan yang dipersetujui dalam perjanjian itu untuk mengurangkan tekanan di Astana, dan yang kedua adalah pengaturan struktur ketenteraan berbagai pihak yang bertugas di sana tanpa kefahaman dengan kumpulan-kumpulan Islam hingga hari ini…Halaman web itu juga menambah: Sejak permulaan tahun ini, titik-titik pemantauan Turki telah ditempatkan di Idlib di sempadan timur Idlib tidak termasuk kawasan Barat, yang menimbulkan pertanyaan tentang sebab yang menghadkan titik-titik itu hanya di bahagian timur sahaja!” Menurut sumber-sumber itu, kumpulan-kumpulan itu menerima sokongan Turki hanya sekali sahaja…Walau pun Turki berbuat demikian namun serangan Rusia berterusan, dan ini merupakan masalah paling meruncing yang berlaku setiap hari di Idlib. Menurut wartawan ‘Inab Baladi yang berada di Idlib dan sekitar kawasan pedalamannya: “serangan udara Rusia mensasarkan selatan Idlib menggunakan peluru berpandu berkuasa tinggi yang didengari di seluruh Idlib.”
– Mengenai Perkara ketiga, Amerika menggerakkan rejim Saudi yang terlibat dengannya dalam pakatan antarabangsa, dan mengisytiharkan bahawa ia bersedia untuk menghantar tentera darat ke Syria demi membantu Amerika dan kepimpinannya. Rejim itu bermain kotor sama seperti rejim Turki dengan menempatkan kumpulan-kumpulan bersenjata yang diracuni (dirasuah)dengan wangnya di bawah pengaruhnya dan menghalang kumpulan-kumpulan tersebut dari bergerak ke jantung ibukota Damsyik walau pun ia berada di hadapan mata mereka malah sesetengah kumpulan berada dekat dengan ibu kota. Itulah yang menyebabkan kumpulan-kumpulan itu menerima perundingan dengan rejim hingga menyebabkan kumpulan-kumpulan yang berada di bawah pengaruh Saudi dan dibiayai oleh Saudi datang ke Riyadh dan bersetuju untuk terlibat dalam perundingan seperti dalam mesyuarat yang dikenali sebagai Riyadh 1 pada 11/12/2015. Kenyataan persidangan Riyadh, dan Riyadh 2 diterbitkan pada 22-24 / 11/2017; dan satu perwakilan bersama dibentuk untuk berunding dengan rejim di Geneva dan Vienna di bawah bimbingan dan perancangan Amerika. Rejim Saudi masih bersedia untuk berkhidmat kepada Amerika. Putera Mahkota Saudi Bin Salman berkata setelah suatu mesyuarat dengan tuannya di Amerika, mengumumkan apa yang telah diarahkan ke atasnya dalam majalah Time Magazine pada 6/4/2018: “Saya tidak yakin Bashar akan pergi begitu sahaja tanpa berperang dan saya tidak percaya bahawa sesiapa pun mahu melancarkan peperangan ini.”
– Perkara keempat adalah tentera Bashar, Iran and Russia: setelah Turki memberi jaminan untuk “mengurangkan persengketaan” di kawasan-kawasan utama ketika pejuang-pejuang di barisan ini berperang di Palmyra dan sampai ke Deir al-Zour, semuanya terjadi membabitkan pengkhianatan Turki dan Arab Saudi serta pengaruh mereka ke atas kumpulan-kumpulan tersebut, mereka memesongkan kumpulan-kumpulan itu supaya tidak memerangi pemimpin yang zalim sebalikanya berperang di tempat-tempat lain dengan helah untuk memerangi “keganasan”. Maka rejim Bashar menarik nafas lega dan dapat mengeluarkan dirinya daripada banyak kekalahan yang ia alami ketika revolusi sedang berlangsung. Ia muncul sebagai suatu kekuatan dalam pusingan perudingan di Geneva dan Astana, di mana ia bercakap dalam kedudukan yang kuat dan menarik dari daripada perundingan. Kumpulan tersebut mula meminta negara-negara tersebut untuk menekan rejim itu supaya menerima perdamaian setelah rejim itu menuntut supaya ia tidak dihancurkan!
