Spekulasi kematian Netanyahu, perjuangan masih belum berakhir hingga Palestin bebas sepenuhnya

Terdapat spekulasi yang kini hangat berlegar bahawa Netanyahu telah mati dalam satu serangan Iran ke atas ‘Israel’. Spekulasi ini disertai dengan sebab-sebab yang munasabah dan agak meyakinkan apabila si pengganas tersebut telah lama tidak ke udara, dan tiba-tiba keluarnya sebuah video ucapannya yang memperlihatkan banyak kecacatan yang didakwa janaan artificial intelligence (AI).

Peperangan memang bersifat “taktikal” dan penuh dengan pembohongan. Maka, memang sentiasa terjadi penipuan dan propaganda oleh pihak-pihak yang berperang khususnya dalam menunjukkan kemenangan mereka atau menafikan kekalahan mereka.

Namun, soal kematian pemimpin dalam sesebuah peperangan, jika ingin disorokkan atau dinafikan sekali pun, ia tentunya tidak akan bertahan lama. Lambat laun hal itu terpaksa diakui atau terdedah dengan sendirinya. Kematian merupakan satu perkara yang tidak dapat disembunyikan dalam tempoh yang lama. Ini dari satu sudut.

Dari sudut yang lain, apabila keluarnya video yang boleh dikesan sebagai janaan AI, yang cuba membohongi satu dunia dengannya, hal ini sudah sampai ke tahap “pembohongan tak sekolah” yang akan memakan diri sendiri, sebagaimana yang terjadi sekarang ke atas ‘Israel’. Selain itu, video ini menjadi bukti bahawa teknologi ‘Israel’ tidaklah secanggih mana sehingga ia dengan mudah dikesan oleh orang biasa sekali pun.

Sesungguhnya kaum Yahudi sememangnya kaum terlaknat, yang memiliki banyak perangai buruk yang dijelaskan sendiri oleh Allah (swt) di dalam Al-Quran. Mereka membunuh dan mendustakan Nabi-Nabi, memecahkan perjanjian mereka dengan Allah (swt), menyembunyikan kebenaran walhal mereka mengetahuinya, dan banyak lagi. Antara perangai mereka juga ialah suka berbohong, hingga ke tahap mereka sanggup melakukan pembohongan terhadap Allah (swt). Firman-Nya:

﴿وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ﴾

“Mereka berkata dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui” [Ali Imran (3): 75].

Jika kepada Allah, mereka sanggup berbohong, maka apatah lagi kepada manusia. Maka, tidak hairanlah jika mereka cuba menyembunyikan atau menafikan kematian pemimpin mereka, dan mengeluarkan satu video untuk membohongi manusia.

Biar pun kita tidak mengetahui apakah si Netanyahu musuh Allah ini benar-benar telah mati atau tidak, dan kita wajar bergembira jika dia benar-benar telah menemui Penciptanya, namun kita perlu ingat bahawa tanah Palestin masih terjajah. Kita perlu ingat bahawa masalah Gaza masih belum selesai. Kita perlu ingat bahawa kaum terlaknat tersebut masih boleh mencari “setan” lain sebagai pengganti Netanyahu. Kita perlu ingat bahawa di belakangnya masih ada Amerika dan sekutu-sekutunya yang lain yang masih mempertahankannya.

Dengan kata lain, kita perlu ingat bahawa perjuangan untuk membebaskan Palestin masih belum berakhir, walaupun riwayat Netanyahu mungkin telah berakhir. Kita perlu ingat bahawa jihad untuk mengalahkan entiti Yahudi dan kuasa di belakang mereka masih terus wajib dijalankan. Kita perlu ingat bahawa para penguasa khianat yang melindungi entiti haram tersebut masih lagi wujud dan wajib ditumbangkan. Kita perlu ingat bahawa perjuangan kita untuk menegakkan Khilafah yang akan memerintah dunia dengan Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya masih belum terealisasi.

Pendek kata, perjuangan kita untuk mengalahkan musuh-musuh Allah (swt), dan menegakkan agama-Nya secara kaffah di muka bumi ini masih belum selesai, dan wajib diteruskan sehinggalah Allah (swt) menjemput kita ke sisi-Nya.

Wallahu a’lam.