Street Dakwah Perdana Sempena Kempen Rajab : Islam Kaffah Di Dalam Khilafah

Sempena Kempen Islam Kaffah Di Bawah Khilafah yang dilancarkan oleh Hizbut Tahrir Malaysia, para syabab HTM telah menjalankan aktiviti ‘Street Dakwah Perdana’ di sekitar Kuala Lumpur. Objektif utama program ini adalah untuk memberi informasi kepada masyarakat tentang kesempurnaan agama Islam dalam mengatur kehidupan manusia.

Di antara aktiviti yang dijalankan adalah sebaran risalah, penerangan mengenai definisi Islam dan bergambar bersama plakad yang mengandung mesej berkenaan ‘Islam Kaffah’ sebagai tanda sokongan terhadap kempen yang dijalankan oleh HTM.

Selain itu, para syabab juga menjelaskan kepada masyarakat tentang penerapan syariat Islam secara kaffah (menyeluruh) hanya dapat direalisasikan di dalam sebuah sistem Islam, yakni Khilafah.

Respon yang diberikan masyarakat terhadap aktiviti ini sangat positif, khususnya ketika  membicarakan tentang kesyumulan Islam yang mengatur kehidupan manusia dalam segenap aspek, hatta dalam aspek politik dan pemerintahan. Bahkan ada yang mengakui bahawa sistem Demokrasi yang diterapkan ketika ini adalah punca kepada ketidakstabilan politik sekaligus mendatangkan malapetaka kepada rakyat.