c- Menjauhkan diri daripada kawasan-kawasan yang bergolak termasuk Amerika meminggirkan negara-negara Eropah daripada mempunyai pengaruh ke atas keadaan di Syria dan mahu mempastikan keadaan di Syria hanya membabitkan Amerika dan Rusia di peringkat antarabangsa. Walau pun Rusia bukanlah entiti yang berasingan dengan Amerika di Syria, Amerika memperalatkan Rusia untuk membantu Bashar sebagai suatu cara untuk melakukan perundingan tentang Rusia di peringkat antarabangsa demi menghalang campur tangan Eropah. Satu lagi perkara yang sama-sama penting adalah usaha Amerika untuk mengurangkan kawasan-kawasan bermasalah di rantau itu iaitu Qatar dan Jordan. Berkaitan dengan Qatar, Amerika telah mengarahkan Arab Saudi dan Mesir supaya bermusuhan dengan Qatar dan telah melakukan pemulauan menjelang pertengahan tahun 2017 serta menuduhnya menyokong “keganasan” di Syria. Ini menyebabkan rejim di Qatar mendapati dirinya diancam secara langsung oleh ejen-ejen Amerika. Oleh itu ia tidak meneruskan lagi campur tangannya di Syria dan menamatkan peranan aktifnya. Mengenai Jordan pula, Jordan dan perisikannya telah menjalin hubungan erat dengan kumpulan-kumpulan di selatan Syria dan ini memihak kepada Britain dengan harapan dapat pengaruh di Syria … Untuk menghadkan pengaruh ini, Amerika telah memulakan sendiri perundingan secara terbuka dengan Rusia dengan helah untuk “mengurangkan ketegangan” di selatan Syria. Oleh itu Amerika memberi kesempatan kepada rejim Bashar untuk menguasai sepenuhnya selatan Syria dan menamatkan atau hampir menamatkan pengaruh Jordan.
Amerika menghancurkan sebarang harapan kumpulan-kumpulan itu yang ingin Amerika membantu mereka! Seperti yang dipetik oleh media, sesetengah kumpulan itu baru sedar dari kejahilan mereka dan mereka mengatakan bahawa Amerika telah menipu mereka! Baru sekarang mereka sedar?
5- Jika dasar Amerika dan dasar pengikut-pengikutnya diteliti, khasnya Turki dan Arab Saudi, serta Mesir (kerana Mesir menghadapi masalah dalaman), kita akan mendapati bahawa Amerika sedang berusaha dengan serentak bagi melaksanakan semua strategi yang ditetapkannya terhadap Syria dan seperti yang disebut di atas, ia memberi peluang seluas-luasnya kepada rejim Bashar, Rusia dan Iran untuk menyerang pembangkang, dan ia juga mengecewakan pembangkang yang berharap Amerika akan membantu mereka. Apabila rejim Bashar melancarkan kempen memerangi Daraa dan kawasan di selatan, dengan sokongan pesawat Rusia, Amerika mengirim pesanan kepada Tentera Pembebasan Syria melalui kedutaannya di Jordan pada on 23/6/2018: “Kami memahami bahawa kamu mesti mengambil keputusan mengikut kepentingan anda dan kepentingan keluarga anda serta kumpulan anda sebagaimana yang kamu kehendakki, dan kamu tidak sepatutnya membuat keputusan berasaskan anggapan atau harapan bahawa kita akan melakukan campur tangan ketenteraan untuk membantu kamu” (halaman web ‘Inab Baladi, 23/6/2018). Jelaslah Amerika meranapkan impian kumpulan-kumpulan itu yang bekerjasama dengannya bahawa ia akan mempertahankan mereka dan menyelamatkan mereka! Sesetengah media melaporkan bahawa sesetengah kumpulan pembangkan telah sedar tentang kejahilan mereka dan mengatakan bahawa Amerika telah membohongi mereka! Sekarang (barulah mereka sedar)?
Maka Amerika sedang giat melaksanakan dasar menghapuskan kumpulan-kumpulan bersenjata di Syria menerusi rejim Bashar, Iran dan Rusia, dan tidak memberi sebarang halangan sama ada sebelum dan setelah itu dengan penglibatan aktif dari Turki dan Arab Saudi! Sokongan Amerika ke atas kumpulan-kumpulan itu adalah dengan membuat kenyataan-kenyataan tertentu atau memberi sejumlah wang (sebagai rasuah) kepada pemimpin-pemimpin itu supaya mereka setia kepada Amerika. Amerika hanya memberi sedikti sahaja senjata yang tidak berkesan dan sekadar untuk mempertahankan diri sahaja (tidak berbahaya) dan itu dilakukan di masa lepas untuk meyakinkan pejuang-pejuang revolusi bahawa Amerika bersama-sama mereka dan menyokong mereka supaya mereka taat kepada Amerika. Pada hari ini tentera Bashar Assad menang, semua kenyataan (yang kononnya menyatakan sokongan) telah berakhir; Amerika telah menutup fail ini, dan begitu juga dengan tali barutnya iaitu Turki dan Arab Saudi.
6- Mengenai hala tuju perundingan politik, Amerika telah menangguhkannya sehinggalah revolusi itu dihancurkan dan Bashar dapat berdikari. Oleh itu, Amerika menyibukkan pengikut-pengikutnya dan ejen-ejennya untuk menyiapkan keadaan tersebut dalam pertemuan-pertemuan tertentu sehinggalah penyelesaian politik menjadi matang dan ia dapat dilaksanakan. Itulah sebabnya ketika berlaku perundingan politik yang memakan masa bertahun-tahun lamanya, ejen-ejen dan pengikut-pengikut Amerika di Arab Saudi dan Turki begitu giat mengatur pertemuan dan persidangan membabitkan pembangkang Syria dan mereka telah menonjolkan pemimpin-pemimpin tertentu untuk diketengahkan dalam scenario politik dan mengenetepikan pemimpin-pemimpin lain. Kesemuanya berlaku sehinggalah rejim Bashar dapat berdikari dan kemudian Amerika akan mengawal keadaan politik sama ada dengan memberi peranan kepada Rusia atau tidak langsung memberi sebarang peranan kepada Rusia.
Tetapi setelah kemenangan besar tentera Bashar dan sekutunya di kota Aleppo, diikuti dengan lembah Barada dan Qalmon, seterusnya timur Ghouta dan penghapusan ancaman sekitar ibukota Damsyik, dan kemudian pedalaman Homs dan Hama, dan pada hari ini di Daraa, dan mungkin di Idlib dan saki baki pedalaman Aleppo, pencapaian-pencapaian ini menunjukkan bahawa penyelesaian politik Amerika semakin hampir tetapi Amerika menangguhkannya sehinggalah Idlib ditawan. Amerika kelihatan sedang bersiap sedia untuk melaksanakan perkara ini. Mereka telah menyempurnakan perjanjian Fo’a dan Zabadani; dan perjanjian akhir antara Rusia dan Turki telah disahkan pada 17/7/2018 dan menetapkan pemindahan penduduk kota Fo’a dan Kafriya yang merupakan pendokong-pendokong rejim di wilayah Idlib yang dikepung oleh para pejuang, supaya kumpulan-kumpulan itu tidak mempunyai sebarang kelebihan. Oleh itu rejim Bashar tidak akan segan silu jika ia menyerang kawasan tersebut serta melakukan pembunuhan secara besar-besaran. Maka satu-satunya kawasan yang tinggal tanpa membabitkan penyelesaian politik Amerika adalah Idlib dan pedalaman barat Aleppo, yang merupakan kawasan penting bagi ramai pejuang namun Turki memiliki pengaruh besar ke atas kebanyakan kumpulan bersenjata di situ dan Turki mungkin akan mendesak mereka untuk menyerahkan senjata-senjata berat kepada rejim Bashar dan berdamai dengannya.
Ini lebih berbahaya daripada peperangan yang dilakukan olej rejim Bashar, Rusia dan Iran, walau pun kedua-duanya adalah berbahaya …Jika kuasa ketenteraan diketepikan daripada revolusi Syria, maka penyelesaian politik Amerika akan dipersiapakan dan dilaksanakan…Amerika mungkin sekali akan mengekalkan Bashar dalam tempoh “peralihan” sebagai sebahagian daripada penyelesaian politiknya, dan untuk memastikan dalam tempoh tersebut pembangkang dihapuskan, dan kemudian mereka akan menampilkan seorang ejen penganti seperti Bashar yang akan terus mengekalkan pengaruh Amerika di Syria, serta melindungi anak perempuannya iaitu negara Yahudi yang merampas Palestin. Negara Yahudi itu mahu seorang ejen di Syria seperti Bashar untuk menjaga keselamatannya dan yang akan tidak melepaskan satu tembakan pun ke atasnya. Netanyahu memberitahu para wartawan sebelum meninggalkan Moscow pada hari khamis 12/07/10/2018: “Kami tidak mempunyai sebarang masalah dengan rejim Asad (bapa dan anak) selama 40 tahun, tidak ada sebutir peluru pun yang ditembak dari Bukit Golan. Kami tidak menentang sebarang perjanjian membabitkan Presiden Bashar Assad tetapi kami akan berusaha untuk melindungi sempadan kami” (Ha’aretz, July 12, 2018)
7- Kekuatan ketenteraan rejim Syria adalah lemah dan tidak mampu untuk mengawal Syria setelah penyelesaian politik dilaksanakan. Tentera Bashar semakin hari semakin kepenatan. Walau pun bekalan senjata yang diberikan kepadanya adalah tidak putus-putus yang dibekalkan kepadanya melalui pelbagai saluran Amerika sama ada melalui Rusia, Iran atau dari sumber-sumber lain, sumber manusia masih lagi merupakan masalah utama bagi rejim tersebut. Oleh itu sebarang penyelesaian politik Amerika mestilah berasaskan kepada kekuasaan yang dapat melindunginya. Amerika mungkin akan melaksanakan salah satu daripada dua cara berikut atau kedua-duanya iaitu:
a- Pertama adalah pergantungan berterusan kepada Iran, partinya dan militeri-militeri lain termasuk dari orang-orang Iran, Afghanistan, Pakistan dan lain-lain yang memerlukan mereka diberi tempat tinggal dan naturalization (hak dan keistimewaan seperti seorang warga), sebagaimana yang dinyatakan oleh berita tentang perlaksanaannya oleh rejim Syria pada hari ini. Seorang pakar memberi anggaran kepada agensi berita Jerman DW pada 30/4/2018, militari itu mungkin berjumlah 45 ribu dan pakar itu juga berkata:” Saya berpendapat milisia-milisia itu akan kekal di Syria…Kita melihat terdapat langkah-langkah untuk menempatkan mereka di sekitar Damsyik. Milisia-milisia Syiah itu berada di kejiranan Sayeda Zeinab dan kawasan-kawasan lain…Saya berpendapat Iran sedang cuba melakukan naturalization atau cara-cara lain untuk membolehkan mereka tinggal di situ.”
Walau pun rejim itu memaksa penduduk di kawasan-kawasan ia dapat tawan untuk berkhidmat dengan tentera, ia meragui kesetiaan mereka dan ini membuatkannya terpaksa bergantung kepada militari-militari yang berperang bersama-samanya ketika revolusi sedang bergolak.
b- Bergantung kepada tentera-tentera yang berada di rantau itu kononnya untuk menjaga perdamaian dan mereka mungkin mendapatkan tentera Mesir, Saudi dan Turki untuk memenuhi matlamat ini. Ini bukanlah berita baru; Al-Jazeera Net memetic laporan akhbar Amerika, 8/4/2016: “Jurnal Amerika, National Interest mengulas tentang peperangan yang berlaku di Syria selama bertahun-tahun lamanya, dan mengatakan bahawa negara itu yang sedang dilanda kekacauan memerlukan tentera pendamai tidak kira dalam bentuk apa konflik itu akan berakhir. “Amerika berpandangan penyelesaian di Syria memerlukan tentera-tentera yang direkrut daripada luar negara walau pun Bashar mencapai kemenangan. Petikan berita pada 17/4/2018:
“Wall Street Journal melaporkan bahawa pentadbiran Presiden Donald Trump merancang untuk menggantikan tentera Amerika dengan tentera Arab di Syria untuk menjamin kestabilan di utara timur negara itu setelah kekalahan ISIS. Akhbar itu melaporkan bahawa penasihat keselamatan Amerika John Bolton telah menghubungi pemangku pengarah perisikan Mesir Abbas Kamil untuk mendapatkan pandangan Kaheerah mengenai perkara ini; ia menambah bahawa negara-negara Teluk juga sudah dihubungi supaya menyertai tentera tersebut dan memberikan bantuan kewangan kepada mereka. Pegawai-pegawai pentadbiran Amerika menjangkakan negara-negara Arab akan memenuhi permintaan Trump khususnya dari aspek bantuan kewangan.
8- Inilah yang ditunjukkan oleh fakta-fakta yang telah dan sedang beraku berkaitan dengan dasar Amerika di Syria … dan setelah menganalisisnya, adalah jelas bahawa rejim Bashar masih kekal berkuasa dan tidak tumbang bukanlah kerana kekuatan rejim itu atau kerana kekuatan Amerika serta pengikut-pengikutnya Rusia, Iran dan militarinya dan bukan kerana kekuatan pengikut-pengikut dan ejen-ejen Amerika iaitu Turki dan Arab Saudi walau pun mereka mempunyai pengaruh tetapi sebab utamanya ialah pengkhianatan atau pembohongan, dan kejahatan yang dilakukan oleh ramai pemimpin-pemimpin kumpulan-kumpulan pembangkang yang mempercayai Amerika dan mereka lupa bahawa ia adalah musuh Islam dan umat Islam dalam semua tindak tanduknya…serta kepercayaan mereka terhadap pengikut-pengikut Amerika dan ejen-ejen iaitu daripada Turki dan Arab Saudi Arabia. Mereka lupa bagaimana Aleppo telah diserahkan melalui kelicikan Turki yang menjalankan operasi Perisai Euphrates dan penarikan keluar para pejuang daripada Aleppo diikuti dengan operasi Olive Branch yang memindahkan para pejuang membiarkan selatan Idlib menjadi sasaran utama bagi Rusia dan rejim Bashar.
Mengenai Arab Saudi, kumpulan-kumpulan itu lupa bagaimana Saudi menyuruh mereka supaya berunding dengan rejim zalim itu dalam mesyuarat-mesyuarat dan perundingan yang lebih banyak mengiktiraf rejim itu daripada mengenepikannya. Sekarang Putera Mahkota Arab Saudi mendedahkan apa yang selama ini disembunyikan dan mengumumkan bahawa Bashar akan kekal berkuasa … dan apa yang lebih teruk lagi ialah Rusia dengan kejam mengebom mereka dan walau pun sedang berlaku perudingan pihak mereka dengan Rusia dan menyerahkan senjata berat dan ringan ! Amat memilukan sekali melihat Rusia mengambil kereta kebal dan senjata-senjata mereka dan para pejuang itu semakin hampir kepada penghinaan dan ketundukan. Kesemuanya berpunca kepada permasalahan yang berlaku. Mereka berperangn menentang rejim Bashar bertahun-tahun lamanya dan mara ke kawasan yang sebelumnya dikuasai oleh Bashar tetapi dalam masa hanya beberapa hari sahaja mereka meninggalkan Aleppo yang membabitkan pengkhianatan Turki. Mereka meninggalkan selatan Daraa dalam masa yang lebih singkat lagi dengan tipu helah Arab Saudi. Dalam kedua-dua keadaan, tempat penyimpanan senjata mereka penuh dengan senjata-senjata yang ditawan daripada tentera rejim … Adalah menyedihkan menyaksikan mereka bertahan menghadapi bom, peluru berpandu yang dahsyat dan senjata-senjata pembunuh yang dilancarkan oleh rejim, Rusia, Iran dan militarinya, tetapi mereka menyerah kalah tempat mereka tanpa sebarang peperangan hanya dalam tempoh beberapa hari sahaja dan mereka menyerah kalah sambal mengkhianati perjuangan mereka malah menyerahkan senjata berat dan jua senjata ringan! Mereka juga meninggalkan rumah-rumah mereka dan menjadi sebagai pelarian!!
Sesiapa yang mengikuti perkembangan di Syria akan mendapati bahawa sebab utamanya adalah kepercayaan kumpulan-kumpulan itu terhadap musuh-musuh Islam dan umat Islam, serta kepercayaan mereka terhadap ejen-ejen dan pengikut-pengikutnya, sama ada pemimpin-pemimpin kumpulan itu sedar tentang perkara itu atau mereka jahil tentangnya, sama ada mereka sengaja atau tidak sengaja, kedua-duanya amat memilukan … mungkin ada yang tertanya dan sesiapa pun berhak bertanya, selagi Hizb ut Tahrir memiliki tahap kesedaran, visi dan pandangan mendalam serta kesedaran tentang peristiwa-peristiwa yang terjadi, kenapakah ia tidak menasihatkan kumpulan-kumppulan itu dan membuatkan mereka sedar supaya mereka tidak melakukan kesilapan? Saya berkata kepada sesiapa yang menanyakan soalan ini, bahawa kami telah letih menasihati mereka dan menunjukkan hakikat tentang perkara itu dengan bukti-bukti…Kaki kami penat berjalan, kaki kami menemui mereka untuk menasihati dan membimbing mereka kerana sesetengah laluan itu adalah sukar untuk dilalui oleh kereta. Oleh itu kami terpaksa berjalan kaki dan oleh kerana kami sering menemui mereka, sesetengah orang berpendapat bahawa kami adalah sebahagian daripada mereka! Jika seseorang membaca soal jawab kami yang telah diterbitkan dan soal jawab itu banyak, dia akan mengetahui bahawa kami telah banyak berusaha tentang perkara ini, malah kami melalukan lebih dari yang terbaik, tetapi kebanyakan pemimpin-pemimpin ini tidak serik-serik atau tidak takut (Allah), mereka akan berkata, apabila kami memberi amaran kepada mereka tentang wang haram yang mereka perolehi daripada negara-negara pengkhianat itu:”Jadi macam mana kami akan dapatkan wang?” Hizbut Tahrir tidak memberi kita wang.”
Maka mereka menghalalkan diri mereka untuk mendapatkan wang daripada kuffar dan para pengkhianat! Jika kami memberitahu kumpulan-kumpulan itu bahawa mereka akan menjadi tebusan kepada pihak yang jahat, mereka mengatakan tidak! Akhirnya apa yang hilang sudah hilang dan mereka kekal buta dalam kejahilan. Jika kami mengatakan kepada mereka bahawa kamu akan mendapat banyak senjata yang kamu akan tawan daripada rejim itu, oleh itu kenapa kamu menghina diri kamu sendiri di pintu para pengkhianat semata-mata untuk mendapatkan senjata? Mereka berkata dari mana kami boleh dapatkan senjata dan Hizbut Tahrir tidak memberi kita senjata? Jika kami katakan kepada mereka bahawa leher-leher kamu akan dijerut oleh mereka jika kamu mendapatkan senjata daripada mereka, mereka berkata, kami mengambil senjata daripada musuh dan memerangi musuh! Kemudian mereka sedar tetapi sudah terlewat bahawa mereka dihalang daripada memperolehi senjata walau pun mereka dalam keadaan terdesak untuk mendapatkannya malah mereka menyerahkan senjata-senjata itu dengan tipu helah para pengkhianat … Kami telah menasihati mereka tetapi mereka tidak suka dinasihati! Sebagai contoh, saya telah menyebut dalam penerbitan bertarikh 05/04/2018:
“… Walau pun parti berusaha gigih untuk membangkitkan kesedaran terhadap kumpulan-kumpulan ini serta menjelaskan kepada mereka tentang apa yang berlaku tetapi mereka masih berdolak dalih menuruti orang-orang jahat tersebut kerana orang-orang jahat tersebut menyokong mereka dengan wang dan senjata, sedangkan parti tidak boleh berbuat demikian tetapi hanya menyokong mereka dengan nasihat…Mereka berkata bahawa nasihat tidak membantu mereka apabila berlaku peperangan sebenar! Mereka tidak sedar bahawa pedang yang berada di tangan orang yang memegangnya adalah pedang serampang dua mata, jika pedang itu berada di tangan orang yang sedar, dengan visi bahawa ia melindunginya daripada kejahatan lawannya dan satu cara yang ampuh untuk mengalahkan musuh … Tetapi jika ia berada di tangan orang yang ditipu … yang bergerak dengan sokongan penjenayah maka ia akan menjadi perisai yang dikoyak-koyak , dan akan menembusinya dan membunuh sesiapa sahaja yang memegangnya sebelum ia dibunuh oleh lawannya!
Kami menyeru kumpulan-kumpulan yang enggan menerima nasihat dan kesedaran yang kami sampaikan, dan mengatakan bahawa ia tidak menolong mereka ketika peperangan berlaku, dan mereka memerlukan wang dan sokongan senjata yang berada di tangan para pengkhianat kaum Muslimin iaitu Arab, Turki dan Iran. Sesetengah daripada mereka menambah, bahawa mereka akan mendapatkan wang dan senjata daripada pihak penjenayah iaitu Rusia dan Amerika sambil berfikir bahawa walau pun mereka mendapat wang yang jijik daripada mereka itu tidak menghalang mereka daripada berperang mempertahankan Ash-Sham … Kami mengatakan kepada semua pihak: Sekarang lihatlah akibat tindak tanduk dan kata-kata anda, anda sekarang menjadi pelarian yang diusir dari rumah-rumah anda malah anak-anak anda juga menjadi mangsa!
9- Sebagai kesimpulannya, kami berpandangan: tidak ada kawasan lagi yang tinggal kecuali Idlib, dan Erdogan mungkin ada tipu helah yang lain dengan memesongkan para pejuang itu supaya terlibat dengan operasi seperti operasi perisai dan operasi olive branch supaya Idlib dan kawasan sekitarnya akan terlepas dari tangan pejuang, yang buat masa ini agak senyap dan tidak menunjukkan sebarang pergerakan…Kami menasihatkan kumpulan-kumpulan tersebut supaya tidak ditipu oleh tipu helah Erdogan dan mereka tidak boleh menyerahkan Idlib kepada rejim Bashar … Mereka tidak sepatutnya lupa tentang apa yang terjadi kepada mereka di Aleppo, dan mereka sepatutnya mengingati hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abu Hurairah (semoga Allah meredainya) bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«لَا يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ» ““
Tidak selayaknya seorang mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali.”
Oleh itu kenapakah seseorang itu dipatuk banyak kali?
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكْرَى لِمَنْ كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌ
“Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.” [Qaf: 37]
Sebagai kesimpulan, kami menegaskan apa yang telah kami nyatakan: keadaan akan berubah, dan umat ini pernah ditimpa musibah seperti ini malah pernah ditimpa malapetaka yang lebih dahsyat, seperti tentera salib dan Tatar, dan kemudian ia bangkit kembali, dan menumpaskan musuh-musuhnya dan seterusnya memimpin dunia… Memang benar bahawa pemerintahan Islam dilaksanakan pada zaman tersebut. Khilafah wujud pada zaman tersebut walau pun ia lemah. Umat Islam pada ketika itu mempunyai seorang ketua yang menyatukan mereka untuk memerangi musuh, untuk melaksanakan kebenaran dan mengenetepikan kebatilan. Ia berjaya mengalahkan musuh dan bangkit kembali. Pada hari ini tidak ada pemerintahan Islam, tiada Khilafah dan tiada izin daripada orang yang menyatukan umat Islam untuk berperang. Inilah yang dapat diperkatakan oleh seseorang yang merupakan gambaran sebenar tentang hakikat masa kini tetapi usaha untuk mengembalikan Khilafah berjalan dengan teguh dengan izin Allah dan ia menjadi tuntutan utama umat Islam di negara-negara mereka dan mereka merinduinya melalui kata-kata dan usaha mereka. Mereka mendekati hari-hari yang malap iaitu 26, 27, 28 Rajab 1342 H, yang termasuk konspirasi dan jenayah penghapusan Khilafah dan mereka berusaha melupakan hari-hari malap tersebut dan mengembalikan Khilafah yang akan bersinar sekali lagi pada hari yang telah Allah SWT tetapkan. Perkara ini adalah mudah untuk Allah SWT sempurnakan. Kemudian para penjahat yang melakukan pengkhianatan dan orang-orang yang zalim akan mengetahui kesudahan mereka … umat Islam tidak sepatutnya patah semangat. Allah akan melimpahkan rahmat-Nya. Ash-Sham akan kekal sebagai Ash-Sham. Ia adalah tempat tinggal Islam: Na’eem Bin Hammad meriwayatkan tentang kekacauan daripada Khatheer Bin Murrah: beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:
«عُقْرُ دَارِ الْإِسْلَامِ بِالشَّامِ»
“Pangkal (bahagian utama) Islam adalah di Ash-Sham.”
Hizbut Tahrir yakin bahawa kemenangan Allah bukan hanya untuk Para Nabi dan Rasul tetapi juga untuk orang-orang yang beriman, orang-orang yang benar dan bukan hanya di akhirat sahaja tetapi juga dalam kehidupan ini.
إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ
“Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat),
[Ghafir: 51]
Pada hari itu orang-orang yang beriman akan bergembiran dengan kemenangan Allah dan orang-orang jahat akan ditimpa kehinaan dan azab yang pedih di akhirat dan Allah adalah Muntaqim (Maha Pembalas), Jabar (Maha Pemaksa), Aziz (Maha Perkasa) and Hakeem (Maha Bijaksana).
16 Dhul Qi’dah 1439 AH
29/7/2018